10 Hotel Terbaik Berdekatan Jonker Street Featured Image

10 Hotel Terbaik Berdekatan Jonker Street

By Hani - May 22, 2019 (Last Updated Jul 24, 2019)

Kalau sebut saja anda nak bercuti di Melaka, sudah tentu anda akan singgah ke Jonker Street. Mana taknya, Jonker Street adalah sebuah tempat ikonik yang tidak asing untuk pelancong asing mahupun tempatan. Jom kita singkap sedikit mengenai Jonker Street dan bermalam di salah satu dari 10 hotel terbaik berdekatan Jonker Street yang kami akan senaraikan di bawah ini.


Umum sedia maklum mengenai kemahsyuran Jonker Street yang diberi penghargaan oleh UNESCO World Heritage Site sejak dari tahun 2008 lagi. Dengan hasil seni bina dan arkitekturnya dari abad ke-17, Jonker Street sangat terkenal di kalangan pelancong dengan hasil barangan antik, kraftangan, tekstil dan makanan jalanan.


Pasar Malam di Jonker Street dibuka pada setiap Jumaat hingga Ahad malam. Di sini, anda akan jumpa dengan bermacam benda untuk dijual antaranya adalah makanan viral dan enak, gelang, perhiasan diri, perhiasan rumah, baju, kraftangan dan banyak lagi. 


Dek kerana leka berbelanja, bajet anda untuk menginap di hotel berdekatan Jonker Street pun dah kurang. Jangan risau, sebab di bawah ni kami dah siap-siap senaraikan 10 hotel terbaik berdekatan Jonker Street siap dengan harga promosi lagi tau! Jangan tunggu-tunggu lagi, jom lihat di bawah ni sekarang!



Riccarton Jonkerview Cottage Hotel

Riccarton Jonkerview Cottage Hotel adalah gabungan unik antara klasik dan moden - sebuah hotel yang dibina di rumah kedai lama di Jonker Street tetapi di dalamnya dihiasi dengan pod kapsul ala futuristik.

Kapsul ini boleh memuatkan seramai 2 orang dan dilengkapi Android Smart TV di dalamnya selepas anda penat seharian berjalan-jalan di sekitar Jonker Street dan di monumen bersejarah di sekitar Stadthuys, kubu A'Famosa dan St. Paul's Hill.


Alamat: No. 3, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Harga: Bermula dari RM55 / malam


Tempah Sekarang Dari RM55!  



Quayside Hotel Malacca

Quayside Hotel merupakan sebuah hotel di persisiran Sungai Melaka yang bertaraf 3 bintang. Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik yang terdiri daripada Superior, Premium, Suite dan Family Suite. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan wifi percuma, Astro, barangan mandi, TV dan peti keselamatan.

Hotel yang tersergam indah ini terletak berhampiran dengan tarikan pelancong di Banda Hilir seperti Jonker Street, Stadthuys, Muzium Samudera, A'Famosa, Menara Taming Sari dan banyak lagi.


Alamat: No. 1, Jalan Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka.

Harga: Bermula dari RM130 / malam


Tempah Sekarang Dari RM130!  



D'Riverside Inn




D'Riverside Inn merupakan sebuah hotel yang pasti akan mengusik nostalgia kerana hiasan vintajnya. Hotel ini menawarkan 9 jenis bilik tidur dan terletak hanya 5 minit saja dari Jonker Walk dan tarikan-tarikan bersejarah lain seperti Stadthuys, A'Famosa, St. Paul's Hill dan banyak lagi.

Hotel ini juga mempunyai balkoni di bumbung yang membolehkan anda menghayati keindahan Sungai Melaka. 


Alamat: 7, Jalan Bunga Raya, 75100 Melaka.

Harga: Bermula dari RM120 / malam


Tempah Sekarang Dari RM120!  


{{ promotion.Value }}% OFF! {{ promotion.CurrencyCode + " " + promotion.Value }} OFF!

MYR 250.00 /night

Inginkan promosi hebat yang berlangsung di LetsGoHoliday.my ketika anda menempah penginapan? Klik sini sekarang!


Cheng Ho Hotel

Cheng Ho hotel adalah gabungan dari rumah kedai yang terbina sejak beratus tahun lamanya dengan hasil hiasan dalaman yang moden dengan sentuhan perabot kayu. Hotel ini mempunyai 3 laman kecil yang anda boleh merehatkan minda dan menyejukkan mata dari kesesakan kota Melaka.

Di belakang hotel ini terletak ruangan parkir, dan hentian bas shuttle untuk para pelancong bergerak dari satu tempat ke tempat lain seperti Jonker Street, Dataran Pahlawan, dan di sekitar Bandar Hilir.


Alamat: 101, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Harga: Bermula dari RM162/ malam


Tempah Sekarang Dari RM162!  



Santorini Hotel Melaka

Jangan bersedih kalau anda tak dapat nak ke Santorini, Greece, kerana anda masih boleh ber'feeling' seperti di sana dengan menginap Santorini Hotel Melaka. Hotel ini menawarkan penginapan berhawa dingin, wifi percuma dan parkir percuma dan terletak hanya 5 minit saja dari Jonker Street, Gereja Christ dan Menara Taming Sari.

Harga hotel ini juga berpatutan jika dibandingkan dengan hotel-hotel di sekitarnya danhotel ini mempunyai 4 jenis bilik untuk dipilih seperti Standard Double, Superior Double, Triple dan Family bergantung kepada bilangan tetamu yang ingin datang menginap.


Alamat: 1A, Jalan Kota Laksamana, 1/2, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Harga: Bermula dari RM98 / malam


Tempah Sekarang Dari RM98!  



Inginkan lebih banyak lagi pilihan penginapan di Melaka untuk percutian anda? Kami mempunyai senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang menarik dan berbaloi. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

3.5 (2 VOTES)