Homestay Durian Tunggal
Ada apa dengan Durian Tunggal? Adakah Durian Tunggal mempunyai satu biji durian atau satu pokok durian sahaja? Seperti yang kita tahu, tunggal maksudnya satu dan durian ada sejenis nama buah. Raja buah, buah yang paling digemari di Malaysia tetapi ada juga yang tidak suka. Mungkin kerana baunya yang terlalu kuat untuk segelintir, tetapi bagi penggemarnya, baunya cukup harum sekali.
Kawasan Durian Tunggal, yang jaraknya hanya 11 minit dari Ayer Keroh jadi banyak kawasan tarikan yang berdekatan dengan Durian Tunggal seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Hutan Rekreasi, Melaka Wonderland dan banyak lagi. Disertakan disini senarai homestay di Durian Tunggal yang anda patut cuba.
Homestay English Cottage
Alamat: Batu 8, Jalan Sidang Mahmod, Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Melaka
Bilangan Tetamu: 7
Harga: Bermula MYR200 / malam
Happy Tornado Malacca Homestay
Terletak dalam jarak 6 km dari Melaka Sentral, Happy Tornado Melaka Homestay menyediakan tempat penginapan termasuk dengan ruang tamu. Semua unit mempunyai penyaman udara dan TV. Di kawasan dapur, sebuah peti sejuk dan cerek juga disediakan. Untuk kemudahan di rumah ini, terdapat 4 buah bilik tidur iaitu 3 bilik tidur didatangkan dengan sebuah katil Queen dan 1 bilik tidur dengan katil single.
Alamat: DT 1608 , Jalan Angkasa Nuri 4 , Taman Angkasa Nuri, 76100 Durian Tunggal, Melaka
Bilangan Tetamu: 12
Harga: Bermula MYR300 / malam
MFA Idaman Homestay
MFA Idaman Homestay adalah sebuah rumah Semi-D yang mempunyai parking yang sangat luas dan halaman untuk beriadah. Menariknya, set pekakas untuk aktiviti BBQ juga disediakan atas permintaan. Selain itu, suasana kejiranan di sini sangat harmoni. Oleh itu, ia amat sesuai untuk didiami seisi keluarga. Lokasi homestay ini berhampiran dengan tempat menarik seperti Taman Buaya, Taman Rama-Rama, Taman Mini Malaysia, Zoo Melaka dan Serama Park.
Alamat: 23, Jalan DI 4, Taman Desa Idaman, 76100 Durian Tunggal, Melaka
Bilangan Tetamu: 20
Harga: Bermula MYR250 / malam
MYR 300.00 /night
MYR 200.00 /night
Dapatkan penjimatan hebat ketika menempah dengan kami sekarang.
Homestay Desa Idaman Semi D 2 Tingkat
Homestay ini sesuai untuk rombongan sekolah, perkahwinan, bertunang dan sebagainya. Lokasi yang sangat strategik, terdapat banyak tempat yang menarik berdekatan dengan homestay. Antaranya ialah Zoo Melaka, Taman 1000 Bunga, Melaka Wonderland, Ikan Bakar Umbai, Ikan Bakar Muara Sungai Duyong dan banyak lagi.. Disertakan juga kemudahan asas dapur untuk penginap memasak, set TV dilengkapi dengan pakej Astro, dan banyak lagi.
Alamat: No 24, Jalan DI 11, Taman Desa Idaman, 76109 Durian Tunggal, Melaka
Bilangan Tetamu: 8
Harga: Bermula MYR280 / malam
Idaman Homestay
Homestay Idaman nama diberi. Terdapat 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Menariknya, di homestay ini lengkap dengan set dapur untuk memudahkan tetamu memasak. Manakala untuk kemudahan meletakkan kenderaan boleh memuatkan sebanyak dua biji kereta. Kawasan perumahan ini juga melupakan lokasi yang berada di daerah Melaka Tengah dimana ia menghubungkan kawasan Bandar Melaka dan juga Alor Gajah.
Alamat: No 75, Jalan Di 17, Taman Desa Idaman, 76100 Durian Tunggal, Melaka
Bilangan Tetamu: 12
Harga: Bermula MYR150 / malam
Teringin melawat Melaka Bandar Bersejarah tetapi tidak tahu nak tinggal di kawasan mana? Tekan gambar di atas untuk cari homestay di Melaka.