10 Homestay Terbaik Berdekatan Tanjung Aru
Jika anda sedang merancang untuk datang ke Sabah sebagai destinasi percutian anda sama ada dengan keluarga atau dengan sahabat handai, namun anda terkilan kerana tidak dapat singgah di mana-mana kepulauan indah seperti Mabul atau Sipadan, anda tidak perlu gusar. Anda masih boleh berendam dan main air di Pantai Tanjung Aru yang tidak kurang popularnya dengan penduduk tempatan. Sambil-sambil tu, apa kata kalau anda singgah bermalam di 10 homestay terbaik berdekatan Tanjung Aru.
Anda mesti terfikir-fikir kan kenapa Tanjung Aru ni femes sangat dengan orang Sabah? Kalau anda nak tahu, Tanjung Aru ni destinasi pantai yang tepat kalau anda plan last minute untuk nak bercuti. Pantai Tanjung Aru ni membiru dan pasirnya memutih tau. Lepas tu, kalau anda dah lepak bermandi-manda di pantai Tanjung Aru ni, anda boleh pekena air jus atau shake di gerai tepi jalan. Kalau anda nak makan pun boleh, pelbagai aneka makanan dan juadah tersedia di warung-warung di sekitarnya.
Kan dah nama pantai Tanjung Aru kan, sudah semestinya aktiviti air tidak boleh dipisahkan ketika berada di pantai. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini seperti berenang, snorkelling, mencari kerang, bermain bola tampar atau bola sepak, membina istana pasir dan banyak lagi. Di sekitar pantai Tanjung Aru juga terdapat banyak resort dan homestay untuk dipilih. Nah, alang-alang dah sampai ke Tanjung Aru tu, jom bermalam di salah satu 10 homestay terbaik berdekatan Tanjung Aru yang kami senaraikan di bawah ni sekarang! Siap boleh dapat harga promosi tau!
Sabah Beach Homestay Kota Kinabalu City
Sabah Beach Homestay Kota Kinabalu City merupakan homestay banglo di tanah lot yang terletak berhampiran dengan Pantai Tanjung Aru sambil menikmati keindahan matahari terbenam. Homestay ini mempunyai 5 bilik tidur seperti berikut:
Bilik 1: 2 katil Queen
Bilik 2: 2 katil Super Single
Bilik 3: 2 katil Super Single
Bilik 4: 1 katil King
Bilik 5: 2 katil Super Single
Kesemua bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin, pagar automatik, ruang parkir yang boleh menempatkan 3 ke 4 kereta, homestay ini sangat selesa untuk 12 orang tetamu dalam satu masa.
Alamat: 35B, Jalan Tanjung Aru, 88858 Tanjung Aru, Sabah.
Jumlah Tetamu: 12
Harga: Bermula dari RM380 / malam
Best Villa Homestay Kepayan
Best Villa Homestay Kepayan adalah homestay rumah teres dua tingkat yang terletak di Kepayan, Kota Kinabalu. Homestay ini lengkap dengan hiasan perabot, dan selesa untuk keluarga atau kumpulan besar seramai 10 orang. Sebuah kereta MPV boleh diletakkan di ruang parkir.
Homestay ini mempunyai 3 bilik dengan 2 katil King, 1 katil Double dan 2 tandas. Selain dari Tanjung Aru, Best Villa Homestay Kepayan ini berhampiran dengan KKIA, RTM Sabah, Warung Bandung, Petagas War Memorial dan banyak lagi.
Alamat: 22, Lorong Bunga Patuma 2, Kepayan Low Cost Housing, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.
Jumlah Tetamu: 10
Harga: Bermula dari RM100 / malam
Windaz Guest Suites 5 @ Sutera Avenue
Jika anda merasakan villa dan banglo terlalu besar dan luas untuk didiami, anda boleh bermalam di apartmen. Windaz Guest Suites 5 @ Sutera Avenue terletak di Sutera Avenue Apartment, Kota Kinabalu, Sabah, terletak berhampiran dengan Tanjung Aru, 1 km dari pusat membeli-belah Imago dan 3 km dari Pasar Filipina.
Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur dengan 2 katil Double, 2 katil Single dan 2 katil dua tingkat, menawarkan wifi, parkir percuma, kolam renang yang berlatar belakangkan bandar Kota Kinabalu, TV, alatan memasak di dapur, gimnasium dan taman permainan kanak-kanak.
Alamat: Sutera Avenue Off Coastal Highway, Jalan Pantai Baru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.
Jumlah Tetamu: 12
Harga: Bermula dari RM480 / malam
MYR 500.00 /night
MYR 300.00 /night
MYR 300.00 /night
Dapatkan promosi hebat yang sedang berlangsung di LetsGoHoliday.my sekarang!
MYR 300.00 /night
MYR 480.00 /night
MYR 500.00 /night
MYR 279.00 /night
Harapan Homestay Loft E
Terletak di Kota Kinabalu, harapan Homestay Loft E di Sutera Avenue KK menawarkan wifi percuma dan terletak berhampiran dnegan Tanjung Ara, Pasar Filipino, Centre Point Mall, Warisan Square dan KK Plaza. Apartment 3 bilik ini mempunyai TV, tandas lengkap dengan kelengkapan mandi, pengering rambut, microwave, pembasuh pinggan, taman permainan dan kolam renang jika berendam di pantai Tanjung Aru tidak mencukupi.
Alamat: E-2-15, Sutera Avenue Mall, Jalan Coastal, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.
Jumlah Tetamu: 7
Harga: Bermula dari RM450 / malam
Sutera Avenue KK
Sutera Avenue KK sedia menantikan anda dengan apartment 2 bilik yang mempunyai 2 katil Queen dan 1 katil Single yang selesa untuk 6 orang tetamu. Homestay ini menawarkan wifi percuma, kolam renang infinity, berhampiran dengan lapangan terbang dan dekat dengan kedai runcit, kedai makan dan pusat membeli-belah. Homestay ini menjanjikan keselesaan seperti berada di rumah anda sendiri.
Alamat: Block B, Coastal Highway, Kota Kinabalu Times Square, Sabah, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.
Jumlah Tetamu: 6
Harga: Bermula dari RM260 / malam
Masih tercari-cari penginapan yang sesuai untuk percutian anda? Kami mempunyai banyak lagi penginapan yang menarik dan berbaloi di Kota Kinabalu untuk anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk melihat senarai penuh.