6 Jenis Durian Anda Mesti Cuba dan Musim Durian Di Malaysia Featured Image

6 Jenis Durian Anda Mesti Cuba dan Musim Durian Di Malaysia

By [email protected] - Apr 05, 2017 (Last Updated Apr 06, 2020)

Peminat-peminat durian pastinya sudah tahu yang durian ialah raja buah-buahan di Malaysia. Durian bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah juga di negara-negara Asia Timur-Selatan.


Seperti yang anda tahu, isi durian barangkali sendikit berbeza dari segi warna, rasa dan texturnya. Mereka bukan identikal kerana faktor iklim yang berbeza dalam setiap rantau atau kawasan negara-negara Asia Timur-Selatan.

Di bawah ialah 6 jenis durian yang biasa dijumpai di Malaysia.

1. Musang King

(Image via bibitbunga)

Durian musang king adalah antara durian yang terkenal dengan para pelancong dan juga orang tempatan. Isinya berwarna kuning gelap dan agak tebal. Anda boleh rasa isinya macam berkrim sedap dikunyah, lima ulas pun tidak cukup makan. Ramai peminat durian tergila-gila dengan jenis ini sebab dikira jarang jumpa kalau dibandingkan dengan jenis durian yang lain. Musang King begitu sedap sehingga wartawan terkenal dari New York, Richard Quest pun terpaksa menyerah dengan keenakkan buah ini.

2. Little Red

(Image via YearoftheDurian)

Durian ini dipanggil ‘Little Red’ jelas sekali kerana isinya berwarna merah-merahan. Jenis ini berasal daripada Balik Pulau, Penang dan anda boleh juga jumpa durian ini di Bao Sheng Durian Farm. Biasanya, durian ini hanya ada seulas atau dua ulas isi untuk sebelah bahagian. Rasa isinya ada pahit ada manis, dibawa sedikit rasa masam yang agak unik selepas makan.

3. Coupling

(Image via yearofthedurian)

Durian ‘coupling’ ini menarik kerana mempunyai luaran yang nampak macam dua biji durian digabung bersama seperti kekasih. Isinya juga tebal dan mempunyai saiz yang besar. Untuk warna pula, seperti yang anda nampak lebih kepada warna kuning terang dan sedikit putih-putihan. Rasa isinya sangat manis tetapi tekturnya lebih kering berbanding dengan jenis-jenis yang lain.

4. Green Skin

(Image via YearofTheDurian)

‘Green skin’ pula mempunyai kulit yang berwarna hijau terang yang seiras dengan namanya. Isi durian ini lebih kepada warna putih dan rasanya tidak semanis yang lain. Walaupun begitu, jenis ini sedap juga dimakan untuk tukar citarasa sekali-kala.

5. Khun Poh

(Image via StaitsTimes)

Durian ini dinama ikut arwah Mr. Lau Khun Poh yang merupakan orang pertama menyemai jenis ini. Anda boleh cam durian ini dengan melihat isinya yang berwarna oren. Rasanya terbawa sedikit pahit dan manis dengan aroma durian yang agak kuat.

6. Durian Kampung atau Durian Asli

(Image via infokita)

Ternyatanya, durian kampung biasanya ditanam dalam kawasan perkampungan di mana perkebun akan mengutip hasil durian dan masukkan berlambak-lambak ke dalam bakul besar untuk dijual. Durian jenis ini paling murah jika dibandingkan dengan yang lain kerana kualitinya tidak dijamin. Bergantung kepada nasib anda, ada yang dapat isi manis dan tebal punya, ada juda yang malang terjumpa rasa isi yang tawar atau pahit sahaja.

Senarai ini hanya seberapa jenis antara banyak durian yang terdapat di Malaysia. Pasti anda juga tidak tersangka durian ada nama-nama unik seperti yang tersenarai di atas kan?

Selain tahu membezakan jenis-jenis durian, yang lagi penting anda perlu juga ambil tahu bila masa musim durian di Malaysia.

