Homestay Bentong
Di negeri Pahang terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati. Oleh kerana struktur persekitaran yang berbukit bukau, kebanyakkan destinasi percutian di Pahang beriklimkan cuaca yang sejuk dan nyaman.
Tidak terkecuali dengan daerah di Bentong. Ia sungguh terkenal dengan persekitaran yang menghijau serta suasana yang nyaman, jauh dari hiruk-pikuk kota. Air Terjun Chamang adalah antara destinasi popular di Bentong. Lokasi ini sangat popular dan pasti akan dibanjiri dengan lautan manusia terutamanya ketika musim cuti sekolah dan hari perayaan.
Selain itu, terdapat Pusat Air Panas Bentong untuk pengunjung memanjakan diri. Di sana, kolam air panas dibahagikan kepada dua iaitu kolam air panas dan kolam air sederhana panas. Menariknya, masuk adalah percuma!
Di sini kami senaraikan tempat penginapan menarik di Bentong yang boleh anda cuba.
Kanopi Villa
Kanopi Villa @ Janda Baik adalah pusat perkhemahan mewah seluas 8 hektar. Ia terletak di kaki bukit Genting Highlands, hanya 45 minit dari Kuala Lumpur. Lokasi villa ini yang jauh dari bandar dapat memberikan ketenangan kepada para tetamu. Selain itu, udara segar, cuaca sejuk dengan panorama yang indah dapat memberikan pengalaman unik yang maksima kepada pelawat yang gemarkan alam semula jadi.
Lokasi: Lot 25929, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Bilangan Tetamu: 6
Harga Dari: RM100 / malam
Tempah Sekarang!
Maison Mura @ Selesa Hillhomes
Inginkan penjimatan hebat untuk percutian anda? Klik di sini.
The Acres
Saujana Janda Baik Resort
Satu lagi resort di Bentong yang patut anda cuba ialah Saujana Janda Baik. Premis yang 100% halal ini terletak berdeatan sungai Chemperoh yang merupakan salah satu sungai terbersih di Janda Baik.
Resort yang mengetengahkan konsep chalet kayu ini menawarkan banyak aktiviti seperi badminton, futsal, frisbees dan pelbagai lagi.