Hotel Berdekatan Melaka River Cruise Featured Image

Hotel Berdekatan Melaka River Cruise

By [email protected] - Oct 09, 2018 (Last Updated Oct 02, 2019)

Jika anda bercadang untuk bercuti di Melaka, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat Melaka River Cruise yang merupakan antara tempat tarikan pelancong yang paling menakjubkan di negeri yang bersejarah itu. Menyusuri sungai Melaka di atas bot, anda akan disajikan dengan pemandangan historik dan monumen bersejarah termasuk Bangunan Merah, jambatan-jambatan menarik yang dibina pada abad ke-enam belas sehingga abad ke-lapan belas, Kampung Morten (kampung Melayu tertua di Malaysia!) dan sebagainya. 


Kebanyakan tempat terkenal di kalangan pelancong terletak berdekatan dengan satu sama lain, dalam 5 - 7 km sahaja. Itulah uniknya jika anda melancong ke Melaka. Selain itu, tidak perlu risau tentang kesesakan jalan raya kerana di Melaka terdapat banyak hotel-hotel menarik yang anda boleh pilih untuk membolehkan anda berjalan kaki sahaja melawat tempat-tempat bersejarah ini. Di sini kami senaraikan 6 hotel berdekatan dengan Melaka River Cruise.


Quayside Hotel Malacca


Quayside Hotel Melaka adalah hotel butik 3 bintang yang dibina di tebing Sungai Melaka menghadapi Selat Melaka. Jarak ke Jeti Muara adalah hanya 5 minit perjalanan kaki. Hotel ini juga sangat terkenal dalam kalangan pelancong atas reka bentuk dalaman nya yang unik bertemakan warisan Melaka.


Pengubahsuaian hotel ini dirancang agar dapat memelihara sejarah Melaka dan pada masa yang sama menambahkan kemudahan moden supaya pelanggan dapat pengalaman manis sepanjang masa penginapan. Jika anda ingin menikmati keindahan sungai Melaka di tengah-tengah kota bersejarah ini, Quayside adalah jawapannya! 


Alamat    : No 1,Jalan Merdeka, Banda Hilir 75000 Melaka

Harga      : Dari RM175/malam


Tempah dari RM 175!


JW Boutique Hotel


Satu lagi hotel yang mengetengahkan nilai estetik. JW Hotel dibina dengan satu idea menarik iaitu pelanggan akan dapat menikmati penginapan yang selesa pada harga berpatutan dan reka bentuk setiap bilik hotel disempurnakan dengan lukisan-lukisan tangan yang memaparkan budaya Melaka.


Hotel ini berada di lokasi yang strategik dan berhampiran pelbagai tempat tarikan pelancong termasuk Jeti Taman Rempah, Melaka River Cruise. Di sekeliling hotel ini juga terdapatnya pelbagai kedai makanan, nak cafe hipster, steamboat, atau makanan Cina muslim? Namakan saja, semua boleh dicari berdekatan hotel ini.


Alamat    : 1, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka

Harga      : Dari RM117/malam


Tempah dari RM 117!


D'riverside Inn


Salah satu hotel butik yang mengekalkan ciri-ciri warisan Melaka, D'Riverside Inn terletak berhampiran dengan Jeti Muara (10 minit perjalanan kaki) dan menawarkan 9 bilik tidur. Selain berdekatan Melaka River Cruise, hotel ini juga berdekatan dengan pelbagai tarikan pelancong seperti Jonker Street, Bukit St Paul.


Belum lagi sebut tentang  pilihan makanan tempatan dan barat yang sangat mudah didapati di sekeliling hotel ini! Yang menarik sekali, pelanggan hotel juga dibenarkan untuk menaik ke atas balkoni untuk berehat dan menikmati pemandangan Sungai Melaka. Pengalaman yang tiada bandingnya bukan?


Alamat    : 7,Jalan Bunga Raya,75100 Melaka

Harga      : Dari RM120/malam


Tempah dari RM 120!


MYR 106.00 /night

MYR 70.00 /night

Jimat lebih untuk percutian anda menggunakan kod promosi kami! Klik sini.


Link Boutique Hotel


Berbeza dari hotel yang kami telah senaraikan sebelum ini, Link Boutique Hotel mengetengahkan seni reka kontemporari dan menawarkan 41 bilik pilihan Deluxe dan Suite.  Setiap bilik mempunyai tema filem berlainan dan tersendiri.


Pelanggan Link Boutique Hotel dijamin dapat layanan dan penginapan yang mesra serta professional, itu janji mereka!  Hotel ini berada hanya 10 minit jarak memandu ke Jeti Taman Rempah, Melaka River Cruise dan tarikan pelancong lain.


Alamat    : 10, Jalan Gajah Berang, 75200 Melaka

Harga      : Dari RM138/malam


Tempah dari RM 135!


Hotel Orkid Melaka


Hospitaliti mesra dan penuh dedikasi merupakan kebanggaan Hotel Orkid Melaka.  Terletak di pusat bandaraya bermaksud hotel ini adalah berhampiran dengan banyak tempat menarik dan bersejarah terutamanya untuk pelancong seperti Melaka River Cruise, Little India dan Jonker Street. Jarak hotel ini dengan Jeti Taman Rempah, Melaka River Cruise adalah hanya 10 minit perjalanan kaki ataupun 5 minit jika menggunakan kereta.


Alamat    : 138, Jalan Bendahara, 75100 Melaka

Harga      : Dari RM120/malam







Hotel yang terakhir ini terletak lebih kurang 1.5km dari Jeti Muara ataupun 10 minit perjalanan kaki dan di tengah-tengah pelbagai tempat tarikan pelancong seperti A-Famosa, Muzium Melaka dan pusat membeli-belah. Antara satu  keistimewaan untuk pelanggan hotel ini adalah sarapan pagi percuma! Sesuatu yang jarang ditawarkan oleh hotel-hotel lain.


Alamat    : 28, Jalan Tokong, 75200 Melaka.

Harga      : Dari RM118/malam


Tempah dari RM 118!



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.4 (10 VOTES)