Hotel Jeti Tanjung Gemok
Nak rancang percutian tapi tak ada destinasi yang nak dituju lagi? Jangan rancang last minute, nanti diri sendiri yang kecewa sebab banyak hotel dan homestay dah penuh. Rancanglah dengan sebaiknya dan seawalnya. Nah cakap pasal destinasi, jom kali ini kami bawakan anda ke Tanjung Gemok, Pahang. Tanjung Gemok ni apa yang ada dan apa yang menarik sangat ya?
Tanjung Gemok ini terletak di Kuala Rompin dan berhampiran dengan jambatan Endau, Pahang, Jika anda keliru, Endau terletak di antara Pahang dan Johor. Sebahagian Endau dinamakan Endau Pahang dan sebahagiannya lagi dinamakan Endau Johor. Tanjung Gemok dimajukan sebagai jeti nelayan dan jeti pelancongan untuk ke pulau-pulau di kawasan sekitar. Antara pulau yang berhampiran dengan Jeti Tanjung Gemok ini adalah Pulau Tioman, Pulau Babi, Pulau Pemanggil, Pulau Rawa dan banyak lagi. Tambang feri yang dikenakan adalah sebanyak RM35.00 untuk sehala.
Andai kata anda nak ke pulau tapi anda tiba di jeti Tanjung Gemok pada lewat malam, anda boleh singgah bermalam di senarai hotel Jeti Tanjung Gemok yang kami senaraikan di bawah ini. Jom lihat satu persatu ya!
Hotel Seri Malaysia Rompin
Hotel Seri Malaysia Rompin terletak di Kuala Rompin, dalam 133 km dari Kuantan dan tempat pertama anda akan singgah sekiranya anda dari Pahang menuju ke Johor Bahru atau Singapura. Rompin adalah pintu gerbang ke Taman Negara Endau-Rompin dan Pulau Tioman. Jangan lupa untuk singgah bermalam di hotel ini sekiranya anda ingin ke mana-mana destinasi yang disebutkan di atas ini. Selain itu, anda juga boleh datang menginap di Hotel Seri Malaysia Rompin pada bulan April ke Oktober kerana pada bulan ini merupakan musim memancing. Untuk kaki memancing tu boleh take note! Untuk para bini pula boleh siap sedia bermalam dan berbulan madu di pulau-pulau romantik sekitar Rompin dan Tanjung Gemok.
Lokasi:
Harga: Bermula dari RM120/malam
Rompin Beach Resorts
Rompin Beach Resort terletak di Kuala Rompin dan mempunyai 112 bilik hotel dan chalet. Ia merupakan resort yang berhadapan dengan pantai dan menawarkan keindahan di tepi pantai beserta dengan ketenangan angin laut. Selain itu, Rompin Beach Resort menawarkan bilik mesyuarat dan konferens, jadi, ianya sesuai untuk para pengunjung yang datang sama ada untuk transfer dari jeti Tanjung Gemok, untuk bekerja atau bercuti semata.
Lokasi:
Harga: Bermula dari RM180/malam
Hotel Seri Malaysia Mersing
Hotel Seri Malaysia Mersing ini terletak di Johor, tapi seperti yang kami maklumkan di atas, Tanjung Gemok kan terletak berhampiran dengan Pahang dan Johor. Jika anda dari Singapura atau dari Johor Bahru dan tidak sempat untuk ke jeti Tanjung Gemok dek kerana kekangan masa, anda boleh singgah berehat dan bermalam di hotel ini. Memandu ke sini memang sangat menenangkan kerana anda akan disapa mesra oleh lambaian pokok menghijau, menghirup udara segar dan anda dapat melihat keunikan rumah-rumah orang asli dan rumah-rumah tradisional yang belum mati ditelan zaman. Jadi, jika anda ingin bermalam di Hotel Seri Malaysia Mersing, anda akan dilayan oleh staf yang mesra dan sedia membantu anda disamping dapat bermalam di bilik hotel yang kemas dan bersih.
Lokasi:
Harga: Bermula dari RM140/malam
Jika anda ingin melihat lebih banyak lagi tempat penginapan di Pahang, anda boleh tekan pada gambar di bawah ini untuk melihat senarai lengkap sekarang!