8 Restoran Seafood Halal di Kuantan, Pahang
Kuantan merupakan ibu negeri Pahang di Malaysia dan Tanjung Lumpur merupakan sebuah perkampungan memancing tradisional yang terletak berhampiran Sungai Kuantan di mana terdapat banyak restoran makanan laut di sana yang menyajikan makanan laut segar. Bagi penggemar makanan laut atau ‘seafood hunter’, Kuantan seharusnya berada di dalam senarai tempat yang harus anda lawati.
Super Top
Super Top adalah salah sebuah restoran seafood atau makanan laut yang terletak di Tanjung Lumpur Kuantan, Pahang. Restoran makanan laut ini kebiasaannya akan menjadi pilihan utama pelanggan yang ingin menjamu selera bersama keluarga besar kerana restoran ini memiliki ruang yang luas dan sesuai untuk makan beramai ramai. Restoran ini juga turut mempunyai tempat yang luas untuk meletakkan kenderaan.
Terdapat pelbagai jenis makanan laut yang disajikan di restoran ini yang boleh anda pilih untuk dinikmati bersama keluarga.
Lokasi: Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan 26060, Malaysia (Google Maps)
Nombor Telefon: 011-1219 6157
Ana Ikan Bakar Petai
Selain Super Top, Ana Ikan bakar juga terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Restoran makanan laut ini juga menjadi tarikan para pengunjung di Kuantan mahupun pendudukan tempatan di Kuantan kerana mempunyai populariti tersendiri iaitu ikan bakar petai. Jika anda datang ketika waktu puncak, kemungkinan untuk mendapatkan meja yang kosong adalah tipis.
Bagi pelanggan yang tidak meminati ikan, anda tidak perlu risau kerana restoran ini terdapat pelbagai jenis makanan laut yang segar selain daripada ikan. Jika anda berkunjung ke restoran ini, pastikan anda mendapatkan meja terlebih dahulu sebelum memilih makanan laut yang segar untuk di masak.
Lokasi: Lot 400J, Teluk Batu Tanjung Lumpur 26060 Kuantan Pahang. (Google Maps)
Waktu operasi: Setiap Hari 12:30 Pm - 12:30 Am
Instagram: @anaikanbakarpetai
Nombor Telefon: 0 13-998 9175
Kak Long Ikan Bakar Petai
Selain daripada Ana Ikan Bakar Petai, restoran ini juga menyajikan menu istimewa yang sama iaitu ikan bakar petai. Jika anda berkunjung ke Tanjung Lumpur untuk menikmati ikan bakar petai, Kak Long Ikan Bakar Petai adalah antara restoran makanan laut yang menyajikan menu tersebut.
Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai menu lain yang disajikan selain ikan bakar petai seperti lala masam manis, sotong goreng tepung dan sebagainya. Anda juga dibenarkan untuk memilih sendiri makanan laut yang segar sebelum dimasak.
Lokasi: Tanjung Lumpur, Kuantan. (Google Maps)
Waktu operasi: 5 Pm – 13.30 Am (Setiap Hari)
Nombor Telefon: 019-983 2337
MYR 209.00 /night
Mail Ikan Bakar
Memandangkan Tanjung Lumpur merupakan perkampungan memancing, sudah pasti makanan laut yang terdapat di sana merupakan makanan laut yang segar. Selain tiga buah restoran makanan laut yang telah di senaraikan di atas, Mail Ikan Bakar juga terdapat di kawasan Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang dan menjadi tumpuan ramai kerana menyajikan makanan laut yang segar.
Mail Ikan Bakar juga turut memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih sendiri makanan laut segar yang diminati. Bagi pelanggan yang ingin menikmati makanan laut yang segar bersama keluarga, restoran ini juga seharusnya menjadi pilihan anda.
Lokasi: Dm 16 Kampung Teluk Baru Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan. (Google Maps)
Nombor Telefon: 011-1219 6157
Marina Seafood
Marina seafood juga tergolong di dalam senarai restoran-restoran makanan laut yang terdapat di Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang. Menu yang tidak boleh anda lepaskan jika berkunjung ke restoran ini adalah ketam telur masin kerana menu tersebut menjadi kegemaran kebanyakan pengunjung yang datang ke Marina Seafood di Tanjung Lumpur ini. Pelbagai menu lain juga disediakan dari pelbagai jenis makanan laut seperti lala, sotong dan sebagainya.
Lokasi: Tanjung Lumpur, Kuantan. (Google Maps)
Waktu operasi: 6 Pm – 1.30 Am (Setiap Hari)
Nombor Telefon: 012-954 6698
Akob Patin House
Dengan hanya menyebut nama restoran ini, anda seharusnya sudah tahu apakah menu yang paling istimewa di restoran ini. Ikan Patin Gulai Tempoyak merupakan menu yang terkenal di negeri Pahang dan ia juga merupakan salah satu menu istimewa di restoran ini. Selain daripada ikan Patin, terdapat pelbagai lagi jenis ikan yang disediakan. Jadi, anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menikmati makanan yang menjadi lambang makanan negeri Pahang ini.
Lokasi: Akob Patin House, A2, Capitol Square, Jalan Hj Abd Rahman 1, 25000 Kuantan, Pahang. (Google Maps)
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (8.00 Am - 11.00 Pm)
Nombor Telefon: 013-931 2709
Swan Seafood Restaurant
Restoran Seafood Swan merupakan restoran makanan laut yang terletak di tengah Bandar Kuantan. Kepada para pengunjung yang pertama kali berkunjung ke Kuantan tidak perlu risau kerana restoran ini pasti mudah untuk dicari kerana terletak di aras bawah Hotel Grand Continental. Pengunjung digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu kenara restoran ini sering menjadi tumpuan penggemar makanan laut.
Restoran ini sangat sesuai untuk dikunjungi jika anda ingin menikmati makanan laut bersama keluarga.
Lokasi: Ground Floor | Grand Continental Hotel Jalan Gambut 25000, Kuantan 25000, Malaysia. (Google Maps)
Waktu operasi: 10.30 Am – 2.30 Pm, 5.30 Pm – 10.30 Pm
Nombor Telefon: 0 9-513 6820
Pak Su Seafood Restaurant
Bagi pengunjung yang ingin menikmati makanan laut beserta dengan pemandangan laut yang luas dan angin laut yang segar, Restoran Seafood Pak Su harus menjadi pilihan anda. Pak Su Seafood adalah antara restoran yang menjadi tumpuan ramai kerana terletak berhadapan dengan laut.
Antara menu yang sering menjadi pilihan para pengunjung adalah ‘Stuffed Crab’ atau ketam yang disumbat. Cengkerang atau badan ketam tersebut disumbat dengan isi ketam serta sayuran dan dipanggang sebelum digoreng. Jika anda bercadang untung berkunjung ke Beserah di Kuantan Pahang, jangan lepaskan peluang untuk merasai ‘Stuffed Crab’ di restoran Seafood Pak Su.
Lokasi: 4/1417 Batu 6, Lot 922, Kg. Bahagia Beserah, Kuantan, Pahang. (Google Maps)
Waktu operasi: 11.30 Am – 2.30 Am, 5.30 Pm – 11.30 Pm
Nombor Telefon: 011-1497 5587
Jika anda ingin melawat Kuantan untuk mencuba makanan-makanan di atas, sini kami syorkan beberapa hotel dan homestay yang sesuai untuk anda: