Homestay Murah Bawah RM200 di Pulau Pinang Featured Image

Homestay Murah Bawah RM200 di Pulau Pinang

By Farisya - Oct 30, 2018 (Last Updated Oct 12, 2023)

Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang sangat terkenal dengan identitinya sebagai negeri yang mempunyai makanan yang paling unik dan lazat. Kebanyakan makanan terkenal di Penang mempunyai sejarah lebih daripada 40 tahun dan telah diwarisi turun temurun. 

Pulau Pinang bukan sahaja dikenali sebagai tempat tarikan pelancong tetapi juga tempat-tempat bersejarah, mural jalanan (sangat terkenal dalam kalangan pengguna media sosial) dan sebagainya. Oleh sebab Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi percutian yang terkenal, kami ingin memudahkan pencarian penginapan untuk anda. Di bawah ini kami senaraikan beberapa homestay murah bawah RM200. 


Amanda Homestay


Kenapa Amanda Homestay jadi pilihan penginapan semasa percutian di Penang? Ia nya murah berbanding homestay di sebelah Pulau. Walaupun berada di tanah besar seberang perai, Amanda Homestay sangat berdekatan dengan sebelah pulau dengan menyeberangi jambatan yang mengambil masa lebih kurang 20minit untuk sampai ke destinasi di sebelah pulau.

Homestay yang sangat-sangat selesa kerana dilengkapi dengan penghawa dingin dan dipenuhi dengan kelengkapan rumah seperti mesin basuh, peti sejuk dan kemudahan memasak. 

Address                : Lorong Sepadu 18, Taman Sepadu, 13100 Tasek Gelugor, Penang

Price                      : From RM150/ night/ 

Number of Pax   : 7 pax


 Book Now from RM150! 


Idaman Sinar Homestay Nibong Tebal



Idaman Sinar Homestay Nibong Tebal, salah satu homestay yang patut menjadi pilihan anda jika anda mempunyai urusan di sekitar Nibong Tebal, Sungai Bakap, Parit Buntar atau sekitar. Hanya 5 minit ke Pasar Kemboja, dan 8 minit ke Pekan Nibong Tebal! Sangat dekat kan?

Homestay yang murah lagi selesa, menyediakan 2 ruang tamu, 2  buah bilik dan 2 buah bilik air. Memuatkan sehingga 10 orang tetamu, dan homestay ini menyediakan kemudahan yang lengkap seperti anda berada di rumah sendiri. 

Address                : Lorong Sinar 6 Taman Sinar 14300 Nibong Tebal Pulau Pinang

Price                      : From RM160/ night/ 

Number of Pax   : 10 pax


 Book Now from RM160! 


Pearl Villa VVIP Homestay



Pearl Villa VVIP Homestay terletak berhampiran dengan PKG Teluk Air Tawar, jeti nelayan dan Taman Rekreasi Robina Park. Terletak kira-kira 9km sahaja dari pekan Kepala Batas dan Bandar Baru Bertam. Terdapat 3 buah bilik tidur dengan 2 buah katil queen dan 1 katil single yang memuatkan seramai 7 orang maksimum. 

Address                : Bagan Belat, Telok Ayer Tawar, 130503 Butterworth, Pulau Pinang

Price                      : From RM180/ night/ 

Number of Pax   : 7 pax


 Book Now from RM180! 


Going cuti-cuti this coming holiday? Save more when you book with promo code. Click here to check out our latest promo!

Homestay Selesa Bayan Lepas



Homestay Selesa Bayan Lepas merupakan homestay yang lengkap dengan kemudahan memasak, penghawa dingin, mesin basuh dan banyak lagi. Salah satu homestay murah yang boleh anda dapati di kawasan Bayan Lepas. Terletak di apartment Saujana Damai, homestay ini terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang, USM Penang, dan Hospital Pantai Mutiara.

Tidak perlu bimbang dengan tempat pelancongan kerana ianya hanya mengambil masa perjalanan dalam 20-45 minit seperti Gurney Plaza, Queensbay Mall, Georgetown dan banyak lagi! 

Address                : Apartment Saujana Damai, Jalan Sg. Tiram 3, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Price                      : From RM190/ night/ 

Number of Pax   : 7 pax


 Book Now from RM190! 


Homestay kondo Idaman Idris



Homestay Kondo Idaman Idris menyediakan penginapan homestay yang murah, kemas dan selesa untuk anda. Memuatkan 7 orang tetamu, dengan setiap bilik terdapat katil queen atau katil single dan disediakan juga toto tambahan bagi menjamin keselesaan. Terdapat gym beserta kolam renang untuk kemudahan riadah bersama keluarga atau rakan-rakan jika anda memilih untuk menginap di sini. 

Address                : Apartment Idaman Iris, Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Price                      : From RM200/ night/ 

Number of Pax   : 7 pax


 Book Now from RM190! 

Rate this post

3.63 (8 VOTES)