Homestay Bukit Tinggi
Bukit Tinggi merupakan sebuah pekan kecil dalam daerah Bentong, Pahang yang terletak cuma bersebelahan dengan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak. Cuma lebih kurang 55 minit sahaja dari Kuala Lumpur, Bukit Tinggi menerima banyak pengunjung dari negeri tersebut dan tidak kurang juga dari Genting Highlands.
Sejak dulu lagi Bukit Tinggi telah menjadi destinasi popular oleh pengunjung kerana iklimnya yang lebih sejuk dari biasa dan juga kerana di situ terletaknya Colmar Tropicale, sebuah pekan kecil yang dibina berinspirasikan budaya Perancis.
Terdapat banyak aktiviti yang dapat dilakukan oleh pengunjung di Colmar Tropicale termasuklah menyaksikan persembahan pelbagai jenis tarian yang disediakan pada masa yang berbeza-beza setiap hari.
Jika anda tidak mahu menginap, anda masih juga boleh melawat Colmar Tropicale untuk menikmati pemandangan, menjamu selera serta bergambar di lokasi menarik di sana.
Tiket masuk ke Colmar Tropicale adalah cuma RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Disebabkan penginapan di Bukit Tinggi tidak lah murah sangat, jadi kami sarankan anda supaya menginap di homestay yang berdekatan. Di sini kami senaraikan homestay berdekatan Bukit Tinggi yang boleh anda tempah jika anda bercadang ingin bercuti ke sana.
Maison Mura @ Selesa Hillhomes
Kanopi Villa
The Acres
MYR 210.00 /night
MYR 350.00 /night
MYR 360.00 /night
Nikmati percutian yang berbaloi dengan menggunakan promosi kami di sini.
Homestay Villa Indah Bukit Tinggi
Homestay Villa Indah Bukit Tinggi Pahang adalah sebuah apartmen yang bagus dan selesa untuk disewa. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, homestay ini terletak di lereng Bukit Tinggi. Untuk keselesaan pelanggan, unit ini dilengkapi dengan pengawal keselamatan.
Jika anda mahukan lebih dari senarai homestay di Bukit Tinggi, boleh klik gambar di atas untuk senarai penuh penginapan terbaik di negeri Pahang.