Bacaan bonus: Bao Sheng Durian Farm& Homestay Penang (skroll ke bawah untuk maklumat lanjut)

Musim Durian di Malaysia

Kamu dah tidak sabar untuk makan durian kegemaran kamu, tetapi satu pun tidak terjumpa sekitar kawasan kamu. Kalau ada pun, hanya yang tidak manis rasanya. Malangnya, anda dah terlepas musim.

Malaysia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu timur Malaysia seperti Sabah dan Sarawak dan juga Barat Malaysia yang termasuk seluruh Peninsular Malaysia.

(Image via durianinfo)

Sesiapa yang tinggal di kawasan Timur Malaysia, musim durian selalunya mula dari Jun hingga ke Ogos. Beberapa kawasan Sabah mungkin akan tergendala dan musim durian akan tiba lambat kira-kira bulan November atau Disember. Hasilan buah durian tidak dieksport dan hanya dinikmati antara masyarakat tempatan.

(Image via durianinfo)

Musim durian di Barat Malaysia dipengaruh oleh angin monsun tahunan. Dengan kata lain, perubahan cuaca yang susah dianggar akan menentu bila masanya musim durian.

Barat Malaysia dibahagi kepada tiga kawasan.

Pertama ialah bahagian utara yang melingkungi negeri Perlis, Kedah, Penang dan utara Perak. Musim berbuah durian dikatakan bermula dari Jun atau Julai.

Kedua ialah bahagian tengah dan selatan yang termasuk negeri selatan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor. Musim berbuah durian akan bermula dari Jun sehingga Ogos. Kadang-kadang, ada juga musim durian yang datang sekitar bulan Disember atau Januari.

Yang ketiga ialah bahagian perantauan Timur. Kawasan ini bermula dari utara Kelantan menerusi Terengganu hingga kawasan perantauan Pahang. Musim durian hanya berlaku dalam bulan Julai hingga September.

Sekarang anda sudah jelas dengan musim-musim durian untuk kawasan tertentu, bolehlah agak-agak masa yang betul untuk makan durian kegemaran anda. Ada pelancong luar negara yang gemar datang ke Malaysia semata-mata untuk mencari buah durian, di samping menikmati pengembaraan di negara kita yang unik ini.


Bao Sheng Durian Farm


Saya percaya kebanyakan orang pernah dengar ladang durian bao sheng dan mungkin juga pernah melawat tempat tersebut. Kalau belum pernah dengar, tempat ini mesti dilawat apabila sebut tentang buah durian organik. Tempat ini merupakan salah satu ladang durian yang terkenal di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Ladang durian ini sangat terkenal sehingga orang dari China pun sibuk mencari sebelum ini. Kamu boleh agak yang ladang durian bao sheng mempunyai pengaruh yang luas sehingga ke luar negara Malaysia.

Pemilik ladang durian tersebut yang juga dikenali sebagai Durian Seng telah mengamalkan pertanian tanpa penggunaan racun perosak bagi memastikan pokok durian membesar dengan sihat dan menghasilkan buah yang berkualiti baik. Pekerja-pekerja mereka juga mengambil berat akan bahan baja yang diguna atas pokok-pokok durian. Jenis-jenis durian yang terdapat dalam ladang durian termasuk little red, lipan, khun poh angbak, dan green skin angbak.

Ladang durian bao sheng bukan sahaja merupakan tempat untuk anda merasai keenakan buah durian yang berlainan jenis, malah mereka juga menyediakan penginapan untuk sesiapa yang hendak menikmati persekitaran yang diselindungi dengan pokok durian. Mereka mempunyai pakaj untuk tempat penginapan yang berbeza seperti vila atau bilik tatami. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mengutip buah durian yang sudah masak di sekitar ladang durian tersebut. Jangan risau akan durian terjatuh atas kepala sebab kamu akan berjalan bawah jaring yang diikat bersambung dari satu batang pokok ke pokok lain. Jadi, tempatnya memang selamat untuk diterokai.

P/S: Buat sementara memang belum ada orang yang terkena durian hentak kepala.

Alamat: 150 Mk2 Sungai Pinang, Balik Pulau, 11000 Penang, Pulau Pinang, Malaysia (google map)

Nombor telefon: +6012-4110600

Rate this post

3.11 (28 VOTES)