10 Homestay Terbaik Berdekatan Kokol Hill Featured Image

10 Homestay Terbaik Berdekatan Kokol Hill

By Hani - May 08, 2019 (Last Updated May 16, 2019)

Adakah anda merancang untuk datang bercuti ke negeri di bawah bayu, Sabah? Tidak dinafikan, Sabah mempunyai banyak tempat tarikan pelancong seperti Perkampungan Kebudayaan, Taman Negara dan kepulauan yang cantik. Tapi, apa kata kalau kali ini, anda lari sikit dari tempat-tempat tersebut dan datang ke Kokok Hill dan bermalam di 10 homestay terbaik berdekatan Kokol Hill


Apa yang menarik sangat ye di Kokol Hill ni? Kalau anda nak tahu, anda boleh melihat pemandangan indah Gunung Kinabalu dan menyaksikan matahari terbit atau terbenam di Kokol Hill ni. Romantik tak? Memang Kokol Hill ni menjadi destinasi romantis untuk mereka yang datang dari Kota Kinabalu untuk merehatkan badan dan minda sambil layan keindahan Kota Kinabalu yang seimbang dengan ratio perbandaran dan alam semula jadi. Dan kalau anda nak datang ke Kokol Hill yang terletak di Menggatal, anda perlu memandu lebih kurang sejam perjalanan dari bandar Kota Kinabalu. 


Bila anda dah tiba ke Kokol Hill, jangan lupa pula untuk menjamu selera di salah satu kafe di sini. Anda akan disajikan dengan makanan tempatan atau Western di sini. Kokol Hill juga mempunyai tarikan yang terbaru iaitu Kokol Elf yang memang sesuai untuk para Instagrammers nak berposing di sini sambil berlatar belakangkan pemandangan Kota Kinabalu dengan bayaran RM40 sekali masuk.


Dah terlajak menyaksikan matahari terbenam tu, apa kata kita bermalam di homestay yang berhampiran dengan Kokol Hill. Di bawah ni kami dah senaraikan siap-siap 10 homestay terbaik berdekatan Kokol Hill khas untuk anda. Jom kita lihat!


Jay Homestay @ Greenfield Condo Kota Kinabalu

Jay Homestay @ Greenfield Condo Kota Kinabalu terletak di pinggir bandar utara dari Kota Kinabalu. Kawasan homestay kondominium ini terletak di kawasan perumahan yang aman dan damai. Homestay 3 bilik ini mempunyai 1 katil Queen, a katil Super Single dengan tilam tarik dan katil Sofa. Sebuah ruang parkir ada tersedia untuk tetamu di dalam kawasan kondominium dan juga ruang parkir terbuka. Homestay ini terletak 20 minit memandu dari bandar Kota Kinabalu dengan restoren, jeti dan pusat membeli-belah yang berhampiran. 


Alamat: C-2-11 Greenfield Residence, 88450, Manggatal Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 6

Harga: Bermula dari RM160 / malam


Tempah Sekarang Dari RM160!  



Zalifa Homestay Kota Kinabalu Unit #6 (UA1)


Zalifa Homestay KK Unit #6 (UA1) menawarkan 2 bilik tidur dengan 1 katil Queen dan 2 katil Single dengan 1 tilam tambahan. Di ruang tamu terdapat TV dan Astro, sterika, mesin basuh, peti sejuk, tuala, selimut, sejadah dan dapur dengan kelengkapan asas memasak. Selain itu, di homestay ini terdapat kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, taman permainan kanak-kanak dan kawalan keselamatan 24 jam. Homestay ini berhampiran dengan Kokol Hill, UMS, pusat membeli-belah, UITM dan hospital. 


Alamat: Universiti Condo Apartment, Jalan Kg Dambai Batu 10, Kampung Keliangau, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 5

Harga: Bermula dari RM143/ malam


Tempah Sekarang Dari RM143!  



Rizyen Homestay Kota Kinabalu

Rizyen Homestay Kota Kinabalu menawarkan penginapan 3 bilik dan 2 tandas. Di bilik utama terdapat penghawa dingin, 1 katil Queen dan 2 katil Single di ketiga-tiga bilik tidur. Homestay ini mempunyai sofa, TV, ruang makan, sterika, dapur, pemasak nasi, mesin basuh, cerek dan peti sejuk. Selain itu, homestay ini mempunyai kemudahan kolam renang, taman permainan kanak-kanak, ruang parkir dan kawalan keselamatan 24 jam. Homestay ini juga terletak berhampiran dengan Rumah Terbalik, 1 Borneo, pusat membeli-belah dan Kokol Hill. 


Alamat: University Condo Apartment 2, Jalan Tuaran, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 5

Harga: Bermula dari RM130 / malam


Tempah Sekarang Dari RM130!  


Jom semak promosi hebat yang berlangsung di LetsGoHoliday.my sekarang!


Dmia Homestay


Dmia Homestay merupakan homestay apartment yang mempunyai 3 bilik tidur (dengan 2 katil Queen dan 2 katil Single), mempunyai penghawa dingin di bilik utama dan 2 tandas. Homestay ini mempunyai TV dan sofa, ruang makan, dapur dengan perkakas memasak asas, ruang parkir, kolam renang, gimnasium, dan kedai runcit. Lokasi homestay ini juga strategik kerana ianya berhampiran dengan pusat membeli-belah, restoren dan kawasan tarikan pelancong. 


Alamat: B-5F-10, Angkasa Apartment, Jalan Tuaran By Pass, 88400, Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 8

Harga: Bermula dari RM210 / malam


Tempah Sekarang Dari RM210!  



KK Homestay Angkasa Apartment

KK Homestay Angkasa Apartment pula mempunyai 3 bilik tidur dan 2 tandas. Kesemua bilik ini mempunyai 1 katil Queen, penghawa dingin, peti sejuk, wifi, TV dan Astro di setiap bilik tidur, mesin basuh dan dapur. Selain itu, homestay ini juga menawarkan airport transfer secara percuma kerana homestay ini terletak 20 minit saja dari airport, 15 minit dari Kota Kinabalu dan 10 minit dari UMS. Berbaloi-baloi kan? 


Alamat: A-1F-14, Blok A, Lorong Angkasa 5, Jalan Tuaran Bypass, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah Tetamu: 12

Harga: Bermula dari RM150 / malam


Tempah Sekarang Dari RM150!  



Masih tercari-cari penginapan yang sesuai untuk percutian anda? Kami mempunyai banyak lagi penginapan yang menarik dan berbaloi di Kota Kinabalu untuk anda pilih. Klik saja pada gambar di bawah untuk melihat senarai penuh. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.88 (8 VOTES)