Chalet Pulau Redang
Seronok kan kalau dapat lari dari kesibukan kota raya dan duduk bercanda di tepi pantai? Dalam banyak-banyak pantai, pantai di pulau mana yang best ya? Sudah semestinya Pulau Redang. Kalau anda nak tahu, Pulau Redang pernah dinobatkan sebagai salah satu pulau yang terindah di dunia tau. Tak sangka kan? Jom sambil kita baca kenapa anda perlu datang ke Pulau Redang, anda boleh datang menginap di Chalet Pulau Redang.
Pulau Redang merupakan salah satu pulau terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pulau Redang terletak di perairan Terengganu Marine Park yang dipelihara dari sebarang aktiviti yang boleh mengancam spesis laut di sini tidak kira flora mahupun fauna. Tahukah anda, Pulau Redang ini merupakan habitat untuk 55 jenis tumbuhan karang dan lebih dari 100 spesis ikan? Menakjubkan bukan? Dan anda boleh menyaksikan sendiri keindahan hidupan laut di perairan Pulau Redang ini ketika anda pergi snorkeling dan menyelam di dasar lautan. Tapi, anda perlu berhati-hati untuk tidak merosakkan tumbuhan karang di sini ya. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat peluang untuk berenang bersama ikan pari dan ikan jerung kecil. Seronok kan?
Anda juga perlu membayar tiket masuk ke Pulau Redang sebanyak RM5 kerana Pulau Redang merupakan sebahagian dari Taman Marin yang dilindungi. Oh ya, anda tidak boleh selamba datang Pulau Redang ni pada bila-bila masa je tau. Pulau Redang bukan macam Pulau Langkawi. Kalau anda nak tahu, Pulau Redang hanya dibuka dari bulan Mac hingga Oktober disebabkan pada akhir tahun merupakan bulan peralihan monsun yang menyebabkan negeri-negeri di Pantai Timur dilanda hujan lebat dan amat berbahaya untuk sesiapa merentasi lautan ke pulau-pulau di sekitar perairan Terengganu. Jadi, rancanglah percutian anda dengan baik ya! Jangan lupa untuk menempah chalet Pulau Redang yang kami dah senaraikan di bawah ini sekali ya.
Redang Lagoon Chalet
Jika anda tidak berkesempatan untuk tinggal di rumah kampung, anda boleh cuba untuk menginap di Redang Lagoon Chalet. Chalet ini menawarkan penginapan di rumah kampung tradisional Melayu ditambah dengan layanan mesra staf chalet yang sedia membantu anda. Setiap chalet telah disediakan dengan kemudahan asas beserta tandas persendirian dan penghawa dingin. Buffet disediakan di restoran chalet ini yang menghidangkan lauk Melayu dan sekiranya anda ingin pergi menyelam, anda boleh menyewa peralatan snorkeling di sini.
Lokasi:
Untuk maklumat lanjut, sila layari Redang Lagoon Chalet
Redang De'Rimba
Redang De'Rimba menawarkan bilik berhawa dingin, mandian air panas dan TV LED yang dipasang dengan Astro. Anda akan dapat menikmati juadah buffet di chalet ini beserta dengan Island Trip untuk pergi menyelam dan snorkeling. Selain itu, hidangan BBQ juga ada disediakan di chalet Redang De'Rimba yang indah dengan beberapa jenis bilik mengikut kesesuaian jumlah tetamu. Chalet ini menawarkan lebih dari tempat penginapan dan restoran saja tau. Bilik mesyuarat dan pengangkutan untuk island transfer juga ada disediakan untuk penginap di chalet ini.
Lokasi:
Untuk maklumat lanjut, sila layari Redang De'Rimba
Redang Mutiara Beach Resort
Redang Mutiara Beach Resort ini menawarkan penginapan chalet dengan harga bajet. Chalet ini menawarkan pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan. Anda akan dapat menginap di chalet yang selesa, tidak perlu risau dengan makanan kerana makanan disediakan secara stail buffet di sini dan aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah seperti memancing, snorkeling, jungle trekking dan mencandat sotong. Selain itu, Redang Mutiara Beach Resort ini mengalu-alukan kedatangan anda yang ingin datang ke sini atas perihal seminar, kerja, mesyuarat, hari keluarga dan banyak lagi. Seronok kan kalau dapat bekerja berlatarbelakangkan keindahan Pulau Redang.
Lokasi:
Untuk maklumat lanjut, sila layari Redang Mutiara Beach Resort
Wisana Village
Dikenali dengan Home Beach Resort, Wisana Village adalah sebuah lagi penginapan di Pulau Redang yang berkonsepkan seni bina rumah tradisional Melayu. Terletak di pantai terpencil Teluk Kalong Kechil, anda akan dapat merasai betapa privasi anda terjaga ketika menginap di sini. Yelah, mana taknya, Wisana Village ini terletak di sebuah pantai rahsia yang jauh dari hiruk-pikuk pengunjung Pulau Redang, dan chalet ini juga menawarkan hanya 10 buah bilik saja untuk diinapi.
Lokasi:
Untuk maklumat lanjut, sila layari Wisana Village.
Dapatkan kod promo ketika anda menempah percutian pulau anda bersama kami sekarang!
Anda rasa tidak puas dengan senarai Chalet Pulau Redang kami di atas? Jangan risau, anda boleh tekan terus pada gambar di atas untuk melihat senarai tempat penginapan di Terengganu dengan lengkap. Tapi kalau anda nak baca lebih lanjut mengenai penginapan anda di Pulau Redang, teruskan membaca dan scroll ke bawah!
Pulau Redang Resort
Kalau anda nak upgrade dari duduk di chalet kepada duduk di resort, nah blog post ini khususnya untuk anda. Kami menyenaraikan Pulau Redang Resort yang bertaraf antarabangsa dalam artikel ini. Tekan pada gambar di atas untuk membaca dengan lebih lanjut ya.
Homestay Di Pulau Redang
Kuala Terengganu ke Pulau Redang tidaklah mengambil masa yang lama untuk sampai. Namun, kalau anda bercuti di Terengganu dan nak singgah bermalam di Pulau Redang, anda bolehlah menginap sahaja di Kuala Terengganu dan menaiki bot ke Pulau Redang. Untuk itu, kami sediakan senarai homestay Pulau Redang untuk memudahkan perancangan percutian anda.