5 Homestay Murah di Langkawi 2018
Dah buat keputusan untuk bercuti ke Langkawi? Itinerary pun dah ready? Bagus! Tapi nanti nak duduk di homestay yang mana? Tak pasti lagi? Okay, mari kita lihat dulu plan percutian kita ke Langkawi sambil-sambil survey homestay yang murah dan sesuai dengan bajet kita.
Langkawi ni merupakan gugusan 99 pulau dan pulau utamanya adalah Pulau Langkawi. Pulau-pulau lain pula adalah Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar, Pulau Langgun, Pulau Timun, Pulau Tuba, Pulau Dayang Bunting.
Rasa macam banyak pula tempat di Langkawi ni. Sebab itulah kami akan cadangkan kepada anda beberapa homestay yang terletak di lokasi strategi berdekatan dengan tempat-tempat yang akan anda lawat nanti.
Untuk post kita kali ni, kita akan lihat homestay berdekatan kawasan Kuah, Kedawang dan Pantai Cenang.
Sri Kilim Guesthouse and Homestay
Terletak di Kuah, ianya Dekat dengan Kilim Geoforest Park dan Langkawi Wildlife Park. Pulau-pulau yang dekat pula ialah Pulau Langgun dan Pulau Tanjung Dendang. Jauh sikit dari Pulau Dayang Bunting dan Underwater World Langkawi.
Rumah ni sesuai untuk pelancong yang nakkan homestay yang ada aircond, TV, boleh basuh baju dan memasak dan wifi disediakan.
Alamat: 199, Kampung Kilim, Jalan Ayer Hangat, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah
Harga: Dari RM70/malam.
Singgah Homestay
Terletak di Kedawang, ianya berdekatan dengan underwater world park dan airport, Beras Terbakar dan Pulau Rebak Besar dan Pantan Cenang.
Alamat: Jalan Kedawang, Kampung Bohor Darat, 07000 Langkawi, Kedah
Harga: Dari RM75/malam.
Belukar Lodges
Homestay ni terletak di Jalan Padang Matsirat di Kedawang ya, bukan di Padang Matsirat.
Ianya dekat dengan Langkawi International Airport, Pantai Chenang, Terminal Feri Kuah dan, Underwater World. Ia juga berdekatan dengan 99 East Golf Club dan kawasan pulau-pulau seperti Pulau Rebak Besar, Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting.
Homestay ni menyediakan 11 bilik dan 11 bilik mandi jadi ianya sesuai untuk keluarga-keluarga kecil, atau travellers berkumpulan Tuala dan tempat BBQ disediakan juga.
Alamat: Berhadapan Masjid At-Tasnim, Kampung Bayas, Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah
Harga: Dari RM120/malam
Cenang Homestay
Cenang Homestay ini pula terletak sangat dekat dengan Pantai Cenang. Sesuai untuk keluarga besar, ianya menyediakan 3 bilik dan 3 bilik mandi. Ianya 5 minit sahaja untuk ke pantai dengan berjalan kaki dan terdapat juga kolam renang dan wifi. Aircond dan penyaman udara disediakan bagi setiap bilik dan ruang tamu.
Sarapan pagi disediakan dan terdapat juga restoran dan kedai-kedai lain yang berhampiran. Mudah untuk mencari kedai makan di sini. Kemudahan untuk memasak masih disediakan berserta dengan fridge. Homestay ni sesuai juga untuk Hari Keluarga dan alatan untuk BBQ disediakan.
Alamat: Cenang Home Stay, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
Harga: Dari RM150/malam
Hana Langkawi Homestay 2
Hana Langkawi Homestay ni berdekatan dengan Langkawi Highway dan Pekan Kuah. Ianya juga sesuai untuk pelancong yang ingin ke Pulau Dayang Bunting dan Pantai Cenang.
Homestay ini sesuai untuk keluarga dengan kemudahan 3 buah bilik dengan katil queen untuk setiap bilik. Telekung disediakan dan terdapat swimming pool untuk kanak-kanak. Homestay ini juga mesra pengguna kerusi roda atau wheelchair friendly. Peti sejuk, peralatan memasak dan alatan BBQ disediakan. Ianya sesuai untuk keluarga besar dengan jumlah 12 orang.
Alamat: 121-A, Jalan Padang Matsirat, Kg Syed Nahar, Mukim Kuah, 07000 Pulau Langkawi, Kedah
Harga: Dari RM170/malam
MYR 200.00 /night
MYR 150.00 /night
MYR 70.00 /night
Mahukan harga murah untuk hotel dan homestay? Dapatkan diskaun kami dengan menggunakan kod promosi!
MYR 80.00 /night
Untuk hotel dan homestay menarik di Langkawi, klik pada gambar di bawah. Anda boleh pilih hotel dan homestay mengikut keperluan anda.