13 Homestay Cameron Highland Brinchang Dekat Dengan Kawasan Tarikan
Merancang percutian anda tidak seharusnya menjadi sesuatu yang sangat stress , memeningkan kepala dan mengeringkan poket! Rancang percutian anda di dalam negara, misalnya, anda boleh memilih pelbagai tempat menarik seperti Melaka, Penang, Langkawi atau Sabah! Banyak kan tarikan di negara kita sendiri? Kalau nak berangan macam bercuti di overseas pun boleh - Cameron Highlands kan ada! Lebih spesifik lagi, jom kita pergi bercuti di Brinchang, Cameron Highlands dan lihat homestay-homestay menarik yang ada di Brinchang ini.
Sebelum itu, jom kita selidik sedikit sebanyak mengenai Brinchang. Brinchang, pada asalnya dinamakan Gunung Brinchang, adalah sebuah resort bandar dan bukit yang terletak di ketinggian 1,540 meter (5,050 kaki) di Cameron Highlands di negeri Pahang, Malaysia.
Brinchang adalah perbandaran tertinggi dan kedua di Cameron Highlands, terletak di dataran tinggi yang lembap kira-kira 2 km selepas Tanah Rata atau 3 km sebelum Kea Farm. Walaupun agak kecil berbanding dengan Tanah Rata, Brinchang adalah yang paling padat dalam pembangunan - pusat pelancongan dengan rasa dan gaya tempatan.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Brinchang ini, antaranya mengembara ke dalam hutan Mossy seperti berada dalam penggambaran filem The Hobbits, melawat Muzium Time Tunnel dan Tokong Sam Poh, berkunjung di Big Red Strawberry Farm dan Agro Technology Park Mardi, dan semestinya, membeli-belah di Pasar Malam Brinchang pada setiap Jumaat & Sabtu malam.
Pekan Brinchang padat dengan kedai-kedai, restoran dan hotel-hotel bajet yang tersergam indah bersama apartment percutian dan homestay. Nah, di sini kami senaraikan homestay-homestay menarik di Cameron Highlands Brinchang, sesuai untuk destinasi percutian anda semua tidak kira datang berseorangan, berdua, berkumpulan atau bersama keluarga.
Auntie Aini Homestay
Terletak di Jalan Golden Hills, Homestay rumah teres 2 tingkat ini mempunyai 3 bilik tidur (1 di tingkat bawah dan 2 di tingkat atas) dan 2 bilik mandi sesuai untuk 10 orang tetamu. Kelengkapan yang disediakan semuanya lengkap untuk mejamin percutian yang selesa di Cameron Highlands. Oh ya, Auntie Aini Homestay ini adalah homestay yang muslim friendly dan hanya membenarkan penginap Muslim sahaja.
Alamat: 23, Jalan Golden Hills 5, Cameron Highlands, 39100 Brinchang, Pahang
Barrington Square Homestay - Diana Windsor
Image Source: Barrington Square Homestay - Diana Windsor Facebook
Homestay yang memberikan pemandangan pasar malam dari balcony homestay. Yang bestnya, turun dari lift boleh terus pergi ke pasar malam. Tak perlu susah-susah drive dan cari parking lagi. Bertemakan studio apartment, Barrington Square Homestay - Diana Windsor ini mempunyai satu bilik tidur dan tambahan sofa bed, sesuai untuk tetamu kurang dari 6 orang. Kelengkan lain seperti water heater, microwave, towel ada juga disediakan.
Lain-lain maklumat: Muslim Only, OKU friendly, Security 24 hours
D’Maple Suite Cameron Highlands
Image Source: D’Maple Suite Cameron Highlands Facebook
Terletak di Amerald Avenue Apartment Tingkat 9, D’Maple Suite Cameron Highlands homestay ini sangat berdekatan dengan lift jadi anda tak perlu risau untuk berjalan keluar dan masuk homestay lepas dan penat meronda Cameron Highlands. Homestay ini juga sangat dekat dengan pelbagai tempat menarik seperti Big Red Strawberry Farm, Cactus Valley, Starbucks dan lain-lain tempat makan. Yang bestnya juga, ada Netflix dan YouTube, boleh lah anda spend time malam-malam tengok movie sebelum tidur.
Lain-lain maklumat: Kelengakapan memasak disediakan, 1 parking percuma, muat 10-12 orang
NH Homestay Cameron Highland
Image Source: NH Homestay Cameron Highland Facebook
Homestay yang dikelilingi dengan kedai makan malam dan steamboat yang sedap, lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan untuk penginapan semasa percutian termasuklah parking kereta, lift, iron, dan kemudahan memasak. Mempunya 5 Queen bed, mampu memuatkan seramai 10 orang tetamu dengan selesa. NH Homestay Cameron Highland terletak tidak jauh dari tempat-tempat menarik seperti MARDI, Pasar Malam Golden Hills, Kea Farm dan banyak lagi!
Lain-lain maklumat: Muslim sahaja, 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi lengkap water heater, balkoni
Qaseh Homestay Cameron Highlands
Image Source: Qaseh Homestay Cameron Highland Facebook
Qaseh Homestay Cameron Highlands ini terletak di Crown Imperial Court Brinchang, tingkat 4. Tak perlu juga risau turun naik tangga kerana terdapat kemudahan lift di sini untuk anda mudah bergerak keluar dan masuk dari homestay. Lokasi yang strategik terletak berhampiran dengan Cameron Centrum, Big Red Strawberry Farm, 2km ke Pasar malam cameron, YZ Agro Farm dan banyak lagi!
Lain-lain maklumat: parking kereta, 3 bilik tidur dan 2 bilik air, 3 katil queen dan 2 katil single, water heater
Rujuk di bawah untuk senarai lain yang anda boleh buat tempahan secara online sahaja!
MYR 115.00 /night
MYR 455.00 /night
Di bawah ini kami senaraikan pula homestay-homestay di Cameron Highlands mengikut kategori untuk memudahkan anda membuat pilihan percutian di Cameron Highlands.