Penginapan di Penang Featured Image

Penginapan di Penang

By Badriah - Nov 04, 2018 (Last Updated Jun 30, 2023)

Ingin bercuti di Penang? Ada apa di Penang? Penang atau lebih dikenali sebagai Pulau Pinang adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling banyak dilawati di Malaysia dan dinamakan sebagai salah satu daripada 17 tempat terbaik untuk dikunjungi pada tahun 2017 oleh CNN. Ini menjadikan ia sebagai tiga lokasi di Asia yang termasuk di dalam senarai tersebut termasuk Thailand dan China.


Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Penang seperti mengagumi mural seni di lorong-lorong, mencuba 'street-food' terkenal di Pulau Pinang, melawat muzium, bersantai di pantai-pantai yang indah dan banyak lagi tempat yang boleh anda lawati di Penang


Tidak kira jika anda melancong sendirian atau dalam bilangan yang ramai, terdapat banyak pilihan penginapan di Penang yang boleh anda pertimbangkan untuk percutian anda. Tidak kira di mana anda pilih, Penang pastinya menjanjikan yang terbaik untuk penjelajahan anda. 


Di sini kami senaraikan tempat penginapan yang patut anda cuba di Penang dengan harga yang tidak akan mengoyakkan poket anda! Jangan risau ya.


T+ Hotel Macallum


T+ Hotel Macallum terletak di Georgetown yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Prangin Mall cuma terletak 600m dan Komtar  700m from daripada hotel ini. Jadi, untuk ke mall hanya perlu berjalan kaki sahaja dan yang paling penting dapat elak kesesakan lalu lintas!  

Hotel ini dilengkapi dengan Wi-Fi percuma di semua bilik dan ruang santai, daily housekeeping, perking kereta dan sebagainya. Apa sahaja sebab anda melawat Penang, T+ Hotel Macallum adalah lokasi terbaik untuk trip anda. 


Alamat          171, Jalan C.Y.Choy, 10300 Georgetown, Pulau Pinang

Harga             Dari MYR 132 /malam 


Tempah dari RM132! 


AG Hotel Penang

AG Hotel Penang mempunyai bilik yang modern diserikan dengan Wi-Fi percuma. Bukan sahaja mempunyai restoran sendiri, di hotel ini juga terdapat kedai serbanekanya sendiri dan parking percuma untuk pelanggan.

Cuma 5-minit berjalan kaki ke Universiti Sains Malaysia dan 15-minit dengan kereta untuk ke bandar Georgetown. Perjalanan ke lapangan terbang pula hanya dalam 20 minit sahaja. Cukup mudah dan serba serbi lengkap jika anda menginap di sini!

Setiap bilik mempunyai TV flat screen, cerek elektrik dan coffee maker. Bilik air pula dilengkapi bath tub atau shower, pengering rambut dan alatan mandi percuma. 


Alamat          350-E, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Georgetown, Penang

Harga             Dari MYR 110 /malam 


Tempah dari RM110! 


Anggerik Lodging

Mendapat lebih 6 ribu likes di Facebook, Anggerik Lodging adalah salah satu budget hotel terkenal dan popular di Penang! Sering menjadi pilihan pengunjung terutamanya yang datang dalam kumpulan besar, menginap di Anggerik Lodging adalah sangat berbaloi kerana anda dapat menikmati perkhidmatan kelas pertama tanpa bayar lebih!

Terletak dalam lokasi Terminal Bas Sungai Nibong, Anggerik Lodging sangat strategik kerana ianya dekat dengan mall (Quensbay mall dan TESCO) , pusat pengangkutan, dan sebagainya. Ianya cuma mengambil 15 minit sahaja untuk ke bandar Georgetown dan terletak berdekatan dengan USM. 


Alamat          351, Hilir Pemancar, Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang

Harga             Dari MYR 109 /malam 


Tempah dari RM109! 


Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang

Terletak di lokasi yang mudah dikunjungi, Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang tidak jauh dari bandaraya utama dan pantai yang tersohor di Pulau Mutiara. Hotel Seri Malaysia menawarkan harga yang berpatutan termasuk sarapan dan ini antara sebab mengapa ramai yang memilih untuk menginap di sini.

Selain itu, semua cawangan Hotel Seri Malaysia juga mempunyai kemudahan kolam renang dan Wi-Fi percuma di semua bilik dan ruang awam. 


Alamat          7, Jalan Mayang Pasir 2, Bandar Bayan Baru, 11950 Pulau Pinang

Harga             Dari MYR 109 /malam 


Tempah dari RM110! 


Lihat juga: Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Penang


MYR 10.00 /night

Jika anda lebih memilih untuk menginap di homestay untuk percutian anda di Penang, di bawah ini kami senaraikan artikel-artikel yang memaparkan pelbagai jenis homestay yang boleh anda pertimbangkan.

Homestay Georgetown Murah

Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang, meriah dengan bangunan kolonial berwarna-warni dan artistik. Jika anda sedang mencari homestay di Georgetown Penang yang murah, artikel ini menyenaraikan homestay murah yang boleh anda cuba. Nescaya tidak akan buat anda papa kedana! 


Homestay Bajet Penang

Anda mempunyai bajet yang tertentu untuk percutian ke Penang? Dan mencari homestay yang lebih murah sesuai dengan bajet namun mampu memberikan keselesaan semasa percutian? Artikel ini mampu membantu anda! Kami mempunya permintaan yang tinggi untuk penginapan bajet di Penang. Oleh itu, anda perlu segera memilih dan membuat tempahan sebelum penuh. 


37 Homestay Muslim Di Penang

Senarai 37 homestay di Pulau Pinang khusus untuk pelanggan Muslim yang sesuai dijadikan penginapan untuk anda sekeluarga! Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pastinya menjamin keselesaan anda. 


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (3 VOTES)