Homestay Yang Best Di Ranau Anda Patut Cuba
Sedikit Sebanyak Mengenai Ranau
Antara tempat yang popular lain di sini ialah kolam air panas Poring, Taman Negara Gunung Kinabalu, Ladang Sabah Tea, Pekan Kundasang yang terkenal dengan gerai sayurnya, bekas lombong tembaga Mamut, lokasi penjara Perang Dunia Kedua, Sungai Liwagu, tamu bulanan (pasar sehari sekali dalam sebulan) dan banyak lagi.
Ranau? Kundansang? Anda tentu pernah mendengar nama tempat ini apatah lagi bila melihat post-post rakan rakan anda dalam media sosial yang memuat naik gambar percutian dengan pemandangan ala-ala di New Zealand. Kalau anda nak tahu, Ranau ialah nama salah sebuah daerah yang terletak di pantai barat utara negeri Sabah. Kundasang pula ialah sebuah pekan, dalam daerah Ranau!
Ranau berasal dari perkataan Ranahon iaitu sawah padi. Ini kerana penduduk lembah Ranau rata-ratanya mengusahakan tanaman sawah padi, yang sedikit berbeza dengan masyarakat Dusun di sana yang lebih banyak mengusahakan padi huma. Namun yang paling penting, Ranau adalah merupakan pusat perlancongan yang terkemuka, khususnya kerana ia terletak berhampiran dengan Taman Negara Gunung Kinabalu. Cuacanya yang dingin dan persekitaran yang segar dan semulajadi sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang ingin lari dari kesibukan kota dan teriknya bahang mentari.
Tetapi, daya tarikan Ranau sebenarnya ialah Desa Cattle Dairy Farm, yang mendapat liputan meluas kerana pemandangan yang mirip suasana di ladang ternakan lembu di New Zealand, berlatarbelakangkan gunung ganang dan langit yang membiru! Inilah dia tempat yang anda cari-carikan? Kalau anda ingin bergambar di sini, anda disarankan untuk datang awal, sebelum jam 8.30 pagi sebelum Gunung Kinabalu yang menjadi latar belakang Kawasan ini dilitupi kabus tebal. Jangan lupa untuk memakai baju tebal, kerana suhunya di sini kebiasaannya sekitar 18-20® C. Macam di oversea kan?
Foto:nadzirahata.blogspot.com
Bagaimana Untuk Sampai Ke Ranau?
Mesti anda dah tak sabar sabar hendak merancang percutian ke sini. Untuk ke daerah Ranau, anda boleh menyewa kereta atau van setibanya anda di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Jaraknya sejauh 95km dan mengambil masa selama 2 jam untuk sampai.Tetapi jika ingin menaiki kenderaan awam anda boleh mengambil teksi atau bas di Dataran Merdeka Kota Kinabalu dengan tambang RM19-RM20 .
Sementara untuk ke tempat seperti Desa Cattle Dairy Farm anda perlu menyewa kenderaan catar dengan harga sekitar RM60. Anda juga boleh menaiki bas dengan tambang yang sangat berpatutan, tetapi perjalanan mungkin mengambil masa yang lama, almaklumkah banyak perhentian yang mesti di lalui.
MYR 0.00 /night
Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda
Untuk memastikan anda benar-benar menikmati percutian anda di Ranau, apa kata anda anda mencuba untuk menginap di Dziah Homestay yang terletak di Taman Saujana ,Ranau, lebih kurang 3 km dari Pekan Ranau. Homestay ini boleh memuatkan 8 orang dan di lengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti mesin basuh 7KG, peti ais, Smart TV dan Astro. Water filter COWAY dengan 3 suhu serta mempunyai kelengkapan memasak dapur gas, periuk, rice cooker, peti sejuk, cerek elektrik, piring, mangkuk, sudu, garpu, pisau dan sebagainya.
Menawarkan 3 jenis konsep homestay dari yg bersaiz kecil (untuk 4 orang) sehingga yg bersaiz besar (untuk 12 orang). Seroonoknya anda dapat menikmati pemandangan Gunung Kinabalu jika menginap di sini!
Alamat: Kg. Mesilou, Kundasang, 89308 Ranau, Sabah.
Bilangan tetamu: 4-12 orang
Harga: Dari MYR380 / semalam. Jika anda bernasib baik, ada diskaun menanti!
Dziah Homestay
Alamat: C215 , Lorong 12, Taman Saujana Kinabalu, Jalan Tambunan, 89300 Ranau, Sabah
Bilangan tetamu: 8
Harga: Dari MYR250 / semalam
Tempah sekarang dari RM250/semalam!