12 Homestay Murah di Balik Pulau, Penang Featured Image

12 Homestay Murah di Balik Pulau, Penang

By [email protected] - Nov 15, 2018 (Last Updated Jun 24, 2019)

Balik Pulau adalah sebuah bandar di bahagian Barat Daya Pulau Pinang. Berjarak tidak jauh dari Georgetown, Balik Pulau merupakan bandar yang lebih tenang dan kurang kesesakan jalan raya berbanding dengan Georgetown yang memang penuh dengan pelancong setiap hari. Balik Pulau pada asalnya adalah sebuah bandar pertanian pada abad ke-lapan belas tetapi masih terkenal sehinnga hari ini dengan pelbagai buah-buahan tropikal seperti cempedak, duku langsat, ciku dan terutamanya maharaja buah-buahan durian!


Durian merupakan satu buah yang mempunyai bau dan rasa yang sangat istimewa dan tidak dapat diulas menggunakan perkataan, anda mesti mencubainya sendiri! Sebagai rakyat Malaysia, anda mestilah pernah mencuba buah durian tetapi pernahkan anda mencuba buah durian yang baru dikutip dari ladangnya?


Memang lain rasanya, kalau tidak percayalah, dijemput ke Balik Pulau untuk mencubainya. Percayakah anda bahawa banyak warga Penang yang menganggapkan durian dari Balik Pulau adalah yang paling sedap di Malaysia! Hanya satu cara untuk ketahui, marilah ke Balik Pulau!


Buah durian merupakan salah satunya buah yang hanya boleh disukai ataupun tidak sama sekali dan tiada di pertengahannya. Jadi jika anda tidak menyukainya, usah risau kerana banyak lagi yang boleh dibuat di Balik Pulau. Apakah satu-satunya benda mesti dibuat oleh semua pelancong di Penang? Menangkap gambar mural dinding di pelbagai bangunan keliling Georgetown dan tidak mengejutkan bahawa di Balik Pulau juga mempunyai pelbagai seni mural yang mesti dapat dijadikan latar belakang foto yang menarik.


                



Tidak adil jika makanan di Penang tidak disebut. Balik Pulau sebagai sebuah bandar di Penang yang dikenali ramai dengan pelbagai makanan yang lazat memang tidak mengecewakan. Antara makanan yang mesti dicuba di Balik Pulau adalah assam (yang diperbuat daripada asam jawa dan ikan) dan juga pelbagai makanan laut. Bukan saja itu, kebanyakkan restoran di Balik Pulau juga mempunyai hiasan yang moden, sudah tentu gambar instagram anda akan dapt lebih banyak likes.


Memang banyak yang boleh dibuat di Balik Pulau tetapi tidak dapi dinafikan yang Georgetown memang adalah pilihan ramai pelancong yang menyebabkan kawasan Georgetown dipenuhi para pelancong. Jadi apakah yang patut dibuat oleh pelancong yang ingin melawati Georgetown tetapi juga pada masa yang sama inginkan tempat penginapan yang tenteram?


Penyelesaian yang paling munasabah adalah menyewa homestay di Balik Pulau (jarak ke Georgetown adalah hanya 30 minit menggunakan kereta) dan menerokai bandar ini tetapi meluangkan satu atau dua hari untuk melawati Georgetown yang dipenuhi tempat tarikan pelancong serta makanan tempatan yang lazat sekali! Jadi disenaraikan di bawah adalah 12 homestay di Balik Pulau yang murah serta cantik untuk penginapan anda semasa melancong ke Pulau Pinang!


Tempahlah penginapan bersama kami untuk mendapatkan harga promosi! Janji tidak akan menyesal.


Selain homestay di Balik Pulau, terdapat juga banyak tempat penginapan di sekeliling Penang yang anda boleh mempertimbangkan jika anda sedang merancang percutian ke Pulau Pinang, harganya dijamin berpatutan! Senarai di bawah adalah dituju khas kepada anda yang mempunyai idea mengenai destinasi percutian di Penang!


Homestay In Penang Island


Homestay yang disenaraikan dalam artikel ini terletak di pelbagai lokasi di Pulau Penang dari Bayan Lepas ke Tanjung Bungah dan sehingga ke Georgetown. Sesuai kepada pembaca yang ingin melawati seluruh Pulau Penang semasa percutian anda. Tidak mustahil untuk melawati seluruh Pulau Penang tetapi perlulah dirancang dengan rapi jadi artikel inilah yang boleh banyak membantu perancangan anda. Jangan tunggu lagi! Tempahlah penginapan bersama kami untuk mendapat harga yang berpatutan.


Homestay Butterworth

Butterworth adalah sebuah bandar di Mainland Penang yang juga sering dilawati oleh pelancong. Sebelum ini, Butterworth dijadikan rangkaian pengangkutan yang menyambungkan Penang ke negeri lain tetapi pada masa kini, Butterworth adalah setaraf daerah lain di Penang dari segi pelancongan. Makanan lazat, seni mural, tempat bersejarah dan tempat hiburan semuanya boleh dicari di Butterworth, Penang. Artikel akan dapat membantu anda merancang percutian ke Butterworth dari segi tempat penginapan dan bajet penginapan.


Homestay Penang Batu Ferringhi


Di sebelah bahagian Utara Pulau Penang pula adalah sebuah tempat bernama Batu Ferringhi yang mempunyai antara pantai yang paling indah di Malaysia. Destinasi ini sesuai untuk pelancong yang suka aktiviti laut seperti parasailing, wind surfing, jet skiing dan sabagainya. Antara sebab Batu Ferringhi menjadi salah satu destinasi utama untuk pelancong di Penang adalah kerana tempat ini telah dikomersilkan sebagai tempat tarikan pelancong. Homestay yang disenaraikan juga adalah pada harga berpatutan.


Begitulah kandungan untuk bandar Balik Pulau, harap artikel ini dapat membantu anda dalam perancangan untuk percutian di Balik Pulau, Pinang. Layari laman web LetsGoHoliday untuk banyak lagi pilihan penginapan di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia!


                                   


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.08 (13 VOTES)