6 Jenis Backpack Yang Sesuai Untuk Melancong Featured Image

6 Jenis Backpack Yang Sesuai Untuk Melancong

By [email protected] - Oct 28, 2016 (Last Updated Feb 21, 2019)

Sesuai untuk yang suka travel solo.



Selalunya apabila kita ingin travel, Backpack adalah perkara pertama kita fikirkan betul tak? Yelah kita nak letak barang kita kat mana lagi kan. Mungkin sesetengah orang lebih suka untuk gunakan suitcase, tapi ianya bergantung juga kemana dan jenis aktiviti apa kita nak lakukan. Jadi senang cerita backpack ni adalah keperluan paling penting untuk kita travel. Jadi di sini saya bagitahu jenis2 backpack yang sesuai untuk pengembaraan kita:


1. Daypacks

[Image via Superstargift]

Daypacks backpack ni ringan dan murah. Ia sesuai untuk dibawa dan sangat sesuai untuk keperluan aktiviti luaran seperti mendaki, main ski, berbasikal, atau hanya untuk berjalan2 di sekitar bandar. Daypack ini boleh membawa barang seberat 40 liter ke bawah dan mempunyai pelbagai tali strap dan aksesori. Jika anda mencari backpacks untuk memuatkan makanan, air, pakaian sehari atau dua, boleh la dapatkan backpack ni.

  • Kapasiti: 10 - 35 Liters
  • Frame: Frameless, Internal
  • Berat: 1 - 2 Pounds (0.5 – 1 kilogram)
  • Access: Top, Panel
  • Sesuai untuk: Hiking, Summit Climbs


2. Overnight

[Image via Rei]

Overnight backpack ni gabungan daripada daypacks dan juga multiday backpacks. Mempunyai kapasiti yang besar dan menggunakan tali beefier. Ia sesuai untuk perjalanan yang lama seperti pendakian yang boleh mengambil masa selama 2 ke 3 hari. Ianya sangat ringan untuk dibawa, dan memang dicipta untuk perjalanan yang melibatkan untuk tidur semalam atau dua. Backpack ni boleh menampung berat antara 40 ke 60 liter.

  • Kapasiti: 40 - 60 Liters
  • Frame: Internal, Perimeter, Frameless
  • Berat: 2 - 3.5 Pounds (1 – 1.6 kilogram)
  • Access: Top
  • Sesuai untuk: Short Overnights, Ultralight


3. Multiday

[Image via Arcteryx]

Multiday backpack ini backpack yang klasik. Mempunyai rangka yang kukuh, tali strap yang tebal, dan kompartmen yang banyak. Ia boleh memuatkan sehingga 5 ke 7 hari punya peralatan perjalanan. Ianya boleh memuatkan barang sehingga 60 ke 75 liter.

  • Kapasiti: 60 - 75 Liters
  • Frame: Internal, Perimeter
  • Berat: 4 - 6 Pounds (1.8 – 2.7 kilogram)
  • Access: Top, Panel
  • Sesuai untuk: Backpacking


4. Expedition

[Image via Rei]

Backpack expedition ni selalunya digunakan untuk perjalanan trip yang lama seperti mendaki gunung dan yang sewaktu dengannya. Backpack expedition ni adalah jenis backpack multiday tetapi saiz yang besar. Besarnya ditambah sehingga 125 liter dari backpack multiday. Jadi untuk memilh bag ni, saiz yang betul perlu di ambil kira, kerana jika beli backpack yang terlalu berat, ia boleh membuatkan rasa tak selesa ketika travel nanti dan akan membebankan. Jadi untuk selamat, cuba latihkan diri untuk bawa barang yang minimal ketika travel.

  • Kapasiti: 75 - 125 Liters
  • Frame: Internal
  • Berat: 3 - 6 Pounds (1.4 - 2.7 kilogram)
  • Access: Top, Panel
  • Sesuai untuk: Mendaki Gunung, Winter Camping


5. Technical

[Image via Ospreypacks]

Rekabentuk backpack ni agak kecil dan tinggi untuk memudahkan pergerakan. Selalunya backpacks ini mempunyai satu kompartmen dan juga tali strap di tepi untuk memampatkan peralatan di dalam bag. Backpacks ni selalunya digunakan untuk mendaki puncak dan juga perjalan ski.

  • Kapasiti: 10 - 20 Liters
  • Frame: Framelss
  • Berat: 1 - 1.5 Pounds (0.5 – 0.7 kilogram)
  • Access: Top, Panel
  • Sesuai untuk: Mendaki Gunung, Skiing


6. Hydration

[Image via Amazon]

Backpack hydration ini mempunyai cara yang agak berbeza untuk membawa minuman. Ia mempunyai satu karung air yang dinamakan “Bladder” atau “reservoir” yang mana karung ini mempunyai salur yang mengalir di salah satu strap bag hingga ke mulut anda. Setiap backpack sebenarnya menyediakan kompartmen ni untuk tambahaan karung air seperti backpack hydration ni.

  • Kapasiti: 2 - 10 Liters
  • Frame: Frameless
  • Berat: 1 - 2 Pounds (0.5 – 1 kilogram)
  • Access: Panel
  • Sesuai untuk: Mendaki Gunung, Lari, berbasikal

Backpack yang sesuai sangat oenting untuk pelancong atau pengembara yang solo. Backpack yang mempunyai ciri-ciri keselamatan adalah penting untuk memastikan barang-barang bernilai disimpan dengan baik. Backpack yang tahan lasak dan berkualiti boleh menjanjikan penggunaan yang lebih lama. Sudahkah anda membuat pelan-pelan untuk melancong? Kalau tidak, boleh melayari laman web kami LetsGoHoliday!


Dapatkan penjimatan harga tempat tinggal anda semasa bercuti dengan kod promosi kami!

Malaysia kaya dengan destinasi-destinasi tropikal dan bercirikan semulajadi seperti pulau-pulau dan gunung-gunung. Pulau Tioman pernah disenaraikan sebagai antara pulau tercantik dunia, Gunung Kinabalu adalah antara puncak tertinggi di Asia Tenggara dan Sabah dan Sarawak kaya dengan keindahan flora dan fauna unik di Borneo. Kesemua ini menantikan kedatangan anda. Dapatkan tempat penginapan untuk pengembaraan anda dengan klik pada gambar di bawah.



Search for accommodations

Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

5 (4 VOTES)