Bungalow Homestay Di Port Dickson Untuk Percutian Keluarga Featured Image

Bungalow Homestay Di Port Dickson Untuk Percutian Keluarga

By Farisya - Mar 23, 2019 (Last Updated Oct 21, 2024)

Menariknya Port Dickson adalah kerana ia merupakan salah satu tempat pelancongan yang paling menjadi tumpuan ramai terutama untuk warga Ibu Kota mahupun penduduk Lembah Klang yang ingin lari dari kesibukan kota raya, dan kesesakan lalu lintas yang membuatkan mereka semakin bosan dengan nya. 


Jika anda mengidamkan percutian yang santai, ditemani dengan bunyi air laut yang tenang, dengan aktiviti yang menarik di bawah cahaya matahari, tidak perlu bersusah payah untuk berfikir panjang, Port Dickson merupakan destinasi percutian terbaik untuk anda dan keluarga? Why not?


Percutian di Port Dickson tidak akan menelan belanja yang terlalu besar walaupun anda bercuti bersama-sama dengan keluarga besar terutama sekali jika anda bijak menguruskan masa, penginapan dan pasti nya wang yang paling utama. Tidak perlu untuk berfikir untuk menaiki feri sekali pun. Mudah bukan? Jadi, untuk perancangan yang lebih mudah dan bermakna, di sini kami kongsikan senarai Bungalow Homestay di Port Dickson untuk percutian bersama-sama keluarga yang mampu memuatkan 10-22 orang tetamu. 


Srikandi Guest House

Srikandi Guest House terletak di Bandar Springhill, mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan untuk ke Pantai Port Dickson. Homestay banglo 2 tingkat ini menyediakan kemudahan 3 bilik tidur dan 3 bilik air, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas antaranya ialah kemudahan memasak, bilik berhawa dingin serta kemudahan televisyen beserta ASTRO. 

Pastinya sesuai untuk penginapan anda sekeluarga, Srikandi Guest House menyediakan peralatan BBQ yang bakal menjadikan percutian anda sangat sempurna! 


Alamat: Jalan Springhill 8/2, Bandar Springhill, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga: Bermula dari RM 230/ malam

Bilangan Tetamu: 10 orang


 Tempah Sekarang Dari RM230! 


Homestay D'Azam

Terletak di cornet lot, homestay banglo 2 tingkat ini mampu memuatkan sehingga 16 orang tetamu dan sangat selesa untuk penginapan sekeluarga, Mempunyai mini swimming pool untuk kanak-kanak, serta khemah untuk berkelah, menjadikan percutian anda sangat unik dan pastinya berharga!

Ruang legar yang agak luas mampu menjadikan percutian hari keluarga anda menjadi nyata. Sesuai jika anda ingin melaksanakan aktiviti family day!


Alamat: Jalan Impian Putra 9 Taman Putra Impian, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga: Bermula dari RM 350/ malam

Bilangan Tetamu: 16 orang


 Tempah Sekarang Dari RM230! 


Villa 969

Villa yang berkonsepkan mewah dan elegant dari segi reka bentuk dan hiasan luaran serta dalaman. Bagi anda yang mahukan percutian yang agak privacy, dengan Villa 969 ini sangat sesuai untuk percutian anda bersama-sama keluarga. Terletak dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam memastikan keselesaan dan keselamatan terjamin sepenuhnya.

Lengkap dengan kolam renang yang agak luas, amat sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Percutian ini akan jadi lebih menarik jika anda mengadakan aktiviti santai dan permainan indoor mahupun outdoor kerana lamannya yang luas dan permainan seperti carom, chess, badminton dan banyak lagi turut disediakan. 


Alamat: Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, 71050 Teluk Kemang Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga: Bermula dari RM 1,000/ malam

Bilangan Tetamu:  21 orang


 Tempah Sekarang Dari RM825! 


Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda. 



Dorry Villa Homestay

Mempunyai 4 bilik tidur dan ruang tamu yang luas, Dorry Villa Homestay juga merupakan antara salah satu homestay di Port Dickson yang digemari ramai kerana lengkap dengan peralatan memasak, kolam renang dan peralatan BBQ juga ada disediakan. Jangan risau jika anda bercuti dalam jumlah tetamu yang ramai, homestay ini mampu memuatkan sehingga 20 orang tetamu dengan selesa dengan adanya kelengkapan tidur yang lengkap termasuklah tilam dan bantal tambahan. 

Jarak untuk ke pantai Port Dickson hanyalah 300 meter sahaja! Anda boleh memilih untuk berjalan kaki sahaja untuk ke pantai jika anda ingin menikmati suasana yang tenang dan damai di Port Dickson. Jika tidak larat untuk berjalan kaki, jangan susahkan diri ya!


Alamat: Batu 9, Lot 2226, Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga: Bermula dari RM 1,100/ malam

Bilangan Tetamu: 20 orang


 Tempah Sekarang Dari RM1,100! 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.21 (14 VOTES)