Homestay Penang murah Featured Image

Homestay Penang murah

By [email protected] - Oct 30, 2018 (Last Updated Nov 30, 2019)

Penang adalah sebuah negeri yang sangat terkenal dengan identitinya sebagai negeri yang mempunyai makanan yang paling unik dan lazat. Persoalannya adalah kenapa negeri lain di Malaysia yang juga mempunyai makanan yang tiada tandingannya tidak dikenali sebegitu? Jawapan terletak lebih daripada apa boleh dirasai pada lidah, kebanyakkan makanan terkenal di Penang mempunyai sejarah lebih daripada 40 tahun dan telah diwarisi secara turun temurun. 

Walau bagaimanapun, makanan bukan satu-satunya kebanggaan Penang sebagai tempat tarikan pelancong tetapi juga tempat-tempat bersejarah, mural jalanan (sangat terkenal dalam kalangan pengguna media sosial) dan sebagainya. Jika anda sedang merancang percutian dalam Malaysia, Penang mestilah antara destinasi yang patut dipertimbangkan dan untuk membantu para pembaca membuat keputusan, di sini telah disenaraikan beberapa homestay di Penang yang murah lagi selesa.


Macallum Apartment


Macallum Street Apartment terletak di lokasi yang strategik iaitu di tengah-tengah bandar Georgetown dan berada di tepi laut yang dikelilingi kehijauan pokok-pokok. Unit pangsapuri ini adalah unit sudut yang mempunyai permandangan laut dan bukit yang menakjubkan. Selain itu, homestay ini juga dilengkapi dengan hawa dingin, television, peti sejuk, mesin basuh, kelengkapan dapur asas dan sebagainya. Lokasinya di Georgetown memberikan tetamu kesenangan masa perjalanan yang pendek ke pelbagai tempat tarikan pelancong.


Alamat                    : 362-6-1,Macallum Apartment, Gat Lebuh Macallum, 10300 Pulau Pinang.

Harga                       : Dari RM250/malam

Bilangan Tetamu  : 6

Untuk maklumat lanjut berkenaan homestay ini, klik di bawah




Jazz Residence Straits Green & Seaview 8




Terletak di Tanjong Tokong, Jazz Service Residence adalah sebuah penginapan unit pangsapuri yang mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik dengan wi-fi percuma, dapur yang mempunyai mikrowave dan peti sejuk. Lokasinya adalah 3.5 km ke Gurney Plaza dan Gurney Paragon, 9.7 km ke Batu Ferringhi dan 15.6km ke ESCAPE Theme Park. Jarak homestay ini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Penang adalah 18km.


Alamat                    : Jalan Seri Tanjung Pinang, Jazz Suites, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Harga                      : Dari RM280/malam

Bilangan Tetamu : 10 

Untuk maklumat lanjut berkenaan homestay ini, klik di bawah




Crystal Homestay


Crystal Studio Homestay terletak 5 minit jarak memandu ke Sunway Carnival Mall di Perai dan mempunyai 3 bilik tidur yang mampu menampung sehingga 10 orang! PECC Exhibition & Convention Centre adalah hanya 2.1 km dari homestay ini dan Lapangan Terbang Antarabangsa Penang adalah hanya 15 km dari homestay ini. 


Alamat                    : 135, Tingkat Kikik 6, Taman Inderawasih, 13600 Perai, Pulau Pinang

Harga                      : Dari RM250/malam

Bilangan Tetamu : 10 

Untuk maklumat lanjut berkenaan homestay ini, klik di bawah



Romance Vacation House



Terletak tidak jauh dari homestay sebelum ini, Romance Vacation menawarkan penginapan homestay rumah teres pada harga RM 250/malam untuk tetamu sehingga 10 orang. Homestay ini adalah yang paling murah dalam senarai ini jika dibandingkan harga seorang. Lokasinya yang strategik pada harga yang murah sudah tentu menjadi rebutan orang ramai! 


Alamat                    : 135, Tingkat Kikik 6, Taman Inderawasih, 13600 Perai, Pulau Pinang

Harga                      : Dari RM250/malam

Bilangan Tetamu : 10 

Untuk maklumat lanjut berkenaan homestay ini, klik di bawah






Kita mempunyai banyak lagi penginapan di Penang! Klik imej di atas untuk maklumat lanjut. Selamat Mencuti!


Rate this post

4.07 (14 VOTES)