Homestay Dekat Melaka Wonderland Featured Image

Homestay Dekat Melaka Wonderland

By Badriah - Oct 23, 2018 (Last Updated Jul 14, 2020)

Melaka Wonderland merupakan taman tema air di Melaka selain Bayou Lagoon. Terletak di Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka Wonderland adalah tempat berkunjung terbaik di Melaka jika anda tak tahan dengan cuaca panas dan terasa nak mandi-mandi dan main-main air.


Dikelilingi lebih kurang 360 hektar hutan rekreasi, Melaka Wonderland mempunyai sebanyak 16 tarikan seperti Lazy cum Crazy River, 1 Big Wave Pool dan Adventure Island.


Untuk membuatkan adrenaline anda melonjak, pastikan anda cuba water slides mereka; Tornado Chaser yang membuat anda berpusing ke dalam satu "mangkuk" raksasa dan Kamikaze Racer di mana anda boleh slide "head first" dan berlumba dengan rakan anda sebelah-menyebelah menuruni 6 lorong. Teruja tak? 



Ingin merancang percutian ke Melaka Wonderland? Tidak perlu risau tentang penginapan kerana di sini kami senaraikan 5 homestay terbaik di sekitar Melaka Wonderland dengan harga berpatutan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.


Dennis.8 Homestay Melaka


Cuma 10 minit dari Melaka Wonderland, Dennis 8 Homestay terletak di Taman Ayer Keroh Permai. Rumah dua tingkat berukuran 2,300 kaki persegi ini mempunyai 4 bilik tidur yang semuanya datang dengan pendingin hawa dan water heater shower. 

Membawa konsep minimalis, homestay ini mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang luas diserikan dengan WiFi berkelajuan tinggi dan TV berserta saluran Astro. Homestay ini sangat ideal untuk keluarga atau kumpulan rakan yang ingin datang melawat Melaka kerana ia boleh memuatkan 8 - 12 bilangan tetamu. 


Alamat                      :  Taman Ayer Keroh Permai, 75450 Melaka.

Harga                        :  Dari RM350/malam

Bilangan Tetamu   : 10-12


 Tempah harga dari RM350! 


Homestay UMMI



Hanya 5 minit sahaja dari Melaka Wonderland, Homestay UMMI terletak di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh. Berhampiran dengan tempat tarikan yang lain seperti Zoo Melaka, Planetarium, Taman Rama-Rama dan lain-lain. Rumah teres 2 tingkat ini boleh memuatkan hingga 10 orang tetamu, mempunyai 4 buah bilik tiudr, dengan kelengkapan yang bersih dan selesa. 

Homestay UMMI juga menyediakan kemudahan Televisyen beserta dengan ASTRO, penghawa dingin di 3 buah bilik, parkir dalam pagar muat untuk 2 buah kereta, pemanas air, seterika dan kemudahan lain yang boleh menjamin keselesaan anda. 

Alamat                      :  Jalan TU 28, Taman Tasik Utama,75450,Ayer Keroh,Melaka.

Harga                        :  Dari RM200/malam

Bilangan Tetamu   : 10


 Tempah harga dari RM200! 


Suasana Oasis Ayer Keroh Melaka


Kalau anda menetap di sini, nescaya memang akan rasa romantik habis! Suasana Oasis, yang menitipkan elemen romantik dan syahdu di dalam warna-warna dinding dan perabotnya terletak di Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh dan hanya 7 minit ke Melaka Wonderland dengan kereta. 

Menawarkan 3 bilik dengan katil bersaiz Queen, homestay ini juga didatangkan dengan WiFi percuma, Astro Njoi dan dua bilik air yang mempunyai water heater.


Alamat                      :  Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka

Harga                        :  Dari RM180/malam

Bilangan Tetamu   : 10


Tempah harga dari RM180! 



                  


Sebelum jalan-jalan, cari dulu diskaun terbaik untuk lebih penjimatan. Dapatkan diskaun terkini untuk hotel dan homestay di sini

Villa Rafanda


Villa Rafanda terletak di Taman Ayer Keroh Height, 9 minit ke Melaka Wonderland dengan kereta. Homestay ini mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air sesuai untuk 10 orang tetamu. 

Homestay ini juga menyediakan kemudahan mesin basuh. Jadi senanglah anda nak basuh baju setelah seharian berbasahan di Melaka Wonderland kan. 


Alamat                      :   Taman Ayer Keroh Height, Melaka

Harga                        :  Dari RM230/malam

Bilangan Tetamu   : 10


 Tempah harga dari RM230! 


Gazebo Homestay Melaka


Juga terletak di Taman Ayer Keroh Heights ialah Gazebo Homestay. Rumah dua tingkat yang khusus untuk Muslim ini mempunyai 4 bilik (semua didatangkan dengan pendingin hawa) dan 3 bilik  air dan boleh memuatkan sehingga 10 bilangan tetamu. 

Homestay ini juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti peralatan memasak, membasuh baju, beristirehat, peralatan BBQ, parking yang luas untuk dua kerete, Astro Njoi dan juga pondok rehat Gazebo.


Alamat                      :  Tmn Ayer Keroh Heights 1, Ayer Keroh Melaka.

Harga                        :  Dari RM230/malam

Bilangan Tetamu   : 10


 Tempah harga dari RM230! 




Di sini adalah senarai penuh tempat penginapan terbaik di Melaka,  anda boleh menyesuaikan penapis anda mengikut harga, tarikh, lokasi dan lain-lain.

Search for accommodations

Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.2 (10 VOTES)