Hotel Cherating Featured Image

Hotel Cherating

By [email protected] - Feb 01, 2019

Merancang percutian tidak perlu menjadi suatu perkara yang merumitkan dan dibenci sebab pening nak mencari destinasi satu hal, nak rangka itinerari pun satu hal. Ke mana kita nak tuju untuk percutian kali ini? Penang? Melaka? Cameron Highlands? Apa kata kalau kami bawakan anda menghirup udara laut dan bermandi-manda di Pantai Cherating? Sambil itu kami akan tunjukkan anda hotel Cherating untuk anda tempah. Jadi, tidak perlu la anda nak pening-pening kan bila nak rancang percutian!


Cherating pastinya pilihan yang tepat untuk destinasi percutian anda kerana dalam sebuah perkampungan nelayan yang kecil ini anda dapat melawat pelbagai tempat tarikan dan sambil tu dapat menambah pelbagai pengetahuan mengenai flora dan fauna yang terancam di Malaysia. Cherating terletak dalam negeri Pahang dan bersempadan dengan Terengganu. Mana tak seronoknya, kalau dapat melawat dua negeri dalam satu percutian. 


Kalau anda sukakan air laut, anda perlu singgah di Pantai Teluk Mak Nik atau nama Mat Salleh nya Monica Bay, curlasst gitu! Di sekitar pantai ini anda dapat menenangkan minda dan berehat bersama keluarga dan orang tersayang anda dengan angin sepoi-sepoi bahasa disajikan pemandangan indah. Dari pantai ini juga anda dapat melihat sendiri para nelayan dan bot-bot berlabuh di Kemaman Supply Base. Tapi, apa yang lebih mengagumkan, kalau anda berkesempatan, anda boleh melihat latihan dan perlumbaan sukan motorcross kerana pantai ini juga digunakan sebagai litar sukan terbabit. Kan dah cakap, curlasst lah Pantai Teluk Mak Nik ni!



Jika anda nak alami keindahan flora dan fauna setelah matahari terbenam, anda sangat dialu-alukan untuk datang ke Sungai Yah-Yah. Sungai ini menawarkan perkhidmatan sewaan bot, jadi anda boleh menyewa bot dan berlayar melusuri sungai ini untuk melihat sendiri keindahan cahaya kelip-kelip. Tapi, bukan main datang serkap jarang je tau, sebabnya bulan yang terbaik untuk anda datang melihat kelip-kelip adalah pada bulan Julai hingga Oktober. Sebabnya pada bulan ini, merupakan musim mengawan bagi haiwan ini. Anda boleh bayangkan tak betapa indahnya dalam kegelapan malam dan anda ditemani dengan cahaya kelip-kelip. Indah tak terkata!



Jangan lupa untuk singgah di Limbong Art sementara anda berada di Cherating ni. Limbong Art menawarkan kelas mencanting batik. Berbekalkan kain kosong, anda boleh mencanting sepuas-puasnya dan bawa balik ke rumah kemudiannya untuk ditunjukkan kepada sanak-saudara betapa bangganya anda dapat mempelajari hasil seni tempatan supaya tidak mati ditelan zaman. Limbong Art bukan sahaja menawarkan batik, namun terdapat juga jualan kraftangan yang boleh dijadikan ole-ole untuk rakan dan sanak saudara.



Siapa sangka, untuk sebuah perkampungan nelayan biasa Cherating menawarkan pengalaman dan tarikan yang luar biasa kan? Bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air, sambil bercuti dapat ilmu. Dah penat kita melawat tempat-tempat tarikan di Cherating dan melakukan aktiviti menarik di sini, jom tempah hotel Cherating sekarang. Lihat pada senarai kami di bawah ini dan tempah untuk mendapatkan harga yang tak masuk akal!


Dapatkan harga tak masuk akan di sini sekarang!



Tak puas dengan senarai hotel Cherating yang kami berikan di atas ni? Tak mengapa. Tekan terus pada gambar ni untuk melihat senarai lengkap tempat penginapan di Pahang.



Atau kalau anda datang dengan keluarga yang besar sampai bawa atuk, nenek, mak ngah, pak teh semua, jom lihat senarai homestay di Cherating yang kami tawarkan di atas ini. Macam biasa, tekan terus pada gambar di atas ya untuk melihat senarai homestay Cherating sekarang.

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (2 VOTES)