Homestay di Pulau Redang Featured Image

Homestay di Pulau Redang

By [email protected] - Feb 19, 2019 (Last Updated May 07, 2019)

nda akan bercuti ke Terengganu dan bercadang untuk ke Pulau Redang selama satu hari? Haa, itu adalah pilihan tepat! Pulau Redang merupakan sebahagian daripada daerah Kuala Nerus. Untuk ke Pulau Redang, anda boleh menaiki jeti Syahbandar di Kuala Terengganu atau jeti Merang di Merang. Jika anda dari Kuala Lumpur atau Singapura, anda boleh menaiki kapal terbang terus ke lapangan terbang di Pulau Redang. Untuk anda yang memang dah plan untuk bercuti-cuti di Terengganu, bolehlah menginap sahaja di Kuala Terengganu dan menaiki bot ke Pulau Redang. Untuk itu, kami sediakan senarai homestay Pulau Redang untuk memudahkan perancangan percutian anda. 


Bagaimana ya anda mahu merancang itinerari satu hari di Pulau Redang? Bunyi macam mustahil tapi ianya langsung tidak mustahil. Tapi peringatan untuk anda, itinerari ini mungkin tidak berapa sesuai jika anda ada anak-anak yang kecil. Takut anak-anak kecil anda akan berasa terlalu penat kerana perlu seharian menaiki bot untuk ke Pulau Redang dan semasa snorkeling di Pulau Redang. Apa-apa pun, jom kita lihat contoh itinerari satu hari di Pulau Redang. 


Contoh itinerari ini disediakan oleh Encik Amir.


Itinerari 1 hari Pulau Redang

8.30 pagi : Berkumpul di Jeti Setiu (Penarik), berdekatan dengan Jeti Merang

9.00 pagi : Bertolak ke Pulau Redang

10.00 pagi : Snorkeling di Pusat Taman Laut

11.30 pagi : Snorkeling di Pasir Akar (Laut Dalam)

12.45 tengahari : Snorkeling di Long Beach

2.15 petang : Snorkeling di Pulau Lima

3.15 petang : Melihat Penyu (Turtle Point)

4.15 petang : Bertolak pulang ke Jeti Setiu

5.45 petang : Sampai di Jeti Setiu


Menurut Encik Amir, waktu untuk bertolak pulang dan sampai ke jeti akan berubah-ubah mengikut keadaan cuaca dan ombak.


Dan ketika di Long Beach pula, anda boleh pergi ke point snorkeling di mana anda berpeluang untuk melihat anak ikan yu. Anda juga boleh bergambar dan bersiar-siar di tepi pantai dan menyegarkan diri dengan air kelapa segar di


Haa, memang tidak mustahil kan untuk anda betul-betul luangkan satu hari di Pulau Redang. Anda akan balik pada waktu petang, berehat di tempat penginapan di sebelah malam dan keesokannya, anda boleh berjalan ke destinasi lain pula di Terengganu, terutamanya di Kuala Terengganu.


Oleh sebab itu, kami sediakan senarai homestay di bawah di kawasan Kuala Terengganu dan Merang khas untuk anda yang akan ke Pulau Redang nanti. 


KgTanjung Beach Chalet

KgTanjung Beach Chalet Gallery Photos

Terletak cuma 10 minit dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, KgTanjung Beach Chalet dilengkapi dengan homestay, chalet dan bilik keluarga. 


Penginapan yang terletak betul-betul berdekatan Pantai Batu Rakit ini menawarkan pemandangan Pulau Redang dan cuma 17 minit sahaja untuk ke Jeti Merang untuk transit ke Pulau Redang.


Bilangan Tetamu: 10

Harga Dari: RM 100 / malam


Tempah Sekarang Dari RM 100! 


Homestay Biru

Homestay Biru Gallery PhotosHomestay Biru Gallery Photos

12 minit dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan 3 minit dari Balai Polis Gong Badak terletaknya Homestay Biru, rumah semi-D baru yang dicat serba biru. Dengan 3 bilik dan 2 bilik air, homestay ini boleh memuatkan 6 tetamu. 


