Senarai Homestay Unik Di Kota Belud Sabah
Kota Belud adalah bandar perantaraan di antara Kota Kinabalu dan Kudat. Terletak di utara Sabah, Kota Belud mempunyai anggaran penduduk yang rendah sekitar 10,000 yang terdiri daripada kaum Bajau-Sama, Dusun, Illanun dan kaum minoriti Cina. Selain daripada eco-pelancongan yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti jungle trekking, white water rafting, memancing dan perkhemahan, Kota Belud juga menawarkan destinasi pantai dengan hamparan pasir putih dan persisir pantai yang sangat cantik.
Tamu Besar atau Grand Market adalah tarikan utama Kota Belud di mana pada setiap bulan Oktober, Tamu Besar ini dianjur dengan pelbagai akiviti eksotik seperti lumba kuda oleh masyarakat Bajau, jualan produk kraftangan masyarakat tempatan, hasil hutan dan laut serta hidangan makanan yang mungkin tidak pernah kita lihat dan rasa sebelum ini.
Masih kurang pasti apa yang menarik di Kota Belud, sila klik di sini untuk melihat ulasan dari Infosantai yang telah menyenaraikan sebanyak 14 tempat menarik di sana. Untuk penginapan pula, Let's Go Holiday sedia membantu.
Juliet Homestay
Ya, itu adalah gunung Kinabalu atau lebih dikenali sebagai Akinabalu oleh penduduk setempat, Juliet Homestay terletak di kaki Akinabalu dan tidak jauh dari sungai Melangkap, Wario dan Tempasuk yang menjanjikan pelbagai aktiviti lasak untuk setiap golongan usia.
Juliet Homestay memiliki 6 buah bilik tidur dan 4 bilik mandi dan boleh menampung sehingga 9 tetamu pada sesuatu masa. Jika anda ingin menjalankan aktiviti BBQ, pastikan anda membeli barangan mentah sebelum check-in.
Alamat: 59 Jalan Melangkap Kerayau, Kampung Melangkap Baru, 89158 Kota Belud, Sabah
Harga dari: RM80 semalam
Jumlah tetamu: 9
Tambatoun Homestead
Jika anda sukakan aktiviti eco yang lasak dan tidak kisah tinggal di penginapan berkonsep asrama, Tambatoun pasti memberikan pengalaman menarik. Terdapat 11 bilik tidur dan 11 bilik air disediakan oleh pemilik Tambatoun Homestead.
Anda digalakkan untuk membawa peralatan mencukupi untuk menginap di sini namun untuk makan-makan, terdapat sebuah restoran di Tambatoun Homestead ini.
Alamat: Tambatoun Homestead, Kg. Tambatoun, Jalan Tambatoun, 89150 Kota Belud, Sabah
Harga dari: RM25 semalam
Jumlah tetamu: 36
Alamat: Nohutu Ecotourism, Kampung Melangkap Tiong, Off Jalan Ranau Bypass, 89150 Kota Belud, Sabah
Harga dari: RM110 semalam
Jumlah tetamu: 15
MYR 60.00 /night
MYR 60.00 /night
MYR 250.00 /night
Klik di sini untuk kod promosi!
MYR 85.00 /night
Muan's Homestay
Menariknya penginapan di sini adalah kemudahan wifi percuma, bilik berhawa dingin dan sajian makanan halal yang disediakan kepada pengunjung. Setiap bilik selesa untuk 2 orang tetamu dan disediakan periuk nasi, pembakar roti serta electric kettle untuk kegunaan tetamu.
Alamat: PO Box 324, KM6, Jalan Kudat, Kg. Taun Gusi, 89158 Kota Belud, Sabah
Harga dari: RM60 semalam
Jumlah tetamu: 2
Taun Gusi Village Homestay
Taun Gusi Homestay terletak di tengah-tengah bendang sawah mengadap gunung Kinabalu dan menjanjikan percutian desa yang sangat menarik dan indah. Setiap bilik dilengkapi dengan air-con dan wifi percuma serta ruang parking kenderaan yang cukup. Aktiviti menari yang disediakan adalah seperti berkuda, berkelah di pantai, belayar menyusuri sungai dan eko pertanian.
Alamat: KM 6, Kg. Taun Gusi, 89158 Kota Belud, Sabah
Harga dari: RM65 semalam
Jumlah tetamu: 2
Kota Belud semestinya daerah yang unik dan menarik untuk diterokai. Let's Go Holiday mempunyai banyak lagi pilihan penginapan di Sabah jika anda mencari-cari tempat menarik untuk dijelajahi. Klik pada gambar di bawah untuk mendapatkan senarai penuh penginapan di Sabah.