Homestay Georgetown Murah
Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang, meriah dengan bangunan kolonial berwarna-warni, artistik dan dijaga dengan baik, yang kini dibaik pulih menjadi kedai-kedai unik, kafe dan hotel butik. Georgetown menjanjikan pelbagai tempat untuk dilihat, lawat, makan dan bersiar-siar di sekitarnya.
Untuk menjelajah bandar unik ini, anda sekurang-kurangnya perlu tidur semalaman di sini. Namun, risau percutian ini akan membuat anda bertukar menjadi papa kedana?
Source: GIPHY
Usah risau, di sini kami senaraikan homestay murah di Georgetown, sesuai dengan bajet anda!
Paper Pepper Delights
Tempat yang selesa untuk anda berehat dan berjumpa rakan-rakan di Pulau Pinang. Hostel ini juga menyediakan makanan Thai dan Barat kepada para pengunjung.
Sesuai untuk 'backpacker', rakan-rakan, keluarga dan mesra kanak-kanak. Hostel ini juga menyediakan bilik keluarga dan dorm wanita sahaja, maka selesa untuk setiap lapisan masyarakat. Hostel ini bertempat di Pusat Bandaraya Pulau Pinang dan berhampiran dengan kawasan tarikan pelancong.
Alamat : 70,Jalan Masjid Kapitan Keling,10200 Georgetown, Pulau Pinang
Harga : Dari MYR 30 /malam
Bil. Tetamu : 16
Hakuna Matata
Cindy Homestay & Tour
Harga homestay kami paparkan ini sudah murah, tapi anda ingin dapatkan lebih diskaun berganda murah? Klik sini!
MGH # 4
MGH #4 adalah singkatan dari Muslim Guest House adalah apartment 3 bilik yang berhawa dingin. Terletak di tingkat 2 dengan lif, mempunyai kemudahan seperti Astro, peti sejuk, cerek elektrik, pemasak nasi dan kemudahan untuk membuat teh dan gula.
Terletak berhampiran dengan Bandar Georgetown, Komtar, Prangin Mall, USM, Padang Kota, Heritage Site dan banyak lagi.
Alamat : 42A-2-18 Sri Saujana Gat Lebuh Macallum 10300 Georgetown Pulau Pinang
Harga : Dari MYR 190 /malam
Bil. Tetamu : 8
Tanjung Tokong Homestay (Gurney area)
Homestay ini adalah unit studio yang terletak di Tanjung Tokong, direka khas seperti gaya Country. Unit ini dilengkapi dengan bilik tidur besar (2 katil bersaiz Queen dan 1 katil bersaiz King) dan bilik mandi yang serba lengkap.
Semua bilik tidur dan ruang tamu dilengkapi dengan kipas dan penghawa dingin manakala dapur dilengkapi dengan perkakas dapur asas. Ruang tamu pula dilengkapi dengan sofa dan TV set serta internet berkelajuan tinggi.
Alamat : Palm Court, Jalan Seri Tanjung Pinang, 10470 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Harga : Dari MYR 238 /malam
Bil. Tetamu : 6
Selain daripada homestay yang menarik di atas, terdapat banyak lagi yang boleh anda pilih. Klik imej di atas untuk melihat senarai penuh tempat penginapan di Penang. Sudah pasti anda tidak akan menyesal.