10 Hotel Di Langkawi Paling Best Featured Image

10 Hotel Di Langkawi Paling Best

By [email protected] - Jan 02, 2019 (Last Updated Jun 30, 2023)

Pulau Langkawi, juga dikenali sebagai pulau yang terbesar di Malaysia, kaya dengan keindahan alam semulajadi dan lagenda kisah silam. Ciri-ciri tersebut menjadikan pulau ini sebuah tempat pelancongan yang menarik dan terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar negara. Di setiap kawasan di Langkawi juga mempunyai sejarahnya yang menarik termasuklah 100 pulau yang menjadikan Pulau Langkawi sebuah pulau terbesar di Malaysia. Jika anda mempunyai peluang untuk island hop di pulau ini, bolehlah anda mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah setiap pulau-pulau kecil di Langkawi seperti cara formasinya dan fakta menarik contohnya bentuk fizikal pulaunya yang serupa pelbagai benda rawak. 

                      

Bukan sahaja itu, Pulau Langkawi juga merupakan sebuah pulau bebas cukai bererti barangan import dapat dibeli pada harga yang murah tanpa cukai! Barangan yang terkenal kepada para pelancong termasuklah coklat, minyak wangi, kosmetik, peralatan dapur dan bermacam-macam lagi! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membeli-belah pada harga runtuh supaya akaun bank anda pun tidak akan disedut kering. Kami di LetsGoHoliday dengan penuh ikhlas berharapkan illustrasi di bawah tidak menggambarkan anda apabila menyemak baki di bank akaun nanti selepas pulang daripada percutian di Pulau Langkawi bersama dengan hasil pembelian barangan bebas cukai. 


                        



Tetapi, kita juga faham bahawa bukan semua pelancong begitu mementingkan harga barangan tanpa cukai jadi kami juga ada beberapa tips pelancongan di Pulau Langkawi untuk yang tidak begitu meminati beli-belah. Jika anda masih tidak tahu, Pulau Langkawi dipenuhi tanah tinggi terdiri daripada pelbagai bukit, gunungdan banjaran. Semasa di Langkawi, bolehlah anda menaiki kereta kabel ke atas Gunung Mat Chinchang yang tingginya beranggaran 713 meter!


Di sini anda boleh menangkap gambar pemandangan yang betul-betul menakjubkan supaya followers anda di Instagram juga tahu bahawa anda sedang melancong di Pulau Langkawi. Satu lagi fakta menarik tentang kereta kabel ini di Gunung Mat Chinchang, ia adalah kereta kable yang paling curam di dunia! Tetapi jangan risau, memang selamat untuk dinaiki. Bukan sahaja itu, terdapat banyak lagi tarikan pelancong di atas Gunung Mat Chinchang seperti SKyBridge, SkyGlide, SkyBoutique, SkyTrail, SkyDome, 6D Cinemotion, 3D Art Langkawi dan banyak lagi. Memang sebuah taman hiburan yang mesti dilawati!


Salah satu persoalan yang paling susah semua pelancong akan menghadapi adalah hendak menempah penginapan di mana? Tempat penginapan semasa percutian adalah antara aspek yang paling penting untuk memastikan pengalaman pelancongan anda adalah yang sebaik munkin jadi kami hanya recommend yang terbaik sahaja. Lihatlah senarai di bawah untuk 10 Hotel Di Langkawi Paling Best.


MYR 130.00 /night

Tempahlah percutian anda bersama kami hari ini untuk mendapatkan harga promosi!




Selain daripada hotel-hotel di atas, laman web LetsGoHoliday juga mempunyai pelbagai tempat penginapan di Langkawi dan seluruh Malaysia! Jika anda sedang merancang percutian ke mana-mana di Malaysia, bolehlah membuat tempahan melaluinya untuk harga yang paling berpatutan! Apabila dah pulang daripada percutian, jangan lupa tag kami (@letsgoholiday) supaya kami juga dapat menikmati gambar cantik anda dari pejabat sambil bekerja.


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)