Hotel Gua Musang Featured Image

Hotel Gua Musang

By [email protected] - Feb 15, 2019

Ke mana destinasi percutian kita kali ini ya? Apa kata kita ke Gua Musang, Kelantan dan seterusnya menginap di salah satu hotel Gua Musang yang kami paparkan dalam artikel ini? Tapi, mesti anda tertanya-tanya, kenapa dan apa yang menarik sangat Gua Musang ni ya? 


Kalau anda nak tahu atau ada yang masih ingat lagi akan tragedi banjir teruk yang menimpa Gua Musang pada tahun 2014. Hampir keseluruhan Gua Musang digenangi banjir kilat. Namun, anda tak usah risau kerana Gua Musang kini telah dibaik pulih seperti sedia kala. Tapi, kalau anda masih nak melihat kesan dari banjir yang teruk itu, anda boleh singgah ke Kesedar Inn. 80% daripada hotel ini telah rosak teruk dan ada diantaranya yang tidak dapat dibaiki langsung. Anda masih boleh melihat kesannya sebagai tatapan sejarah dari tahun 2014 dan anda masih boleh lihat kesan air yang menunjukkan paras air banjir yang melanda setinggi 2 meter lebih!


Tinggalkan memori banjir yang menghayat hati dan jom kita tenangkan minda dan melawat kehijauan alam semula jadi di Taman Etno Botani atau Taman Mini Herba, yang terletak di belakang Kolej Politeknik Mara Kesedar. Kawasan seluas 35 hektar ini mensasarkan 500 jenis tanaman herba sebagai tarikan utama untuk ditanam dan memenuhi taman ini. Selain itu, Taman Etno Botani menawarkan khidmat spa menggunakan herba yang ditanam sendiri, juga aktiviti rock climbing, abseiling dan repelling


Tidak sempurna percutian anda ke Gua Musang kalau anda tidak singgah ke Gua Musang. Ianya terletak berhampiran dengan Stesen Keretapi Lama Gua Musang. Menariknya Gua Musang ini diberi nama kerana mitos yang menyatakan terdapat batu yang berbentuk musang di dalam gua ini. Setelah penat menjelajah Gua Musang, singgahlah ke Stesen Keretapi Gua Musang. Malangnya, stesen ini telah ditutup sejak tahun 2014 dek kerana banjir teruk yang melanda Kelantan dan kini hanya dijadikan salah satu peninggalan sejarah. Bagi yang suka berposing dan merakamkan gambar yang cantik-cantik untuk dimuat naik ke dalam Instagram, boleh lah bergambar di sini. 


Anda juga boleh singgah ke Tokong Swee Nyet atau lebih dikenali dengan Tokong Mek di kalangan penduduk tempatan yang terletak di Kampung Pulai. Tokong ini merupakan hasil peninggalan sejarah dan kawasan di sekitar tokong ini juga merupakan penempatan asal orang Cina yang pertama di Kelantan kira-kira 500 tahun yang lalu. Anda perlu datang ke tokong ini dan menghayati seni bina dan budaya agama lain untuk meningkatkan keharmonian dan persefahaman agama dalam negara yang majmuk dan berbilang kaum.


Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik untuk anda jelajah sendiri di Gua Musang ni, tapi apa kata kalau kita berhenti berehat dulu di salah satu hotel Gua Musang yang kami paparkan di bawah ini? Jom lihat senarai di bawah ini. 


Welcome Inn GM



Welcome Inn GM mengalu-alukan kedatangan anda ke sini dengan kemudahan asas dalam bilik yang lengkap, mempunyai lobi dan kaunter reception yang beroperasi 24 jam sehari. Hotel ini menawarkan pemandangan yang indah disamping kemudahan parkir percuma dan selamat serta wifi percuma. 


Lokasi:


Harga: Dari RM75/malam

Untuk info lanjut, layari Welcome Inn GM


Hotel Bella Vista


Terletak di Gua Musang, Hotel Bella Vista menyediakan penginapan yang selesa dan bersih. Wifi percuma disediakan di hotel ini berserta parkir percuma. Namun, kalau anda tidak membawa kenderaan, tidak perlu risau kerana hotel ini menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Selain itu, hotel ini menyediakan kemudahan asas bilik hotel seperti tuala, dan rak penyidai pakaian.


Lokasi:


Harga: Dari RM60/malam

Untuk info lanjut, layari Hotel Bella Vista


Mines Inn Hotel


Mines Inn Hotel menawarkan tempat penginapan asas dengan TV dan kemudahan bilik mandi persendirian. Ianya terletak 3 minit memandu dari Stesen Keretapi Gua Musang. Bilik-bilik di hotel ini dihias ringkas dan dilengkapi dengan penyaman udara dan mandian air panas.


Lokasi:


Harga: Dari RM70/malam

Untuk info lanjut, hubungi +609-912 1339


Lihat promosi yang kami tawarkan apabila anda menempah dengan kami sekarang!



Kalau anda tidak puas dengan senarai Hotel Gua Musang kami di atas, anda boleh lihat senarai penuh tempat penginapan kami di Kelantan di bawah ini dengan menekan pada gambar. 


Selain itu, anda boleh teruskan membaca artikel-artikel yang kami dah kumpul di bawah ini untuk percutian Kelantan anda. 


Homestay Machang



Jika anda dalam perjalanan ke Pantai Timur dari Terengganu ke Kelantan, anda boleh singgah di Machang dan bermalam di Homestay Machang. Di Machang terdapat tarikan seperti Menara Condong, Hutan Lipur Bukit Bakar, Air Terjun Jeram Linang, Kolam Air Panas dan UiTM Machang. Tekan pada gambar di atas untuk melihat senarai Homestay Machang.


22 Homestay Terbaik Di Kota Bharu



Terdapat banyak tempat menarik di Kota Bharu seperti Masjid Sultan Ismail Petra, Gelanggang Seni, Pasar Siti Khadijah, Muzium Wau dan banyak lagi. Jika anda sedang mencari tempat penginapan di Kota Bharu, tak perlu risau kerana kami telah senaraikan 22 homestay terbaik di Kota Bharu khas untuk anda. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)