Senarai Homestay Murah Ipoh Bawah RM300
Ipoh Mali, Ipoh, Ipoh Mali!
Kalau sebut pasal Ipoh, pasti terngiang-ngiang lagu Ipoh Mali dari Point Blanc dan Jaclyn Victor di atas. Haa kali ini kami nak bawakan anda bercuti di Ipoh, Namun, apa yang seronok sangat untuk anda kunjungi di sini? Tentulah makanan sedap, bangunan tinggalan zaman kolonial dan tentunya homestay yang murah di Ipoh!
Mari di sini kami kupaskan bersama tempat-tempat menarik di Ipoh yang perlu anda kunjungi dan bersama homestay berhampiran tarikan di Ipoh dengan harga murah.
1. Melawat gua eksotik Ipoh
Anda perlu melawat gua eksotik ini dan meletakkannya di dalam checklist anda. Perak Tong, Sam Poh Tong dan Kek Lok Tong merupakan gua batu kapur Ipoh yang dijadikan lokasi strategik untuk penganut Buddha mendirikan kuil dalam gua ini. Jangan tertipu dengan luaran gua ini kerana ianya mungkin kelihatan seperti kuil Buddha yang lain, tetapi di bahagian dalamnya penuh dengan patung-patung gangsa dan hiasan mengelilingi stalagmit dan stalaktit gua ini.
2. Jalan Jalan Cari Makan Ipoh
Ramai sebenarnya yang tidak menyedari Ipoh adalah salah satu syurga makanan dunia yang dianugerahkan oleh Lonely Planet sebagai Destinasi Makanan Yang Kurang Dikenali di Malaysia. Ini kerana di Ipoh, terdapat gerai-gerai makanan yang masih menyajikan hidangan dari resepi turun temurun dari zaman nenek moyang berdekad-dekad lamanya dan tanpa diubah sedikitpun rasa dan resepi nya. Antara makanan yang anda perlu cuba adalah Gai Si Hor Fun, Ipoh White Coffee dan Nasi Ayam.
3. Melawat Kellie's Castle yang penuh misteri
Terletak kira-kira 21 kilometer dari selatan Ipoh, di Batu Gajah, Kellie's Castle adalah bangunan tinggalan penjajah yang penuh dengan misteri. William Kellie Smith menjadi kaya hasil dari getah, namun selepas kematiannya secara tiba-tiba, rumah yang sedang dibina dan hampir siap itu terus terbengkalai dan dilupakan di dalam hutan. Sejak ia ditemui semula, ianya dibangunkan untuk menjadi hasil tarikan pelancong kerana keunikan bangunan separa siap yang penuh dengan laluan rahsia dan cerita gangguan mistik seumpamanya.
4. Selfie dengan dinding Mural Art Lane
Dinding di sepanjang Mural's Art Lane, yang terletak di sebuah lorong kecil di sebelah timur Sungai Kinta, kini dihiasi dengan mural berwarna-warni. Tidak perlu untuk anda tiba ke Penang untuk berselfie dengan mural menarik kerana di Ipoh juga dipenuhi dengan dinding yang berwarna-warni. Selain itu, anda juga boleh menghabiskan masa untuk berselfie sambil merasai makanan hipster di Sekeping Kong Heng di Ipoh di mana terletaknya Muzium Yasmin Ahmad.
(kredit: The Culture Trip)
Haa, banyak juga kan aktiviti dan tarikan menarik yang boleh dilakukan di Ipoh? Setelah puas seharian berjalan-jalan, apa kata kami sediakan senarai homestay murah di Ipoh di bawah RM300!
MYR 190.00 /night
MYR 300.00 /night
MYR 70.00 /night
Inginkan tawaran hebat semasa bercuti di senarai homestay ini? Klik sini untuk mendapatkannya!
Bukan itu sahaja, anda boleh melihat senarai penuh homestay kami di Ipoh dengan menekan gambar di atas!
Haa, sambil mencari tempahan homestay murah di Ipoh, apa kata anda dengar lagu dari Point Blanc dan Jaclyn Victor ini. Ipoh Mali, Ipoh, Ipoh Mali!