Senarai Homestay Terbaik Berdekatan Menara Taming Sari
Anda akan ke Melaka untuk bercuti dan ingin ke Banda Hilir, kota bandar Melaka. Selain dari melawat Jonker Street, Stadhuys, A'Famosa dan Gereja St Paul, apa kata kalau anda tambah itinerari anda dan melawat ke Menara Taming Sari dan sambil tu jom lihat senarai homestay terbaik berdekatan Menara Taming Sari.
Menara Taming Sari merupakan sebuah menara berputar yang terletak di tengah-tengah Banda Hilir, bersebelahan dengan Pusat Membeli-Belah Dataran Pahlawan. Menara ini terbina dengan ketinggian 110 meter dan mampu membawa 80 orang penumpang menaiki menara ini dalam satu masa dalam 7 minit. Menara ini dibuka setiap hari dan beroperasi dari jam 10 pagi ke 11 malam. Anda hanya perlu membayar RM17 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak.
Hayati pemandangan indah ketika anda berada di atas menara dan jika anda berasa letih dan penat, dan perlukan tempat untuk berehat, jom lihat senarai homestay terbaik berdekatan Menara Taming Sari yang kami dah senaraikan siap-siap di bawah ini.
Mahkota Private Apartment
Mahkota Private Apartment menawarkan penginapan 2 bilik tidur, penghawa dingin, TV, dapur yang dilengkapi dengan perkakas asas, peti sejuk dan tandas dengan tab mandi. Apartment ini juga mempunyai sauna dan gimnasium. Anda juga boleh berendam dalam kolam renang di sini selepas seharian melawat kawasan tarikan pelancong seperti Menara Taming Sari, Mahkota Parade, Porta de Santiago, Sam Po Kong Temple and St. John's Fort.
Alamat: 16, Jln Syed Abd Aziz 2058, Wing 2, Level 5, Bandar Hilir, 75000, Melaka.
Jumlah Tetamu: 5
Harga: Bermula dari RM300 / malam
Jonker Street Guesthouse
Jika anda datang ke Melaka seorang diri atau berdua, Jonker Street Guesthouse adalah pilihan yang tepat. Guesthouse ini terletak berhampiran dengan Jonker Walk dengan hanya 1 minit berjalan kaki. Setiap bilik tidur di sini mempunyai tandas sendiri, wifi percuma, penghawa dingin, mandian panas, katil bersaiz queen dan meja kecil. Jumlah bilik yang disediakan di sini adalah 6 buah bilik kesemuanya dengan 1 bilik dengan tingkap manakala bilik yang lain tidak mempunyai tingkap.
Alamat: 179, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75300, Melaka.
Jumlah Tetamu: 2
Harga: Bermula dari RM68 / malam
Kota 150N
Kota 150N adalah homestay yang terletak betul-betul di tengah Bandar Melaka, berhampiran Menara Taming Sari, Jonker Street, Sungai Melaka, Stadhuys dan banyak lagi. Homestay yang bertemakan industrial ini boleh memuatkan 11 orang tetamu dalam 3 bilik tidurnya dengan 4 katil queen dan 1 katil single. Unit ini juga lengkap berhawa dingin, Unifi, kawalan CCTV 24 jam, check in 24 jam dengan pintu keyless, 2 ruang parkir, perkakas dapur, penghawa dingin, sterika stim dan water dispenser.
Alamat: 150N, Jalan Laksamana 7, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.
Jumlah Tetamu: 11
Harga: Bermula dari RM530 / malam
MYR 70.00 /night
MYR 292.00 /night
MYR 388.00 /night
Bella Vista Seaview Element Mall B28
Bella Vista Seaview ElementMall B28 berada di bangunan tertinggi di Melaka buat masa ini, selesa untuk 10 orang tetamu yang inginkan pemandangan bandar dan laut yang indah. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dengan alas katil yang berkualiti hotel, TV dan Astro, wifi, perkakas dapur, peti ais dan tab mandi.
Alamat: Jalan Melaka Raya 32, Hatten City Silverscape, 75000, Melaka.
Jumlah Tetamu: 10
Harga: Bermula dari RM530 / malam
Traders Villa
Traders Villa adalah homestay yang memberikan feel kampung. Homestay ini terletak di Kampung Morten, berhampiran dengan Jonker Street dan Menara Taming Sari. Homestay ini mempunyai beberapa jenis bilik untuk anda sewa jika anda ingin menyewa bilik atau seluruh rumah ini. Traders Villa mempunyai microwave, sterika dan mandian panas. Homestay ini juga terletak bersebelahan dengan Sungai Melaka, jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menaiki river cruise selepas anda menaiki Menara Taming Sari.
Alamat: 41,42, Lorong Tun Mamat, 3 Kampung Morten, 75300, Melaka.
Jumlah Tetamu: 28
Harga: Bermula dari RM180 / malam
Inginkan lebih banyak lagi pilihan penginapan di Melaka untuk percutian anda? Kami mempunyai senarai hotel dan homestay terbaik di seluruh Melaka yang boleh anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk mendapatkan pilihan yang manrik dan berbaloi.