Terletak di Gong Badak, untuk ke Jeti Marang mengambil masa lebih kurang 24 minit sahaja dengan kereta. 


Bilangan Tetamu: 6

Harga Dari: RM 250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM 250! 


Wahi Homestay - The Best For Your Needs

Wahi Homestay - The Best For Your Needs Gallery PhotosWahi Homestay - The Best For Your Needs Gallery Photos

Juga terletak di Gong Badak, satu lagi homestay menarik yang anda boleh cuba untuk penginapan sebelum transit ke Pulau Redang adalah Wahi Homestay. 


Dengan slogan The Best For Your Needs, homestay berkonsepkan moden ini dilengkapi pelbagai kemudahan untuk tetamunya termasuklah WiFi tanpa had, TV LED beserta pakej Astro Beyond, pendingin hawa di setiap bilik dan mesin basuh. 


Bilangan Tetamu: 10

Harga Dari: RM 230 / malam


Tempah Sekarang Dari RM 230! 


Mahu diskaun untuk tempahan homestay? Gunakan kod promosi kami!

Rareheart Guesthouse

Rareheart Guesthouse Gallery PhotosRareheart Guesthouse Gallery Photos

Rustic Guesthouse yang terletak di Kuala Terengganu ini mengetengahkan konsep rustic dan retro ini dilengkapi 3 bilik dan 3 bilik air. Boleh memuatkan sehingga 6 orang tetamu dengan selesa, homestay ini hanya terletak 3 km ke Masjid Kristal. 


Untuk ke Jeti Marang mengambil masa lebih kurang setengah jam dari homestay ini. 


Bilangan Tetamu: 6

Harga Dari: RM 150 / malam


Tempah Sekarang Dari RM 150! 


Homestay NurKasih Airport Kuala Terengganu

Homestay NurKasih Airport Kuala Terengganu Gallery PhotosHomestay NurKasih Airport Kuala Terengganu Gallery Photos

Jika anda melancong dalam bilangan yang ramai, menginap lah di Homestay NurKasih yang cuma 10 minit dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Boleh memuatkan sehingga 30 bilangan tetamu, homestay ini dilengkapi 8 bilik yang beserta tilam bersaiz Queen! 


Jarak dari homestay ini ke Jeti Marang adalah lebih kuran 40 minit sahaja.


Bilangan Tetamu: 30

Harga Dari: RM 470 / malam


Tempah Sekarang Dari RM 470! 



Mencari-cari tempat penginapan di Terengganu? Klik pada gambar di bawah untuk hotel dan homestay di Terengganu.



Kami juga menyediakan beberapa artikel penginapan destinasi di Terengganu khas untuk anda.



Pulau Perhentian merupakan salah satu destinasi percutian pulau yang popular di Terengganu. Terbahagi kepada dua pulau, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar, anda tidak akan bosan untuk bersiar-siar dan melakukan aktiviti snorkeling semasa di sana. Pulau Perhentian Kecil menempatkan homestay-homestay dan chalet yang berpatutan untuk pelancong di sana. Klik pada gambar di atas untuk cadangan tempat menarik di Pulau Perhentian dan homestay di Pulau Perhentian. 



Selain daripada Pulau Perhentian, Pulau Kapas juga menjadi destinasi pilihan pelancong di Terengganu. Ianya berdekatan dengan Marang, Terengganu dan saiznya lebih kecil. Walau bagaimanapun, dengan keistimewaan saiz dan kemudahan untuk ke sana, anda masih boleh menikmati percutian tepi pantai yang indah semasa di sana. Klik pada gambar di atas untuk pilihan resort di Pulau Kapas untuk anda inap semasa di Pulau Kapas. 



Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu. Ia juga sebuah bandar di tepi laut seperti Kuantan. Di sini terdapat tempat-tempat menarik seperti Pantai Batu Buruk, Pasar Payang dan Masjid Kristal. Klik saja pada gambar di atas untuk pilihan homestay di Kuala Terengganu. 

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.44 (18 VOTES)