11 Homestay Berdekatan Danga Bay Johor Featured Image

11 Homestay Berdekatan Danga Bay Johor

By Hani - Mar 26, 2019 (Last Updated Jul 22, 2022)

Jika anda berkesempatan untuk ke Johor Bahru, jangan lupa singgah ke Danga Bay Johor. Danga Bay Johor merupakan sebuah tarikan terkini di Johor yang mengetengahkan konsep glamor dan mewah. Ia merangkumi kawasan membeli-belah, restoran dan pusat rekreasi terbesar di Johor Bahru yang sesuai untuk semua golongan dan lapisan masyarakat.


Tidak cukup dengan itu, Danga Bay Johor juga menawarkan homestay yang cantik dan bersih dengan harga yang berpatutan.


Di Danga Bay Johor ini juga terdapat sebuah taman tema khas untuk kanak-kanak dan pusat membeli-belah yang diberi nama Danga City Mall. Sekiranya anda datang dengan keluarga, Danga Bay memang tempat yang sesuai untuk anak-anak anda dan isteri anda. Si anak boleh bermain di taman tema manakala para isteri boleh berbelanja sakan di pusat membeli-belah di sini. Anak dan isteri gembira, suami pun senang hati bukan?




Selain dari taman tema dan pusat membeli-belah, Danga Bay Johor menawarkan makanan laut yang segar dan enak seperti kerang, ikan bakar, sotong goreng tepung dan banyak lagi. Untuk makanan laut, anda sekurang-kurangnya perlu menyediakan bajet sebanyak RM40 seorang. Namun, kalau anda nak merasakan makanan seperti nasi goreng, bihun, mee goreng dan sebagainya, anda boleh mengunjungi kafe Danga Beach Club. 


Badan pun dah penat dari bermain di taman tema seharian, berjalan di sekitar pusat membeli-belah dan menjamu makanan laut yang segar dan lazat, sudah pastinya anda tercari-cari homestay berdekatan Danga Bay Johor yang bersih dan cantik dengan harga yang berpatutan kan?


Anda tak perlu gusar dan pening kepala nak mencari homestay yang terbaik sebab di bawah ini kami dah senaraikan 21 homestay berdekatan Danga Bay Johor yang sesuai untuk anda dan keluarga! 


Manzil Homestay 


Hanya 5 minit dari Danga Bay, Manzil Homestay menawarkan homestay 4 bilik dan 3 tandas yang selesa untuk didiami 10 orang. Dengan 3 bilik berhawa dingin dan 1 bilik dengan kipas, homestay ini lengkap dengan perabot dan barangan elektrik seperti mesin basuh, TV, peti ais, dan perkakas asas memasak. Selain dari Danga Bay, Manzil Homestay juga berhampiran dengan Legoland, Aeon, dan Tesco.


Alamat: 39, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, 81200 Johor Bahru, Johor.

Bilangan Tetamu: 10

Harga:  Bermula MYR250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  


Cosy home for 8 ⚡Mid of LEGOLAND & JB


Homestay yang mempunyai persekitaran yang menyenangkan ini terletak di tengah-tengah Bandar Johor Bahru dan berdekatan dengan Legoland dan paradigm mall. Hanya 10 minit sahaja jarak perjalanan ke Danga Bay. Homestay ini menawarkan 2 bilik tidur dan 2 tandas dan boleh memuatkan seramai 8 orang.

Homestay ini mempunyai ruang tamu serta dapur dilengkapi dengan peralatan memasak dan juga pinggan dan cawan yang mesra kanak-kanak. Anda boleh menggunakan kemudahan homestay ini seperti taman permainan kanak-kanak, surau/bilik sembahyang, kolam renang & sauna. 


Alamat: A-07-05, Twin Danga Residence, Taman Laguna, 81200 Johor Bahru, Johor

Bilangan Tetamu: 8

Harga:  Bermula MYR199 / malam


Tempah Sekarang Dari RM199!  


KSL D'Esplanade Residence


Homestay ini hanya 11 minit sahaja jarak perjalanan ke Danga Bay dan terletak bersebelahan dengan KSL Mall. Homestay ini menawarkan 2 bilik tidur dan 2 tandas sesuai untuk 5 orang. Keistimewaan homestay ini adalah ianya terletak di tingkat atas dan mempunyai pemandangan bandar yang cantik dan pemandangannya tidak disekat oleh bangunan tinggi yang lain. Homestay ini juga tenang dan jauh daripada bunyi laluan kereta diatas jalan raya. Pasti nyenyak tidur malam anda.


Alamat: B33-11, Jalan Seladang, KSL D'Esplanade, 80250 Johor Bahru, Johor

Bilangan Tetamu: 5

Harga:  Bermula MYR400 / malam


Tempah Sekarang Dari RM400!  


Dapatkan harga diskaun ketika anda menempah homestay dengan kami sekarang!


[D'Ing~5] Danga Royal View


Homestay ini adalah apartment dengan lokasi yang strategik; di tengah-tengah kota Johor Bahru. Homestay ini menawarkan 2 bilik tidur dan 2 tandas, sangat sesuai untuk anda yang datang bersama 4 orang. Apartment di homestay ini juga mempunyai kolam renang dan gimnasium. Berhampiran dengan Danga Bay dan tarikan di sekitar Johor Bahru, [D'Ing~5] Danga Royal View ini menawarkan keselesaan dan kepuasan dengan harga berpatutan.


Alamat: 29-12, Jalan Danga 1/1, Bora Residence, 80200 Johor Bahru, Johor.

Bilangan Tetamu: 4

Harga:  Bermula MYR199 / malam


Tempah Sekarang Dari RM199!  


Sky Garden Residences



Homestay ini menawarkan rumah penginapan dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, satu ruang tamu, 1 ruang makan dan ruang dapur yang selesa dan boleh memuatkan sebanyak 6 orang. Selain berdekatan dengan Danga Bay, homestay ini juga berdekatan dengan pelbagai lokasi menarik di sekitar Johor Bahru.


Alamat: A-G-06, Sky Garden Residences, Jalan Setia Tropika 1/21,Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor

Bilangan Tetamu: 6

Harga:  Bermula MYR338 / malam


Tempah Sekarang Dari RM338!  


JB City - Stylish Luxury Modern Homestay



Homestay ini juga terletak di tengah-tengah Johor Bahru dan hanya 14  minute perjalanan ke Danga Bay serta berdekatan dengan pelbagai tarikan dan makanan yang sedap di Johor Bahru. 

Homestay ini dilengkapi dengan perabot. Jadi jika anda datang dengan keluarga yang besar, homestay ini sesuai untuk anda kerana ianya mempunyai 3 bilik dan boleh memuatkan kira-kira 11 orang. Ruang letak kereta disediakan untuk penduduk dan pengunjung.


Alamat: Block A 07-11, Pangsapuri Aman Larkin, Jalan Tani, 80350 Johor Bahru, Johor

Bilangan Tetamu: 11

Harga:  Bermula MYR250 / malam


Tempah Sekarang Dari RM250!  


Dah sampai hujung list tapi masih tercari-cari homestay idaman anda? 


Jangan risau, kami mempunyai banyak lagi pilihan penginapan di Johor Bahru yang boleh anda pilih.  Klik saja pada imej di bawah. 



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.5 (4 VOTES)