Homestay di Kota Kinabalu
Kota Kinabalu merupakan ibu negeri Sabah di Timur Malaysia. Terkenal dengan pasar yang meriah, pantai yang indah dan Kinabalu National Park di mana terletaknya Gunung Kinabalu mencecah 4,095 meter, Kota Kinabalu juga dikelilingi hutan hujan tropika. Antara aktiviti menarik yang boleh diterokai semasa di Kota Kinabalu adalah aktiviti menyelam, mengalami kehidupan liar, mendaki Gunung Kinabalu dan selainnya.
Apa jua tujuan anda melawati bandar yang bersejarah ini, di sini disenaraikan 4 homestay untuk membantu anda membuat keputusan berdasarkan bajet dan kemahuan anda dari tempat penginapan.
SSVC Superior One Bedroom
Yang pertama sekali, 'SSVC Superior One Bedroom' merupakan sebuah bilik hotel yang dapat menampung sehingga 4 orang tetamu dengan selesa dan sesuai untuk keluarga kecil ataupun sekumpulan kawan. Dengan harga bermula dari RM 325/malam untuk 4 orang, sudah tentu akan mendapat sanjungan baik terutamanya pada musim cuti oleh kerana harganya yang berpatutan. Selain daripada harga dan kualiti penginapan yang berdaya saing, tetamu juga dapat menikmati taman eko sebesar 3 ekar dilengkapkan dengan lanskap yang memukau.
Alamat : A-2-3A, The Loft A, Coastal Road, Imago Shopping Mall, KK Times Square
Harga : Dari RM 325
Bilangan tetamu : 4
Untuk maklumat lanjut berkenaan bilik hotel ini, klik di bawah.
SSVC Deluxe Studio (2 Pax)
Seterusnya, 'SSVC Deluxe Studio' merupakan sebuah studio apartment yang berkelas tinggi untuk 2 orang tetamu. Bukan saja berkelas, tetapi juga lebih luas daripada bilik berkembar di hotel. Kemudahan yang disediakan dalam bilik adalah peti sejuk, penghawa dingin, televisyen dan pemanas air. Selain itu, tetamu juga dapat akses terus ke sebuah pusat membeli-belah (Imago Shopping Mall) di lobinya dan pelbagai destinasi pelancongan seperti Filipino Market, Tunku Abdul Rahman Park dan juga Evening Seafood Market.
Alamat : B-6-15, The Loft A, Coastal Road, Imago Shopping Mall, KK Times Square
Harga : Dari RM 265
Bilangan tetamu : 2
Untuk maklumat lanjut berkenaan bilik hotel ini, klik di bawah.
MYR 220.00 /night
MYR 180.00 /night
SSVC Deluxe Studio (3 Pax)
Selain itu, terdapat juga satu unit studio untuk 3 orang tetamu, sesuai untuk keluarga kecil ataupun sekumpulan kawan yang sedang mencari sebuah bilik bertemakan hotel tetapi dilengkapi pelbagai kemudahan rumah seperti peti sejuk, microwave, mesin basuh dan juga balkoni peribadi. Antara kemudahan hotel yang disediakan adalah sekuriti 24-jam, kad akses dan gimnasium lengkap.
Alamat : B-3A-10, The Loft A, Coastal Road, Imago Shopping Mall, KK Times Square
Harga : Dari RM 395
Bilangan tetamu : 3
Akhir sekali, jika anda melancong dalam kumpulan besar sama ada bersama keluarga ataupun kawan-kawan dan sedang mencari penginapan hotel tetapi ingin tinggal dalam unit yang sama, ini munkin pilihan terbaiknya. 'SSVC Superior 3 Bedrooms' menawarkan penginapan unit 3 bilik seperti dalam bilik hotel dan menikmati ruang luas seperti homestay tetapi dalam tetapan bilik hotel yang munkin akan menjadi terlalu selesa untuk tetamu meninggalkan bilik mereka.
Alamat : C-8-11, The Loft A, Coastal Road, Imago Shopping Mall, KK Times Square
Harga : Dari RM795
Bilangan tetamu : 8
Untuk maklumat lanjut berkenaan bilik hotel ini, klik di bawah.