Senarai Tempat & Penginapan Yang Best di Kedah Featured Image

Senarai Tempat & Penginapan Yang Best di Kedah

By Farisya - Aug 11, 2022 (Last Updated Oct 23, 2024)

Wahhh, bila sebut je Kedah, mesti ramai yang terbayangkan sawah padi yang terbentang luas, sesuai sangat untuk sesi OOTD yang cantik! Selain itu, siapa tak kenal Pantai Merdeka, lebih-lebih lagi lepas lagu "Cinta Pantai Merdeka" tu, kan? Sebelum admin kongsikan senarai penginapan terbaik di Kedah, jom kita lihat dulu senarai tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilawati di Kedah.

 

1. Pulau Langkawi 

Cakap je nak bercuti di Kedah, ramai yang tak ketinggalan untuk ke Pulau Langkawi, pulau bebas cukai ni. Banyak tempat menarik dan popular yang ada di sini seperti Langkawi Skybridge, Pantai Cenang, Air Terjun Telaga Tujuh dan pastinya tempat menarik untuk shopping! So bagi yang kaki shopping tu mesti dah gatal-gatal kaki nak berjalan ke Langkawi kan? xD
 

2. Splash Out Langkawi, Kedah 

Image source: Splash Out Water Theme Park In Langkawi

Langkawi sememangnya syurga percutian dengan pelbagai tarikan menarik, dan salah satu tidak boleh dilepaskan Splash Out Langkawi. Terletak di Pusat Perdagangan Kelana Mas, Kedah. Taman tema air ini menawarkan pengembaraan akuatik yang mendebarkan di tengah-tengah persekitaran tropika yang menakjubkan. Admin paling suka gelongsor air yang tinngi dan curam itu memang menawarkan pengalaman yang berbeza. Selain juga ada Lazy river dan taman air interaktif untuk kanak-kanak yang merasakan anda boleh menghabiskan hari di sana.

 

Waktu Operasi: Khamis-Isnin (11am-7pm), Selasa & Rabu (cuti)

Harga Tiket Masuk:

Dewasa:

RM40 (pemegang MYKAD) RM65 (pelancong asing)

Kanak-kanak & Warga Emas:

RM25 (pemegang MYKAD), RM45 (pelancong asing)

 

3. Labu Labi Residence Langkawi

Image source: Labu Labi Residence Langkawi

Tempat yang paling popular di Langkawi sudah tentu matahari terbenam dan pantai yang menawan. Jika anda mencari penginapan yang sempurna untuk menikmati semua ini, admin sangat mengesyorkan Labu Labi Residence. Terletak di kawasan pantai yang indah, hotel ini menawarkan vila-vila yang luas dengan kemudahan moden.Anda boleh menikmati pemandangan laut yang menakjubkan terus dari bilik anda, menjadikan setiap saat di sini lebih istimewa.

Lokasinya yang strategik adalah satu lagi kelebihan. Ia hanya berjarak 3 km dari Kompleks Kraf Langkawi, yang terkenal dengan hasil kraftangan tempatan yang cantik. Pantai Tanjung Rhu, salah satu pantai tercantik di Langkawi, juga hanya kira-kira 10 minit pemanduan dari sini. Pusat bandar Langkawi pula hanya 4 kilometer jauhnya, memudahkan anda untuk meneroka pelbagai tarikan lain di pulau ini.

 

3. Rebungan Resort Langkawi

Image source:Rebungan Resort Langkawi

Seterusnya, admin menuju ke Rebungan Resort, yang menawarkan persekitaran semula jadi yang menakjubkan dan suasana yang benar-benar menawan. Resort ini direka dengan konsep moden, lengkap dengan kemudahan dan kolam renang tenggelam Bagi mereka yang ingin menerokai keindahan bawah laut Langkawi, terdapat juga aktiviti seperti snorkeling, berkayak dan lawatan pulau.

