Homestay Murah di Pantai Puteri
Seronok bila kita bawa anak-anak dan keluarga kita pergi bercuti ke pantai. Sambil-sambil ambil angin, itulah masa kita bermain bersama dan mencuba benda baru sebagai satu keluarga. Kalau suami anda jenis tough macam lelaki bawah ni, tengok boleh tak dia imbangkan anak anda. Tapi kena praktis perlahan-lahan dulu tau, jangan main lambung terus anak kecil tu.
Bila berkunjung ke Pantai Puteri, Melaka nanti, anda pun bolehlah plan apa aktiviti riadah yang ingin anda lakukan bersama keluarga. Ini ada sedikit idea yang ingin kami cadangkan pada anda dan kemudiannya singgah menginap di Homestay Murah Pantai Puteri Melaka yang kami akan senaraikan di bawah ini.
Mandi laut
Bermandi-manda di pantai ni memang best. Pastikan anda sentiasa pantau anak-anak anda tau.
Berkhemah
Untuk pengetahuan anda, terdapat tapak khemah khas yang disediakan untuk pengunjung yang ingin berkhemah di sini. Jadi apa lagi, boleh lah anda bawa peralatan khemah anda yang dah lama tersimpan dalam stor di rumah.
Petanque
Kalau anda nak tahu, orang Melaka ni suka main petanque. Tak ada lah semua orang tapi memang ada peminat permainan ni. Waktu petang atau waktu pagi di hujung minggu, akan ada orang bermain petanque di tapak-tapak berpasir. Kalau anda belum pernah bermain petanque, boleh lah anda cuba nanti.
Memancing
Haa, ini aktiviti khas untuk bapa-bapa atau mana-mana ahli keluarga anda yang suka memancing. Anak-anak anda pun boleh juga belajar memancing bersama. Ramai juga yang memancing di sini.
Main buih sabun
Yang ini pula, memang kesukaan kanak-kanak kecil dan orang dewasa. Seronok bila dapat hasilkan buih sabun yang bersaiz besar. Lagi-lagi dengan tiupan angin laut yang kuat. Memang syok kita nak main sabun tanpa perlu nak ditiup-tiup pakai straw macam waktu kita kecil dulu-dulu.
Haa, seronokk an suasana bercuti di pantai? Jika anda berminat, lebih mudah untuk tinggal di kawasan yang berdekatan dengan Pantai Puteri ni. Oleh sebab itu, kami sediakan senarai homestay murah berdekatan Pantai Puteri yang sesuai dengan bajet anda.
Zill Golden Melaka
Zill Golden Village merupakan homestay Chalet di Batang Tiga, Klebang. Ianya sesuai untuk keluarga kecil memandangkan bilik-bilik chalet disediakan dengan pilihan 1 katil king, 1 katil single atau 2 katil single dalam 1 unit chalet. Selain daripada lokasinya yang berdekatan dengan Pantai Puteri, ia juga berdekatan dengan Pantai Kleabng, Muzium Kapal Selam dan Kuih Keria Antarabangsa.
Alamat: KM 9, Kampung Pinang A, Batang Tiga, Klebang, 76400 Melaka
Harga: dari RM100/malam
Klebang Melaka Homestay
Klebang Melaka Homestay merupakan homestay teres setingkat yang sesuai untuk keluarga besar. Ianya boleh memuatkan 10 orang penginap dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Lokasinya juga berdekatan dengan Pantai Puteri, Pantai Klebang, Dataran 1Malaysia, Muzium Kapal Selam dan Klebang Coconut Shake.
Alamat: No 19 Jalan Nirwana 11, Taman Nirwana, 76400 Melaka
Harga: dari RM200/malam
Kembau Klebang Melaka Homestay (Muslim Sahaja)
Satu lagi homestay di Batang Tiga, Kembau Klebang Melaka Homestay juga sesuai untuk keluarga besar. Ia boleh memuatkan 10 orang penginap dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Peralatan memasak dan dapur turut disediakan. Ia juga berhampiran dengan Pantai Puteri, Pantai Klebang, Dataran 1Malaysia, dan Klebang Coconut Shake.
Alamat: No 11, Lorong 11 , Taman Nirwana, Batang Tiga ,76400 Melaka.
Harga: dari RM200/malam
MYR 130.00 /night
Dapatkan harga tempahan penginapan lebih murah menggunakan kod promosi kami.
Mahukan lebih banyak pilihan hotel dan homestay di Melaka? Klik pada gambar di bawah.
Masih lagi tercari-cari idea di mana anda sekeluarga akan tinggal sepanjang percutian di Melaka? Lihatlah artikel-artikel di bawah.
Selain daripada Pantai Puteri, terdapat lagi pantai-pantai lain di Melaka seperti Tanjung Bidara, Pantai Klebang dan Tanjung Bidara. Pantai-pantai ini menjadi tumpuan pelancong sepanjang tahun. Klik pada gambar di atas untuk lihat homestay di tepi pantai-pantai Melaka.
Selain daripada pantai-pantai yang indah, Melaka juga menyediakan Melaka Wonderland untuk kunjungan para pelancong ke Melaka. Anak-anak anda tentu akan seronok dengan gelongsor air yang tinggi dan besar, kolam besar berombak dan permainan air yang pelbagai. Anda sekeluarga juga boleh luangkan masa seharian bermain air di sini. Untuk lebih mudah, anda boleh menginap di hotel berdekatan Melaka Wonderland. Klik pada gambar di atas untuk senarai hotel berdekatan Melaka Wonderland.
Setelah seharian bermandi-manda di pantai atau di Melaka Wonderland, apakata anda sekeluarga bersantai di bandar Melaka di sebelah malam? Nikmati pemandangan malam di bandar Melaka, Jonker Street dan Kampung Morten dengan menaiki Melaka River Cruise. Anda juga boleh mencuba hotel-hotel yang berdekatan Melaka River Cruise yang mengetengahkan konsep-konsep penginapan yang unik. Klik saja gambar di atas untuk lihat senarai hotel berdekatan Melaka River Cruise.