5 Hotel Terbaik Berdekatan Pantai Cenang Featured Image

5 Hotel Terbaik Berdekatan Pantai Cenang

By [email protected] - Jan 14, 2019 (Last Updated Jan 17, 2019)

Pantai Cenang Pulau Langkawi terkenal dengan kecantikan pantainya yang putih dan air laut yang jernih. Ianya merupakan antara pantai popular untuk keluarga dan pelancong-pelancong datang bermandi-manda dan berkelah. Terdapat restoran-restoran, kedai-kedai cenderahati dan kedai-kedai lain yang anda boleh lawati dan membeli-belah di sini. 


Mungkin kita dah plan banyak aktiviti seperti berkelah, bermandi-manda di pantai, berjetski dan bersiar-siar. Aktiviti-aktiviti sebegini juga memakan tenaga kita sepanjang kita bercuti. Elok juga kalau kita ambil peluang untuk memanjakan diri kita untuk berehat di spa. Antara spa yang terdapat di Pantai Cenang adalah Furusato Spa, Satkara Spa, dan Alun-alun Spa. Setiap spa tersebut mempunyai kelainan tersendiri seperti Alun-alun Spa yang menggunakan Tongkat Ali sebahagian daripada bahan untuk foot bath. Cubalah lawati spa-spa ini untuk menyegarkan kembali diri anda sambil merehatkan minda di sini.



Pantai Cenang juga terkenal dengan restoran-restoran yang menawarkan pelbagai jenis juadah dan hidangan untuk pelancong dan juga penduduk tempatan. Bagi yang meminati masakan Asia dan Baba Nyonya, boleh lah datang menikmati juadah ini di Restoran Putumayo. Peminat nasi kandar juga boleh mencuba nasi kandar di restoran Tomato Nasi Kandar. Ianya dibuka 24 jam sehari. Kalau anda teringin mencuba sesuatu yang unik, datanglah ke Burgersmith Langkawi di dalam Cenang Mall yang menawarkan burger-burger menarik dengan pilihan patty dan sayuran pilihan anda.


Okay, kita dah lihat beberapa spa dan restoran di Pantai Cenang. Sekarang jom kita lihat 5 hotel berdekatan Pantai Cenang.


Cenang Plaza Beach Hotel

Cenang Plaza Beach Hotel Gallery Photos

Cenang Plaza Beach Hotel menjanjikan layanan VIP untuk semua pengunjung mereka dengan konsep VIPS, iaitu Vibrant, Inspiring, Pleasant and Simple. Ianya terletak di kawasan Pantai Cenang dan berdekatan dengan Underwater World, Cenang Mall dan Laman Padi.


Kemudahan:  Wifi, bilik berhawa dingin, peti sejuk, mesra kerusi roda, tuala, peti keselamatan, TV dan Astro.

Alamat: 2605, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah.

Harga: dari RM228/malam.


Book Now


The Village Langkawi


The Village Langkawi merupakan hotel berkonsepkan dorm atau asrama. Ianya menyediakan kawasan berehat seperti beranda di taman di luar setiap bilik. Pengunjung juga boleh bersiar-siar di taman bunga dan pantai yang berdekatan. Kopi dan teh percuma disediakan di luar pejabat hotel ini. Ianya berdekatan dengan Pantai Cenang dengan jarak 5-7 minit dengan berjalan kaki.


Kemudahan:  Wifi, bilik berhawa dingin, kawasan tidak boleh merokok, peti sejuk, tuala, TV.

Alamat: 25, Kg Hj. Saad, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.

Harga: dari RM85/malam.

Book Now



The Gemalai Village

The Gemalai Village Gallery Photos

The Gemalai Village menawarkan pengalaman penginapan berkonsepkan kampung di kawasan sawah padi. . Ianya terdiri daripada 6 unit chalet dalam bentuk rumah tradisional Melayu. Ianya juga berdekatan dengan restoran Seashell Cenang, Laman Padi.


Kemudahan: Wifi, kawasan tidak boleh merokok, tuala, peti sejuk, TV, peti keselamtan.

Alamat: Laman Padi, Jalan Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah.

Harga: dari RM 290/malam.


Book Now



Casa Loma at Airis Sanctuary Resort

Casa Loma at Airis Sanctuary Resort Gallery Photos

Casa Loma at Airis Sanctuary terletak di Pantai Cenang dan berdekatan dengan Underwater World, Langkawi. Ianya menawarkan suasana yang tenang dan senyap untuk pengunjung berehat.


Kemudahan: Wifi, kolam renang, bilik berhawa dingin, kawasan tidak boleh merokok, tuala, TV, peti sejuk, peti keselamatan.

Alamat: 1543, Bandar Padang Matsirat (Pantai Tengah), Langkawi, Kedah.

Harga: dari RM168/malam.

Book Now



Geopark Hotel Oriental Village

Geopark Hotel Oriental Village Gallery Photos

Geopark Hotel Oriental Village terletak berdekatan dengan Gunung Machincang, Air Terjun 7 Telaga dan Skytrex Adventure Langkawi. 


Kemudahan: Wifi, sesuai untuk diadakan acara, bilik berhawa dingin, tuala, TV, peti sejuk, kawasan tidak boleh merokok.

Alamat: Oriental Village, Teluk Burau, 07000 Pantai Kok, Langkawi, Kedah.

Harga: dari RM 90/malam.


Tempah tempat penginapan untuk percutian anda dengan tawaran eksklusif kami! Gunakan kod promosi kami.

Selain daripada 5 hotel berdekatan Pantai Cenang di atas, terdapat banyak lagi cadangan tempat penginapan yang kami sediakan untuk anda. Klik pada gambar di bawah untuk lihat pilihan-pilihan lain yang menarik untuk anda!



Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)