16 Senarai Homestay di Batu Ferringhi Featured Image

16 Senarai Homestay di Batu Ferringhi

By Farisya - Nov 15, 2018 (Last Updated Jun 24, 2019)

Pulau Pinang telah lama menjadi salah satu tempat peranginan dan pusat pelancongan yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat tempatan mahupun pelancong dari luar negara. Pulau Pinang juga merupakan negeri yang terkenal dengan peninggalan sejarah selain dari negeri Melaka. Salah satu tarikan utama yang menarik pengunjung untuk datang ke Pulau Pinang ini adalah tentang keunikan makanan-makanannya termasuklah Laksa, Pasembur dan Nasi Kandar. 


Selain dari keenakan pelbagai makanan yang terkenal, Pulau Pinang juga mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dikategorikan sebagai tempat wajib dilawati. Kenapa wajib? Sebab kalau tak pergi, memang rugi! Melancong sekali-sekala, tak salah kalau kita betul-betul menghabiskan masa untuk berkunjung ke tempat cantik sambil mengisi masa lapang dengan aktiviti menarik. 


Salah satu tempat yang wajib anda lawati jika berkunjung ke Pulau Pinang ini adalah Batu Ferringhi. Batu ferringhi tidak dikenali sebagai tapak warisan, namun ia tetap menjadi destinasi tarikan pelancong terutamanya untuk mereka yang sukakan sukan air dan juga cabaran. 


Jika anda bercadang untuk mencari tempat penginapan yang terletak di Batu Ferringhi, di sini kami ada senaraikan pelbagai jenis Homestay Batu Ferringhi yang boleh didapati di sini. Yang jenis apartment, rumah teres, rumah banglo dan villa pon ada. Lihat di bawah untuk senarai penginapan menarik di Batu Ferringhi. 



Di pantai Batu Ferringhi, banyak sukan air yang boleh anda cuba antaranya termasuklah jet ski, parasailing, banana boat dan banyak lagi! Waktu operasi untuk aktiviti-aktiviti tersebut bermula dari jam 7.00 pagi - 7.00 petang. Namun, ia tetap bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Usah bimbang, walaupun keadaan pantai Batu Ferringhi ini agak panjang, terdapat guard keselamatan serta operator sukan air yang bertugas pada setiap hari. 


Jika anda ingin mencari penginapan lain di sekitar Pulau Pinang, seperti Hotel murah, homestay untuk muslim atau penginapan yang lebih spesifik dan bersesuaian dengan kehendak anda, boleh lihat artikel di bawah untuk maklumat lanjut. 


11 Homestay Muslim di Penang

Anda sedang mencari penginapan khusus untuk tetamu Muslim yang terbaik, selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di Pulau Pinang? Berikut kami senaraikan 11 homestay Muslim di Penang yang boleh anda pertimbangkan!


Homestay Murah Bawah RM200 di Pulau Pinang

Anda mempunyai bajet yang tertentu untuk penginapan? Jangan risau, kami sentiasa menjadi penyelamat anda. Untuk memudahkan pencarian, di bawah ini kami senaraikan beberapa homestay murah bawah RM200 di Pulau Pinang. 


Penang Homestay Bungalow


Anda akan melancong ke Pulau Pinang dalam jumlah yang besar? Tidak kira sama ada anda bersama keluarga ataupun rakan-rakan, homestay banglo di Penang ini sesuai untuk anda jadikan pilihan penginapan kerana terdapat homestay yang mampu menampung sehingga 20 orang tetamu. Besar kan? Boleh tempah secara atas talian untuk lebih jimat. 

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.62 (13 VOTES)