Senarai Homestay Pulau Tioman 2019
Anda merancang percutian bersama keluarga atau bff anda untuk ke pulau? Tapi masih tatahu nak ke pulau mana sebab ramai sangat nak ikut ke trip ni, takut kos penginapan anda pun bertambah naik. Haa, jangan risau, apa kata anda bercuti ke Pulau Tioman dan menginap di homestay Pulau Tioman.
Tapi, kenapa Pulau Tioman ya? Haa, banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sekitar Pulau Tioman ni tau. Anda boleh snorkelling di kepulauan kecil di Pulau Tioman iaitu Pulau Renggis dan Pulau Tulai. Pulau Renggis terletak tidak jauh dari Kampung Tekek. Ianya merupakan syurga untuk para penyelam kerana dasar lautannya sangat indah dan berwarna-warni dek kerana pelbagai spesis ikan dan terumbu karang berhabitat di sini. Mahakala, Pulau Tulai pula terletak di bahagian utara Pulau Tioman dan diberi nama jolokan Coral Island. Namun demikian, untuk ke Pulau Tulai ini mengambil masa selama sejam untuk tiba ke sini. Setibanya anda di Pulau Tulai, jangan lepaskan peluang untuk menyelam, berenang dan snorkelling.
Pada yang kaki shopping tu, jangan risau, anda boleh ke Kampung Tekek. Kampung Tekek merupakan sebuah perkampungan terbesar di Pulau Tioman dan pusat pentadbiran di pulau ini. Nama saja kampung, tapi, anda jangan terkejut tau Kampung Tekek ini sangat maju dan lengkap dengan fasiliti seperti pejabat imigresen, bank, sekolah, klinik, masjid dan kedai-kedai bebas cukai. Ya, betul tu. Pulau Tioman merupakan zon bebas cukai sejak tahun 2002.
Best kan Pulau Tioman ni? Haa, dah penat berenang dan berjalan-jalan di sekitar Pulau Tioman, jom kita bermalam di salah satu homestay Pulau Tioman 2019 di bawah ni.
Homestay Tanjung Gemok
Homestay Tanjung Gemok menawarkan penginapan 10 jenis bilik untuk anda pilih. Homestay ini khususnya menawarkan penginapan untuk tetamu yang ingin bermalam untuk menaiki feri terawal atau terakhir dari Pulau Tioman. Jenis-jenis bilik ini bersesuaian dengan jumlah tetamu yang datang menginap. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah TV dengan Astro, mandian panas, wifi, dan penghawa dingin. Jika anda menempah rumah ini keseluruhan, anda akan dapat menggunakan dapur yang dilengkapi kemudahan asas, mesin basuh dan peti sejuk.
Alamat: 615-A, Jalan Masjid, Kampung Tanjung Gemok, 26820, Kuala Rompin, Pahang.
Jumlah Tetamu: 6
Harga: Bermula dari RM64 / malam
VS Homestay Mersing
VS Homestay Mersing terletak di KM 8 Kg Tenglu, tepi jalan Besar Mersong-Endau. Homestay ini boleh memuatkan seramai 15 orang tetamu dalam satu masa. Selain dari berhampiran dengan Pulau Tioman, homestay ini juga berhampiran dengan pantai-pantai menarik di sekitar Mersing, antaranya Pantai Air Papan, Pantai Teluk Sisis, Pantai Penyabong, Pantai Pasir Lanon dan Pantai Teluk Gorek. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur, dengan 2 bilik berhawa dingin, 2 ruang tamu yang luas, 2 tandas, dapur dan 3 verandah, sesuai untuk keluarga ramai atau kumpulan besar.
Alamat: KM 8, Kg Tenglu, 86800 Mersing, Johor.
Jumlah Tetamu: 15
Harga: Bermula dari RM200 / malam
Dapatkan promosi hebat ketika anda menempah homestay di LetsGoHoliday.my sekarang!
Homestay Junior Mersing
Homestay Junior Mersing mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur dan ruang parkir kereta. Bilik utama berhawa dingin, TV dengan Astro, dapur gas, periuk nasi elektrik, cerek, alatan memasak asas, dan peti ais. Di ruang parkir kereta pula boleh memuatkan 2 buah kereta dan terdapat ampaian pakaian untuk anda menjemur pakaian selepas bermandi-manda di Pulau Tioman. Homestay ini berhampiran dengan Bandar Mersing, Jeti Mersing, dan berdekatan dengan pantai-pantai menarik di Mersing selain dari Taman Negara Gunung Arong.
Alamat: 112, Jalan Indah 3, Taman Wawasan Indah, 86800 Mersing, Johor.
Jumlah Tetamu: 6
Harga: Bermula dari RM180 / malam
Kalau anda rasa tak puas dengan senarai kami di atas, anda boleh juga menekan pada gambar di atas untuk melihat senarai penuh tempat penginapan di Pahang yang kami tawarkan.
The Best Pulau Tioman Resort 2019
Anda boleh juga membaca mengenai senarai the Best Pulau Tioman Resort untuk tahun 2019 yang kami dah senaraikan dalam artikel di atas ni. Untuk membaca lebih lanjut, anda boleh tekan terus pada gambar di atas. Mana tahu, anda nak tinggal di Pulau Tioman Resort untuk honeymoon pula kan?