Homestay Machang
Adakah anda dalam percutian ke Pantai Timur dan melalui Terengganu dan Kelantan? Singgah berehat sebentar di Machang dan menginap di homestay Machang.
Machang terletak di tengah-tengah negeri Cik Siti Wan Kembang yang diambil nama dari sejenis pokok buah. Ianya terletak berhampiran dengan Kota Bharu, Pasir Puteh dan bersempadan dengan Terengganu dan Tanah Merah.
Antara tempat tarikan yang ada di Machang, Kelantan adalah Menara Condong, Hutan Lipur Bukit Bakar, Air Terjun Jeram Linang, Kolam Air Panas dan Jambatan Guillemard. Salah satu kampus cawangan UiTM juga bertempat di Machang. Jadi, jika para ibu bapa yang perlu menghantar anak-anak masuk belajar di UiTM Machang atau perlu menghadiri majlis konvokesyen di sini, artikel ini sangat sesuai untuk anda.
Menara Condong atau Menara Masjid Pulai Condong merupakan sebuah objek kemegahan penduduk tempatan yang telah dibina pada tahun 1856. Dengan ketinggian 18 meter dan lilit luasnya 2.8 meter, menara ini dibuat secara bergotong-royong dengan menggunakan beratus-ratus orang lelaki. Semua bahagian ini diperbuat daripada kayu cengal batu dengan menggunakan beliong, kapak dan pahat saja. Menara ini masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan oleh umat Islam untuk melaungkan azan sehingga sekarang.
Jika anda seorang yang sukakan alam sekitar, singgahlah ke Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang yang sesuai dikunjungi oleh keluarga sebagai tempat beristirehat. Di sini, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan seperti taman kanak-kanak, pondok rehat, kolam mandi, jambatan gantung dan sungai yang mengalir serta kehijauan warna flora dan fauna. Tapi, kalau anda lebih sukakan cabaran yang lasak, anda boleh singgah ke Air Terjun Jeram Linang yang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat. Air Terjun di sini sentiasa mengalir jernih. Terdapat pelbagai kemudahan asas yang telah dibangunkan oleh kerajaan seperti restoran, surau, tandas awam dan parkir. Anda juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking dan bermandi-manda di kawasan ini. Kalau anda nak berkhemah di sini pun boleh!
Kalau anda rasa sengal-sengal badan, anda boleh singgah ke Kolam Air Panas di Kampong Rengas, Labok yang terletak lebih kurang 20 km dari Bandar Machang. Singgah berendam di sini sambil menghayati keindahan alam sebab di Kolam Air Panas ini dipenuhi dengan kehijauan pokok-pokok dan sawah padi.
Tak sangka Machang, sebuah daerah yang kecil dan biasa-biasa ini terdapat pelbagai tarikan kan? Dah penat berjalan seharian, jom singgah bermalam di Homestay Machang yang kami senaraikan di bawah ini.
Twin Mutiara Chalet
Twin Mutiara Chalet menyediakan penginapan chalet ala hotel yang mementingkan keselesaan dan kebersihan kepada para tetamu. Twin Mutiara Chalet menawarkan 4 unit dengan keunikan reka bentuk dan harga yang berbeza dan dilengkapi dengan perabot ala hotel. Terletak berhampiran dengan UiTM Machang dan 6km dari Bandar Machang.
Lokasi:
Harga: Dari RM125/malam
Homestay AZMI Machang
Homestay AZMI Machang merupakan homestay yang selesa. Dilengkapi dengan kemudahan asas untuk kegunaan tetamu seperti wifi, dapur yang boleh digunakan untuk memasak dan penghawa dingin. Selain itu, kedai makan dan pasar raya serbaguna juga terletak berhampiran dengan homestay ini.
Lokasi:
Harga: Dari RM190/malam
Untuk info lanjut, sila layari Homestay AZMI Machang
Sri Makmur Homestay Machang 1
Jika anda datang ke Machang dalam bilangan yang ramai dan besar, anda boleh menempah Sri Makmur Homestay Machang 1 yang merupakan sebuah rumah banglo dengan 5 bilik. Rumah ini sangat luas dan anda tidak perlu risau memikirkan parkir kerana rumah ini boleh meletakkan sebanyak 5 buah kereta. Selain itu, rumah ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan berhampiran dengan Bandar Machang.
Lokasi:
Harga: Dari RM300/malam
Untuk info lanjut, layari Sri Makmur Homestay Machang 1
Dapatkan penjimatan hebat ketika menempah Homestay Kelantan dengan kami sekarang!
Homestay Villa Yusuf 1
Satu lagi rumah banglo untuk anda menginap, Homestay Villa Yusuf 1 yang terletak dalam kawasan perkampungan. Dengan keluasan 2000 kaki persegi, anda akan berasa selesa dengan keluasannya. Rumah yang dilengkapi dengan banyak ruang untuk parkir, 3 bilik dan 2 tandas, rumah yang lengkap dengan Astro dan penghawa dingin.
Lokasi:
Harga: Dari RM350/malam
Untuk info lanjut, layari Homestay Villa Yusuf 1
Macam mana dengan senarai Homestay Machang kami di atas? Kalau anda tak puas, anda boleh tekan terus pada gambar senarai penuh penginapan Kelantan di atas. Selain itu, anda boleh lihat dan baca lebih lanjut kupasan artikel yang kami dah senaraikan khusus untuk percutian Kelantan dan Pantai Timur anda di bawah ini. Jom scroll tetikus anda ke bawah.
4 Best Holiday Villa Kelantan
Kalau anda inginkan kelainan ketika menginap di Kelantan, kami sarankan anda untuk bermalam di villa. Tekan pada gambar di atas untuk sambung baca Best Holiday Villa Kelantan sepenuhnya. Artikel ini ditulis dalam Bahasa Inggeris menyenaraikan 4 Holiday Villa yang terbaik di Kelantan. Jom baca!
Resort Di Kelantan
Apa kata kalau kami cadangkan Kelantan sebagai destinasi percutian anda yang seterusnya dan kami cadangkan anda untuk menginap di senarai resort di Kelantan. Pastinya anda terkejut dengan destinasi pelancongan kali ini kami cadangkan Kelantan dan bukan calang-calang tempat penginapan kami pilih untuk anda duduk. Tapi betul ke ada resort di Kelantan? Kalau nak tahu, anda boleh sambung baca dengan menekan pada gambar di atas.