Hotel Dekat Pasar Malam Brinchang
Picture source : Cavin Teo
Pernahkah anda singgah mana-mana pasar malam di Malaysia yang sentiasa sejuk? Pasar Malam Brinchang merupakan pasar malam yang sentiasa bercuaca sejuk di Malaysia. Ia terletak di Cameron Highlands, Pahang. Sama seperti Kea Farm, pasar malam ini terdapat pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang dijual.
Di sini, kami syorkan hotel yang berhampiran dengan pasar malam tersebut.
Madani Hotel Cameron Highlands (Brinchang)
Madani Hotel Cameron Highlands merupakan satu-satunya hotel muslim di Cameron Highland yang dilengkapi keperluan asas untuk pelancong beragama Islam. Justeru, pengunjung usahlah risau tentang makanan yang dibekalkan oleh hotel ini kerana ianya dijamin halal.
Perjalanan ke Pasar Malam Brinchang hanyalah 5 minit dengan kereta.
Lokasi: 16, Jalan Besar Brinchang, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang (Google Maps)
Harga: Dari RM130/malam
Hotel Rosa Passadena
Hotel Rosa Passadena terletak di kawasan yang baru dibangunkan di pusat bandar Brinchang. Secara tidak langsung, hotel ini menjadi pilihan warga tempatan dan pengunjung sebagai tempat penginapan dan beristirahat.
Lokasi: https://goo.gl/maps/jpskqHpmaJB2
Harga: dari RM160 / malam
Laman Web: http://www.hotelrosapsdn.com.my/default.htm
Hotel Parkland
Hotel Parkland juga terletak di Bandar Brinchang, di mana Pasar Malam Brinchang hanyalah dalam jarak perjalanan kaki. Hotel ini berhampiran dengan bank, kedai runcit, tempat makan dan kemudahan lain.
Lokasi: https://goo.gl/maps/6L5NcYiBW8u
Harga: dari RM119 / malam
Laman Web: http://www.parkland.com.my/hotels/index.php
Kawasan sekitar Pasar Malam Brinchang ini tidak banyak hotel ataupun resort. Kebanyakannya homestay. Inilah senarai homestay yang disyorkan untuk para peminat kami.
MYR 360.00 /night
MYR 455.00 /night
Pasar malam ini baru sahaja dipindah ke Jalan Golden Hill dan tidak lagi beroperasi di kawasan berdekatan Star Regency Hotel.
Strawberry Park Resort
Resort ini menyediakan apartment mewah untuk para pengunjung. Oleh kerana resort ini terletak di atas gunung, para pengunjung pasti dapat merasakan pengalaman bermalam di apartment yang mewah yang juga dihiasi dengan perabot dan perhiasan yang moden.
Lokasi: https://goo.gl/maps/r6o1iwrEXy72
Harga: dari RM 345 / malam
Laman Web: http://www.strawberryparkresorts.com/
Madani Hotel Cameron Highland (Tanah Rata)
Cawangan kepada Madani Hotel Brinchang, Madani Hotel Tanah Rata juga merupakan khas untuk pelancong muslim.
Perjalanan ke Pasar Malam Brinchang juga dalam lingkungan 5 ke 10 minit dengan kereta.
Lokasi: 15, Marigold Square, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang (Google Maps)
Harga: Dari RM90 / malam
( Credits: CameronHighland, JomJalan)