10 Hotel Terbaik Berdekatan Menara Taming Sari
Anda akan ke Melaka untuk bercuti dan ingin ke Banda Hilir, kota bandar Melaka sempena dengan cuti sekolah yang bakal tiba tak lama lagi? Selain dari melawat Jonker Street, Stadhuys, A'Famosa dan Gereja St Paul, apa kata kalau anda tambah itinerari anda dan melawat ke Menara Taming Sari dan sambil tu jom lihat 10 hotel terbaik berdekatan Menara Taming Sari.
Menara Taming Sari merupakan sebuah menara berputar yang terletak di tengah-tengah Banda Hilir, bersebelahan dengan Pusat Membeli-Belah Dataran Pahlawan. Menara ini terbina dengan ketinggian 110 meter dan mampu membawa 80 orang penumpang menaiki menara ini dalam satu masa dalam 7 minit. Menara ini dibuka setiap hari dan beroperasi dari jam 10 pagi ke 11 malam. Anda hanya perlu membayar RM17 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak.
Hayati pemandangan indah ketika anda berada di atas menara dan jika anda berasa letih dan penat, dan perlukan tempat untuk berehat, jom lihat 10 hotel terbaik berdekatan Menara Taming Sari yang kami dah senaraikan siap-siap di bawah ini.
De Mawardah Inn
De Mawardah Inn hanya 3 minit berjalan kaki dari Menara Taming Sari dan Mahkota Parade, hotel ini menawarkan bilik selesa dengan tandas persendirian. Hotel ini juga berada di lokasi strategok, berhampiran dengan kawasan tarikan pelancong di sekitar Bandar Hilir. Di dalam bilik, tersedia wifi percuma, TV, penghawa dingin, pengering rambut, cerek elektrik, almari dan ruang parkir.
Alamat: No. 3, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.
Harga: Bermula dari RM60 / malam
Quayside Hotel Malacca
Quayside Hotel merupakan sebuah hotel di persisiran Sungai Melaka yang bertaraf 3 bintang. Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik yang terdiri daripada Superior, Premium, Suite dan Family Suite. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan wifi percuma, Astro, barangan mandi, TV dan peti keselamatan.
Hotel yang tersergam indah ini terletak berhampiran dengan tarikan pelancong di Banda Hilir seperti Muzium Samudera, A'Famosa, Stadhuys, Menara Taming Sari dan banyak lagi.
Alamat: No. 1, Jalan Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka.
Harga: Bermula dari RM130 / malam
Santorini Hotel Melaka
Jangan bersedih kalau anda tak dapat nak ke Santorini, Greece, kerana anda masih boleh ber'feeling' seperti di sana dengan menginap Santorini Hotel Melaka. Hotel ini menawarkan penginapan berhawa dingin, wifi percuma dan parkir percuma dan terletak hanya 5 minit saja dari Jonker Street, Christ Church dan Menara Taming Sari.
Dengan harga yang berpatutan jika dibandingkan dengan hotel-hotel di sekitarnya, hotel ini mempunyai 4 jenis bilik untuk dipilih seperti Standard Double, Superior Double, Triple dan Family.
Alamat: 1A, Jalan Kota Laksamana, 1/2, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.
Harga: Bermula dari RM98 / malam
MYR 250.00 /night
Dapatkan diskaun hebat ketika anda menempah hotel di Melaka dengan LetsGoHoliday.my sekarang!
Syaz Meridien Hotel
Terletak di tengah-tengah bandaraya bersejarah Melaka, Syaz Merdien Hotel menantikan kunjungan anda dengan layanan mesra dan bilik berkualiti tinggi. Hotel ini terletak berhampiran dengan Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Mahkota Medical Centre dan Menara Taming Sari.
Terdapat beberapa jenis bilik yang ditawarkan di sini antaranya Standard 1, Standard 2, Triple, Family Executive, VIP 1, VIP 2 dan VIP 3. Setiap bilik dilengkapi dengan wifi, penghawa dingin,TV, Astro, peti sejuk, pembuat kopi dan teh, almari, pengering rambut, peti keselamatan dan barangan mandi.
Alamat: G-26, Jalan PM13, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, 75000, Melaka.
Harga: Bermula dari RM94.25 / malam
Cheng Ho Hotel
Cheng Ho hotel adalah gabungan dari rumah kedai yang terbina sejak beratus tahun lamanya dengan hasil hiasan dalaman yang moden dengan sentuhan perabot kayu. Hotel ini mempunyai 3 laman kecil yang anda boleh merehatkan minda dan menyejukkan mata dari kesesakan kota Melaka.
Di belakang hotel ini terletak ruangan parkir, dan hentian bas shuttle untuk para pelancong bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Alamat: 101, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.
Harga: Bermula dari RM162/ malam
Inginkan lebih banyak pilihan penginapan di Melaka untuk percutian anda? Kami mempunyai senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang menarik dan berbaloi.