Hotel Bandung Yang Unik
Adakah anda sedang mencari destinasi percutian bersama rakan-rakan atau keluarga? Asyik-asyik dalam Malaysia saja apa kata kali ini kita singgah ke negara jiran, Indonesia. Lebih spesifik lagi kita melawat kota yang diberi nama panggilan Paris Van Java iaitu Bandung dan menginap di hotel Bandung.
Tapi, apa yang menarik sangat di Bandung ni ya? Wah, kami gembira anda bertanya begitu! Bandung merupakan sebuah ibu kota di Jawa Barat Indonesia yang terletak di tengah-tengah gunung berapi dan ladang teh. Bandung sangat dikenali dengan seni bina dan dekorasi kolonial, ditambah lagi dengan suhu di sekitar Bandung ini sejuk dek kerana lokasinya di atas gunung membuatkan anda terasa seperti di salah sebuah negara Eropah. Bandung juga terkenal sebagai hub membeli-belah dan anda boleh melawat kedai-kedai fesyen yang majoritinya terletak di Jalan Setiabudi dan Jalan Riau di daerah Dago.
Lupakan sebentar hiruk-pikuk dan kesesakan di bandar dan jangan lepaskan peluang untuk melihat hasil alam di Bandung. Salah satu hasil alam semulajadi adalah Kawah Putih. Kawah Putih adalah tasik kawah yang menjadi kawasan tarikan pelancong yang terdiri daripada dua kawah yang membentuk Gunung Patuha. Gunung Patuha merupakan salah satu daripada banyak gunung berapi di Jawa. Harga tiket masuk ke Kawah Putih ini adalah IDR 50,000 seorang dengan tambahan IDR 6,000 untuk duit parkir.
Selain dari Kawah Putih, jangan lepaskan peluang untuk melihat dan menghayati keindahan alam di Air Terjun Maribaya atau Curug Maribaya. Air Terjun indah ini boleh didapati di Lembang. Ia terletak di tengah-tengah hutan yang padat dengan flora. Jadi, jika anda seorang yang sukakan cabaran dan lasak, boleh datang untuk jungle trekking di sini untuk mendapatkan ketenangan. Cuba anda bayangkan bunyi deruan air terjun dan simfoni hutan hijau yang dapat menenangkan minda dan jiwa. Terasa tenang bukan?
Setelah seharian menghabiskan masa di luar melawat dari keindahan kota Bandung ke hutan hijau, anda pastinya mencari-cari hotel Bandung untuk bermalam dan berehat. Di Bandung mempunyai banyak hotel yang unik untuk bermalam. Apa kata anda lihat hotel Bandung kami di bawah ini dan jangan lupa untuk menempah untuk mendapatkan harga yang menarik.
Casa De Apple
Jika anda mencari hotel yang sangat mengutamakan privasi, anda boleh menginap di Casa De Apple kerana ianya merupakan tempat persendirian yang ideal di tengah-tengah Dago, Bandung. Casa De Apple ini menghadap bukit, maka dapat menjamin ketentraman dan privasi anda terjaga. Hotel ini menawarkan enam bilik villa, bilik mesyuarat persendirian dan kafe terbaik untuk sebarang acara seperti majlis persendirian, minum petang atau mesyuarat korporat rasmi.
Lokasi:
Harga: Bermula dari RM 124.95 / malam
Inginkan diskaun hebat ketika menempah dengan kami ke Bandung? Klik sini segera!
Sandalwood Boutique Hotel
Sandalwood Boutique Hotel menyediakan pemandangan indah gunung dan bilik-bilik yang elegan dengan pelbagai gaya dan warna. Anda akan dihidangkan dengan pemandangan semula jadi dan udara yang segar di sini sambil menginap di bilik yang moden dan selesa. Pun begitu, Sandalwood Boutique Hotel menawarkan harga yang berpatutan termasuk sarapan pagi dengan masakan lazat Indonesia yang bertukar-tukar setiap hari. Hotel ini juga dilengkapi dengan kolam renang. Jadi, sambil anda berenang, anda dapat menikmati keindahan alam.
Lokasi:
Harga: Bermula dari RM408.07 / malam
Tidak cukup dengan melihat senarai hotel Bandung di atas? Jangan risau, jom lihat senarai penuh penginapan di Indonesia yuk! Tekan terus pada gambar di atas untuk mengakses senarai penginapan di Indonesia sekarang!
Jika anda inginkan inspirasi untuk percutian hebat di Indonesia, jom layari artikel-artikel di bawah ini yang berkaitan dengan percutian Indonesia anda. Untuk membaca dengan lebih lanjut, anda boleh menekan terus pada gambar.
10 Hidden Exotic Villas In Bali, Indonesia That You Must Visit
Artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris ini menampilkan villa-villa eksotik di Bali khas untuk anda. Khususnya untuk anda yang masih tercari-cari destinasi romantis yang sempurna untuk berbulan madu, anda boleh tekan pada gambar di atas untuk terus membaca artikel penuh.