5 Tempat menarik berdekatan pantai di Melaka Featured Image

5 Tempat menarik berdekatan pantai di Melaka

By [email protected] - Oct 19, 2016 (Last Updated Jul 01, 2019)
Mahu berjalan-jalan di tepi pantai di Melaka, tapi anda tak mahu bosan dengan hanya melihat pemandangan laut sahaja. Apa kata anda cuba beberapa aktiviti menarik di 5 tempat berikut.


Pantai Klebang, Dataran 1 Malaysia

[Image via Blogspot]

Pantai Klebang merupakan satu tempat percutian tepi pantai yang sangat popular di Melaka. Ia terletak 5 kilometer dari Melaka Raya dan merupakan salah satu lokasi yang menarik untuk bercuti di Melaka. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh keluarga dan kanak-kanak seperti bermain layang-layang, menunggang kuda padi, dan berkelah tepi Pantai Klebang, menunggang kereta kuda dan menunggang ATV (motosikal empat roda).


Selain itu, di sinilah terletaknya muzium kapal selam, dan juga tempat yang digembar gemburkan sebagai lokasi Coconut Shake yang paling sedap. Pantai Klebang merupakan tempat yang istimewa dan unik kerana ia merupakan tempat yang sangat sesuai untuk seisi keluarga.


Coconut Shake Original Klebang

[Image via Facebook]

Salah satu tempat yang terkenal di Melaka ini adalah Klebang Original Coconut Shake. Tempat ini hanya terletak 3 minit jarak memandu dari pantai Klebang. Jika anda sedang mencari tempat makan yang menarik di sekitar melaka, di sini adalah tempat yang harus anda pergi. Ia sangat sesuai untuk beristirehat sambil menikmati keindahan pantai klebang.


Selain daripada coconut shake, tempat makan ini juga ada menyediakan makanan yang sedap-sedap seperti makanan goreng, nasi lemak, waffle, kuih muih dan banyak lagi. Tempat letak kereta juga disediakan dan ruangnya amat luas. Ia boleh memuatkan lebih daripada 20 buah kereta dan juga bas. Jadi anda tidak perlu bimbang lagi untuk mencari tempat letak kereta di situ. Kedai ini buka setiap hari termasuk cuti sekolah dan cuti umum.


Pulau Besar

[Image via PortalMelakaNews]

Pulau Besar mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ia merupakan pulau yang terbesar di negeri Melaka. Pulau ini mempunyai banyak kisah misteri dan sejarahnya. Terdapat dua cara jika anda ingin kesana. Anda boleh menaiki bot laju dari Jeti Umbai atau menaiki feri dari Jeti Anjung Batu. Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di sana seperti Makam Syarifah Rodziah, Perigi di kaki Pulau, Tasik Biawak dan banyak lagi. Gua Yunus antara tempat yang menarik terdapat di Pulau Besar.


Nama gua ini diambil sempena nama Syeikh Yunus iaitu orang yang pertama menjumpai dan menjadikan gua ini sebagai tempat pertapaan. Selain itu, tempat yang menjadi tumpuan dan sering diziarahi pelancong adalah di makam Sultanul Ariffin. Menurut riwayat, beliau adalah seorang pendakwah dari baghdad yang berdakwah di kepulauan Jawa untuk mengembangkan ilmu Islam. Pelancong juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti Bersiar-siar di sepanjang pasir pantai yang putih, memancing, berenang, kembara hutan, dan menziarahi makam.


Masjid Terapung Selat Melaka

Masjid ini terletak di Pulau Melaka yang merupakan salah satu pulau buatan manusia di negeri Melaka. Pulau Melaka terletak di kawasan sekitar Melaka Raya. Masjid tersebut dibina untuk menjaga keselamat kapal-kapal yang melalui Selat Melaka kerana selat ini merupakan salah satu selat yang tersibuk di dunia. Ketika paras air tinggi, Masjid ini seakan-akan kelihatan seperti terapung di atas air.


Jika anda masih mencari hotel untuk percutian anda di Melaka, skroll ke bawah untuk senarai hotel di Melaka.


MYR 120.00 /night

MYR 230.00 /night

{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 250.00 /night

Gunakan kod promosi kami untuk tempahan penginapan yang lebih murah!

Mahu lihat pilihan hotel dan homestay di Melaka? Klik pada gambar di bawah untuk senarai penginapan terbaik di Melaka.


Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

2.4 (5 VOTES)