Chalet Pulau Perhentian Featured Image

Chalet Pulau Perhentian

By [email protected] - Feb 19, 2019 (Last Updated May 08, 2019)

Bosannya di pejabat atau sakitnya kepala belajar untuk exam kan. Alangkah indahnya kalau dapat lari sekejap dari realiti dan pergi bercuti. Kalau anda mengimpikan percutian indah di tepi pantai, anda tak perlu pergi jauh-jauh sampai ke Bali atau ke Maldives sana. Dalam Malaysia hari Sabtu & Ahad pun boleh! Apa kata kami ajak anda untuk bercuti di Pulau Perhentian dan bermalam di senarai Chalet Pulau Perhentian yang kami dah senaraikan di bawah ini?


Pulau Perhentian adalah kepulauan berhampiran dengan Besut, Terengganu dan ianya dibahagi dengan dua jenis pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Selalunya, pulau yang sering dilawati adalah Pulau Perhentian Besar, namun kalau anda jenis yang sukakan privasi dan lari dari orang ramai, anda boleh bermalam di Pulau Perhentian Kecil. Tapi, kalau anda nak tahu, Pulau Perhentian Besar lebih ramai orang dan lebih banyak kemudahan yang tersedia. Jadi, pilihan sememangnya di tangan anda.


Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Pulau Perhentian ini sama sahaja seperti di pulau-pulau lain di Malaysia. Antaranya, anda boleh menyelam di dasar lautan yang jernih, snorkeling dikelilingi tumbuhan karang yang berwarna-warni, berkayak, memancing dan banyak lagi. Dah, jangan fikir lama-lama nanti habis chalet-chalet di Pulau Perhentian ni habis ditempah orang! Apa kata anda lihat senarai chalet kami di bawah ini dan tempah sekarang untuk mendapatkan harga yang menarik.


Samudra Beach Chalet


Samudra Beach Chalet Pulau Perhentian terletak di Teluk Dalam menjanjikan percutian pantai yang serba biru dan pasir yang putih bersih dengan terumbu karang berwarna-warni ditemani dengan hidupan laut yang terpelihara. Chalet ini menawarkan 3 jenis bilik dan chalet yang boleh memuatkan tidak kira anda datang berseorangan, berpasangan atau berkeluarga. Kesemua chalet di sini berkonsepkan rumah kayu, seperti rumah kampung Melayu tradisional. Seperti chalet-chalet lain di Pulau Perhentian, Samudra Beach Chalet menawarkan kafe, kedai buah tangan, scuba diving, snorkeling, memancing, island tour, jungle trekking dan lawatan ke Pulau Redang. 


Lokasi:


Untuk info lanjut, layari Samudra Beach Chalet


Abdul Chalet


Siapa tidak kenal dengan Abdul's Chalet jika anda ke Pulau Perhentian. Ianya terletak di antara Marine Park dan chalet kerajaan dan semestinya berhadapan dengan pantai. Abdul's Chalet menawarkan penginapan yang bersih, selesa dan tidak terlalu mahal. Chalet-chalet di sini jika tidak berhadapan dengan pantai, anda akan dapat bilik berhadapan dengan hutan hijau dan kesemua bilik di sini berhawa dingin. Dalam pada itu, chalet ini juga menawarkan aktiviti dan sukan air seperti menyelam, scuba diving dan berkayak.


Lokasi: 


Untuk info lanjut, layari Abdul Chalet


The Reef Chalet


Dibina sejak dari tahun 2014, The Reef Chalet adalah chalet tepi pantai yang disusun seperti bulan sabit. Terdapat 12 bilik menghadap pantai dan 8 bilik menghadap hutan hijau. Masih berkonsepkan rumah tradisional kampung Melayu, setiap chalet mempunyai verandah yang luas, bilik mandi persendirian dan balkoni persendirian. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di The Reefs Chalet adalah seperti snorkelling, kayak, lawatan melihat hidupan liar di sekitar pulau, membaca di perpustakaan dan memancing.


Lokasi:


Untuk pertanyaan lanjut, layari The Reef Chalet


Dapatkan penjimatan hebat ketika anda menempah dengan LetsGoHoliday.my sekarang!


The Barat Perhentian


The Barat Perhentian menawarkan tempat penginapan yang menenangkan di Pulau Perhentian dengan akses wifi percuma di sekitar chalet. Tempat penginapan ini berhadapan dengan pantai, mempunyai restoran dan pusat menyelam. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan terdapat dua jenis bilik yang ditawarkan di sini sama ada untuk tinggal di dalam chalet atau bermalam di dorm. The Barat Perhentian berbesar hati untuk mengatur aktiviti snorkeling dan menyelam, jungle trekking atau berjalan-jalan di sekitar pantai.


Lokasi:


Harga: Dari RM190/malam

Untuk info lanjut, layari The Barat Perhentian





Macam mana dengan senarai Chalet Pulau Perhentian kami di atas? Kalau anda merasa tidak puas, anda boleh tekan terus pada gambar di atas untuk melihat senarai penuh tempat penginapan di Terengganu sekarang. Tapi, kalau anda masih mencari-cari penginapan Pulau Perhentian anda, boleh sambung untuk baca keratan artikel yang kami paparkan di bawah ini.


Hotel Di Pulau Perhentian


Kalau anda tak gemar nak duduk di dorm atau di chalet, anda boleh memilih untuk menginap di Hotel Pulau Perhentian yang bersesuaian dengan bajet anda. Anda boleh tekan pada gambar di atas untuk membaca keseluruhan artikel yang kami dah tulis mengenai Hotel Pulau Perhentian.


Homestay Pulau Perhentian


Macam mana kalau anda yang datang secara kumpulan atau keluarga yang besar dan anda tidak ingin berpisah dan ingin ditempatkan di satu tempat yang sama? Kalau anda nak buat Family Day pun senang kalau duduk dalam Homestay kan? Nah, jangan pening-pening sebab kami dah senaraikan Homestay Pulau Perhentian khas untuk anda dan sedia menerima tetamu yang ramai! 


The Best Pulau Perhentian Resort


Kalau anda datang ke Pulau Perhentian dan mempunyai bajet lebih sebab berangan-angan nak duduk ke Maldives, anda boleh lihat senarai The Best Pulau Perhentian Resort yang kami senaraikan dalam artikel ni. Cumanya, artikel ini ditulis dalam Bahasa Inggeris. Mana taknya kalau semua resort yang kami senaraikan ni bertaraf antarabangsa, jadi kenalah tulis dalam Lingua Franca Bahasa Inggeris. 


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4 (4 VOTES)