 

4. Air Terjun Lata Seri Perigi, Yan


Air Terjun Lata Seri Perigi di Yan merupakan salah satu permata tersembunyi di Kedah. Terletak di tengah-tengah hutan tropika yang subur, air terjun dengan air jernih kristal ini mengalir turun dari ketinggian untuk membentuk kolam semula jadi yang menyegarkan di bawah. Tempat ini sesuai untuk berkelah, berenang dan bersantai sambil menikmati bunyi air terjun. Pengunjung juga boleh mengambil peluang ini untuk mengambil gambar OOTD yang cantik dan merasai ketenangan jauh dari kesibukan kota.

Waktu Operasi: 8.00 am - 6.30 pm 
Harga Tiket: Percuma 

 

5. Pantai Murni, Yan


Image Source: Pantai Murni Waterfront

Jika anda rasa nak bersantai-santai sambil menikmati pandagan di tepi pantai dan makan-makan di gerai jualan, boleh lah singgah di sini pada waktu petang. Taman permainan, surau dan tempat rehat juga ada disediakan, jadi sesuailah untuk anda berehat sambil menikmati keindahan alam di Pantai Murni Waterfront ini. 

 

6. Pusat Beli Belah Bukit Kayu Hitam


Image Source: https://my.worldorgs.com/ 

Terletak di sempadan Thailand, ianya salah satu tempat membeli belah yang sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan mahupun orang yang datang berkunjung di Kedah. Pastinya menyeronokkan kerana tempat ini adalah zon bebas cukai. Antara barang yang boleh didapati di sini termasuklah makanan seperti coklat, permainan, aksesori dan banyak lagi. Boleh lah shopping sepuasnya nanti sebelum balik ke negeri masing-masinga ya. xD

 

Selain dari senarai di atas, banyak lagi tempat menarik di Kedah yang boleh anda lawati antaranya termasuklah Pekan Rabu Alor Setar, Balai Seri Negara, Air Terjun Titi Hayun, Gunung Jerai, Tree Top Walk Sungai Sedim dan banyak lagi! Jika anda merancang percuti di sini, jom lihat senarai penginapan yang boleh anda cadangkan untuk percutian bersama keluarga atau rakan-rakan di bawah ini. 

 

7. Fantasia Aquapark Jitra, Kedah


(Photo Source)

Fantasia Aquapark terletak di Jitra, Kedah dan meliputi kawasan seluas 15,000 kaki persegi. Antara tarikan utama air di taman tema air ini termasuklah Twin Slide, Lazy River, Water Cave, Children Splash Pads, Children Water Factory dan banyak lagi. Bagi sesiapa yang mencari tempat percutian yang seronok dan menyeronokkan untuk keluarga, Fantasia Aquapark adalah destinasi yang sesuai. Anda boleh menikmati keseronokan menuruni gelongsor berkembar yang mendebarkan atau bersantai di Lazy River yang menenangkan. Kanak-kanak pasti akan teruja dengan pelbagai aktiviti di Children Splash Pads dan Children Water Factory. Jom bawa keluarga anda ke Fantasia Aquapark dan nikmati hari yang penuh kegembiraan dan kenangan manis!

 

Waktu Operasi: Isnin & Rabu (10 pagi – 6 petang)

               Selasa: Cuti kecuali cuti umum & cuti sekolah

               Cuti umum (10 pagi – 7 malam)

Harga Tiket: RM18 (Dewasa dan kanak kanak)

 

 

8. Dima Garden

Terletak di kawasan yang tenang dan dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi, Dima
Garden adalah destinasi yang sempurna bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota. Dima Garden menawarkan suasana yang damai dengan taman yang indah dan pepohon yang rendang. Anda boleh berjalan-jalan santai sambil menikmati udara segar atau sekadar bersantai di gazebo yang disediakan. Bagi pencinta alam, tempat ini adalah syurga yang menawarkan ketenangan dan keindahan yang sempurna bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota.

MYR 800.00 /night

MYR 130.00 /night

MYR 350.00 /night

Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (3 VOTES)