Taman Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
Terokai kebudayaan yang ada di Malaysia. |
Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park (MMACP) adalah tempat yang terbaik untuk menyaksikan dan belajar mengenai budaya yang unik dari pelbagai negeri di Malaysia. Ciri utama taman ini adalah replika rumah tradisional yang dibina secara individu dan mewakili gaya seni bina dan keindahan daripada 13 negeri di Malaysia.
Di dalam setiap rumah-rumah ini, pengunjung dapat melihat pelbagai kraftangan yang berasal dari setiap negeri. Selain daripada hiasan, kraf tangan ini juga bertindak sebagai pembuka mata kepada pengunjung terutamanya untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang setiap negeri-negeri yang ada. Banyak rumah-rumah, pakaian penduduk tempatan juga dipaparkan untuk tatapan umum.
Berikut adalah senarai aktiviti-aktiviti yang ada di MMACP yang patut anda kunjungi.
Ingin melawat ke Taman Mini Malaysia?
Layari SINI untuk hotel dan homestay yang berharga berpatutan di Melaka!
1. Permainan Trandisional
Permainan Tradisional Kampung ini diperkenalkan oleh nenek moyang satu masa dahulu. Ia adalah satu aktiviti yang dicipta daripada sumber semula jadi dan tentunya ia adalah percuma.Permainan ini dimainkan di kalangan anak-anak di kampung untuk menwujudkan keseronokan dan perpaduan di kalangan mereka. Di MMACP ini, pengunjung diberi peluang untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam permainan tradisional tersebut.
2. Tarian Kebudayaan
MMACP mempunyai pentas terbuka yang di namakan sebagai pentas Tun Teja. Pelbagai tarian Kebudayaan Tradisional Malaysia yang disajikan oleh kumpulan tarian MMACP sendiri dan tetamu dijemput untuk menyertai "Joget Lambak" bersama-sama dengan penari-penari di atas pentas.
Masa Persembahan:
Isnin hingga Khamis (Hari-hari bekerja)
11.00 pagi and 2.30 petang
Jumaat sehingga Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum:
11.00 pagi, 2.30 petang and 4.00 petang
3. Kemudahan & Aktiviti
MMACP juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan & aktiviti seperti kemudahan untuk 'Team Building', bilik mesyuarat, Memancing, 'petting zoo', permainan tradisional, hari keluarga, sukaneka, lukisan batik, demonstrasi "Menganyam ketupat", demonstrasi bermain "Gasing", demonstrasi memasak, tarian kebudayaan, seni & kraf, menunggang kuda, menaiki kereta kuda dan banyak lagi
4. Events (dan activiti-activiti lain yang boleh dilakukan)
- Pakej Hari Keluarga
- Program pendidikan untuk pelajar sekolah dan universiti.
- Pelbagai majlis korporat seperti Majlis Makan Malam Tahunan, sewa tempat untuk ‘Gathering’.
- Hari graduasi untuk pelajar tadika
- mengembalikan tenaga, berehat & menikmati pakej "makan-makan" mereka di rumah tradisional.
- bermalam & pakej perkhemahan
- Menjalani gaya kehidupan "kampung" yang membawa kenangan yang tidak akan dapat dilupakan.
- Nikmati persembahan budaya tradisional yang dipersembahkan oleh penari-penari dari MMACP sendiri.
- Program Corporate Social Responsibility (CSR) untuk syarikat, sekolah dan Universiti.
- Pakej ‘Team Building’
- Perkahwinan Tradisional
Berikut adalah butiran untuk ke sana:
Masa Operasi:
Isnin-Khamis
09.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat-Ahmad & Cuti Umun
09.00 pagi - 6.00 petang
Alamat:
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi bahagian Sales & Marketing kami di +06-2349988/89 atau email kami di
Sedang mencari tempat penginapan?
Jika anda sedang mencari tempat untuk tinggal semasa kunjungan anda di sana, Jangan teragak untuk melayari letsgoholiday.my
Inginkan lebih banyak pilihan penginapan di Melaka? Kami mempunyai banyak lagi senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik sahaja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang menarik dan berbaloi.