Resort & Chalet di Kudat Sabah Berdekatan Pantai Featured Image

Resort & Chalet di Kudat Sabah Berdekatan Pantai

By Farisya - Jul 28, 2022

Kalau bercerita tentang Sabah negeri di bawah bayu ini, rata-rata akan terfikirkan tempat-tempat tumpuan pelancong seperti Kota-Kinabalu, Tawau, Sabah dan tidak ketinggalan juga tempat honeymoon yang agak famous iaitu Semporna. Tahu tak yang Sabah juga ada daerah yang terkenal dengan pantai dan dikatan antara pantai yang paling tidak tercemar di Sabah, iaitu Kudat. 

Antara pantai yang menjadi tumpuan di Kudat ialah Pantai Pasir Putih, Pantai Kalampunian, Pantai Tanjung Bangau dan beberapa pantai yang lain lagi. Selain itu, Kudat juga terkenal kerana berdekatan dengan Tanjung Simpang Mengayau, sebuah tanjung yang membentuk titik paling utara pulau Borneo. Tanjung Simpang Mengayau ini antara wajib dikunjungi bagi yang datang ke Kudat. 

Jadi, jika anda bercadang untuk bercuti di Kudat, tak perlus risau dengan tempat penginapan. Pastinya di Kudat ini terdapat banyak penginapan menarik yang dekat dengan pantai seperti yang kami senaraikan di bawah ini. Anda cuma tinggal pilih saja! 


Dreamland Beach Holiday | Kudat


Dreamland Beach Holiday merupakan chalet yang terletak Kampung Tampakan, Kudat. Yang menariknya chalet ini menghadap pantai, memberikan anda pemandangan yang sangat menarik untuk bercuti di sini. Selain itu, banyak juga aktiviti air yang ditawarkan oleh pihak Dreamland seperti single water bike, fish farm trip, fishing, dan menaiki bot. 

Terdapat 3 jenis chalet yang disediakan termasuklah twin chalet, family chalet dan deluxe family chalet yang boleh memuatkan 2-8 orang untuk setiap satu. Jika anda ingin menginap di sini, mudah sahaja dengan menaiki bot dari Jetty Kudat. Kebiasaanya pengunjung akan memberitahu pihak Dreamland Beach Holiday satu hari lebih awal supaya mereka boleh mengatur bot untuk bawa pengunjung ke sini. 

Alamat:
Belakang Port Kudat, Kampung Tampakan, 89058 Kudat, Sabah
Harga: Bermula dari RM216/ malam 
Laman Web: https://dreamlandbeachholiday.com/ 


Kudat Golf & Marina Resort

May be an image of 1 person


Kudat Golf & Marina Resort terletak di antara latar belakang Padang Golf Kejohanan 18 lubang Borneo yang terkenal dan Jeti Marina di tepi Teluk Marudu. Berkonsepkan reka bentuk etnik dan perabot kayu, resort ini pasti menjanjikan penginapan yang selesa untuk percutian anda dengan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kolam renang, gym, sauna dan padang futsal. 

Alamat: Off Jalan Urus Setia, 89057 Kudat, Sabah
Harga: Bermula dari RM158/ malam
Laman Web: http://www.kudatgolfmarinaresort.com/ 


Kudat Riviera

May be an image of pool and outdoors



Kudat Riviera menawarkan penginapan berkonsepkan villa mewah, dikelilingi dengan persekitaran alam semula jadi, berhadapan dengan pantai, pastinya menjanjikan percutian yang istimewa buat anda dan pasangan mahupun keluarga. Kudat Riviera juga jauh dari kesibukan kota dan bandar yang bising.  

Menawarkan 6 jenis villa yang masing-masing mempunyai kelebihan dan ciri-ciri unik yang tersendiri. Tengok melalui gambar pon dah rasa teruja sangat untuk datang ke sini. Jadi, apa tunggu lagi? 

Alamat: Kampung Bawang Jamal, Jalan Pantai Kelambu, 89050 Kudat, Sabah
Harga: Bermula dari RM750/ malam
Laman Web: http://kudat-riviera.com/ 


Hibiscus Beach Retreat


Kalau anda sedang mencari penginapan yang privasi di area Kudat ini, mungkin Hibiscus Beach Retreat adalah salah satu yang boleh menjadi tempat pilihan anda. Terdapat 2 chalet yang yang berbeza konsep. Satu daripadanya ialah Clifftop, memberikan pemandangan mengahadap Laut China Selatan. Sesuai untuk pasangan yang sedang mencari tempat untuk honeymoon! 

Alamat:
Jalan Marang Parang, Tiga Papan, 89058 Kudat, Sabah
Harga: Bermula dari RM595/ malam  
Laman Web: https://www.hibiscusbeachretreat.com/ 



Search for accommodations

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.75 (4 VOTES)