7 Villa A Famosa Beserta Kolam Renang Persendirian Featured Image

7 Villa A Famosa Beserta Kolam Renang Persendirian

By [email protected] - Nov 14, 2018 (Last Updated Jul 14, 2022)

Merancang percutian tidak seharusnya memeningkan kepala dan mengeringkan poket. Lihat saja destinasi-destinasi percutian di Malaysia, banyak lagi sebenarnya tempat tarikan pelancong dan negeri di Malaysia yang masih belum dilawati kan? Anda pernah singgah bermain wau dan melihat wayang kulit di Terengganu? Atau menghirup udara segar dan sejuk sambil menikmati scones di ladang teh nan hijau Cameron Highlands? Atau berenang di laut yang jernih bagaikan di Mauritius, kepulauan Sabah? Apa? Semua yang kami senaraikan ini jauh dan ada yang perlu menaiki kapal terbang?


Haa, tak usah risau. Kalau nak merancang percutian tapi masih hampir dengan Ibu Kota dan masih dapat melakukan aktiviti air, sambil jalan jalan cari makan dan melawat kawasan peninggalan sejarah, apa kata kami cadangkan anda ke Melaka? Atau lebih menarik lagi, jom kita bermalam di Villa A Famosa. Tapi, bukan kubu A Famosa tau! Villa A Famosa di  A Famosa Resort & Waterpark.


A Famosa Resort merupakan suatu nama yang diinspirasikan dari zaman dan peradaban ke-16 ketika pada masa itu Melaka yang telah dijajah Portugis diinspirasikan bersempena monumen benteng Portugis. Monumen ini membentuk batu besar di sekeliling seluruh bandar. Logo resort juga diilhamkan dari pintu masuk dan pintu belakang Kubu A Famosa.


Lokasi A Famosa Resort sangat strategik kerana terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan, hanya setengah jam perjalanan dari Bandaraya Melaka yang bersejarah, 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kira kira sejam setengah dari Kuala Lumpur. Resort ini sangat popular dengan warga Singapura kerana hanya mengambil masa dua jam dari Kota Singa. Pelancong juga boleh mengambil cara perjalanan alternatif selain memandu ke destinasi seperti menaiki kereta api (tiba di Stesen Keretapi Tampin yang hanya berjarak 10 minit dengan menaiki teksi).


A Famosa Resort ini merupakan gabungan tempat percutian dan bisnes - kerana A Famosa Resort menawarkan padang golf yang digunakan untuk Kejohanan Golf di Peringkat dalam Negara dan di arena Antarabangsa, World Animal Safari, Taman Tema Air berkonspekan tempat-tempat menarik di satu dunia, Hotel dan Resort dan juga Villa di A Famosa yang dilengkapi dengan kolam renang persendirian untuk setiap villa.


Nah, di sini kami senaraikan villa-villa di A Famosa dengan kolam renang persendirian yang sesuai untuk Hari Keluarga, bercuti dan BBQ bersama rakan rakan serta acara Team Building syarikat.



MYR 700.00 /night

Inginkan penjimatan lebih ketika membuat tempahan? Klik sini untuk mendapatkannya!




 

Selain dari Villa di A Famosa, mari kami senaraikan pula homestay-homestay menarik yang berada di sekitar Melaka Bandaraya Bersejarah ini.



Homestay Melaka Ada Swimming Pool

Untuk memenuhi cita rasa pembaca yang mungkin tercari-cari homestay dengan kolam renang di Melaka, di sini kami telah senaraikan 5 homestay ada swimming pool di Melaka beserta lokasi, bilangan tetamu dan harga sesuai untuk percutian anda yang seterusnya bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Klik pada gambar di atas.


Homestay Dekat Melaka Wonderland

Ingin merancang percutian ke Melaka Wonderland? Tidak perlu risau tentang penginapan kerana di sini kami senaraikan 5 homestay terbaik di sekitar Melaka Wonderland dengan harga berpatutan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.


11 Homestay Muslim Terbaik Untuk Family Day Di Melaka

Adakah anda memerlukan penginapan yang terbaik, selesa dan dilengkapi dengan kemudahan untuk meraikan Hari Keluarga bersama-sama keluarga tercinta? Berikut kami senaraikan 11 homestay di Melaka khusus untuk pelanggan Muslim sahaja yang sesuai dijadikan sebagai penginapan untuk seisi keluarga.​


Lihat Juga:

10 Most Kid-Friendly Places In Melaka

Homestay Near Jonker Street


Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.45 (38 VOTES)