Homestay Cherating Featured Image

Homestay Cherating

By [email protected] - Feb 01, 2019

Sedang merancang percutian bersama keluarga atau orang yang tersayang tapi masih tidak pasti destinasi yang nak dituju? Melaka? Port Dickson? Langkawi? Tak perlu pening-pening. Apa kata kalau kami bawakan anda ke Cherating dan anda boleh menginap di Homestay Cherating.


Cherating adalah salah satu pusat peranginan di Pantai Timur Malaysia di Pahang dan berhampiran dengan sempadan Terengganu. Salah satu pantai yang berhampiran dengan Cherating adalah Pantai Chendor. Pantai Chendor merupakan tapak pembiakan untuk kulit kura-kura dan kura-kura laut lain yang diberi nama Chendor Turtle Sanctuary. Di sini juga anda boleh mempelajari dan menyaksikan sendiri telur-telur kura-kura dan penyu menetas dan masuk ke laut. Anda juga akan diberi penerangan atas betapa pentingnya peranan manusia untuk membantu melindungi binatang-binatang ini dari pupus selama-lamanya.


Jika anda ingin merasai pengalaman perkampungan melayu tradisional dan cara hidup orang kampung yang masih kuat mengekalkan tradisi Melayu, anda boleh singgah meluangkan masa di Kampung Cherating. Kawasan perkampungan ini mempunyai bengkel untuk pembuatan tekstil tradisional dan juga pusat kraftangan. Tidak rugi untuk anda mencuba sendiri cara-cara untuk mencanting batik dan kain dan juga mempelajari cara untuk membuat kraftangan hasil tempatan. Anda juga boleh menderma dan bantu para pengusaha kraf dan tekstil tempatan dengan membeli dan menyokong hasil seni tempatan. Siapa lagi yang nak memajukan industri kecil ini kalau bukan dari rakyat tempatan sendiri bukan?


Di malam harinya pula anda boleh melusuri Sungai Cherating untuk melihat sendiri keindahan flora dan fauna setelah tenggelamnya matahari. Kalau anda belum pernah melihat dengan mata anda sendiri keajaiban kelip-kelip, anda boleh ikuti rombongan yang disediakan untuk melihat kelip-kelip. Terdapat banyak kedai persendirian yang menawarkan pakej kelip-kelip ini, dan beberapa hotel juga ada menawarkan pakej ini juga. Jadi, tak rugi untuk anda bertanya. Mana tahu siap boleh dapat harga murah lagi kan?


Pastinya dengan melawat tempat-tempat tarikan di Cherating dan melakukan pelbagai aktiviti yang anda tidak pernah seribu tahun pun mengimpikan anda akan dapat peluang sebegini akan membuatkan anda keletihan kan? Apa kata kami tunjukkan anda senarai homestay Cherating kami khas untuk anda. Ya lah kan kalau duduk di hotel mahal pula dan tak boleh nak masuk ramai-ramai kan? Jom lihat senarai homestay Cherating pakat-pakat bawa sekali atuk, nenek, pak lang semua sekali!



Dapatkan harga promosi ketika anda menempah dengan kami sekarang!



Kalau anda rasa tidak puas dengan senarai homestay Cherating kami di atas, anda boleh layari tempat-tempat penginapan lain yang kami tawarkan di Pahang. Jom tekan pada gambar di atas untuk melihat senarai penuh sekarang!



Namun, kalau anda masih nak lihat senarai hotel di Cherating, anda boleh tekan terus pada gambar di atas dan lihat senarai hotel yang kami ada di Cherating.

Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (1 VOTES)