5 Makanan Sedap yang Popular di Kuantan, Pahang yang Anda Wajib Cuba
Pahang sangat terkenal dengan keindahan khazanah hutan hujan tropika mereka, jadi tak hairanlah jika Pahang menjadi destinasi pilihan yang popular di kalangan pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar.
Baca juga : Senarai penginapan yang menarik di Pahang
Sambil jalan-jalan tu, mesti anda ingin mengisi perut juga kan? Dibawah ini kami senaraikan 5 tempat makanan yang terkenal di Pahang yang boleh anda singgah untuk mengisi perut di sepanjang percutian anda (Bonus: Boleh penuhkan stok instagram anda juga sebab restoran dan cafe yang kami listkan ini 'instagrammable' sangat)
Kedai Kula Cakes di Pahang. Kredit : instagram/kulacakes/
Kula Cakes yang terletak di Kuantan ini memang sangat popular dengan pelbagai pencuci mulut dan kek, terutamanya kek keju mangga mereka. Mana tidaknya, penggemar kek daripada pelbagai negeri sanggup merantau jauh semata-mata untuk merasa hidangan kek keju Kula Cakes ni. Kalau datang lambat, memang selalu cepat ‘sold out’ kek mereka ni. Pastikan datang awal kalau nak merasa kek keju mangga popular mereka tau.
Kek Keju Mangga di Kedai Kula Cakes di Pahang. Kredit : instagram/kulacakes/
Aneka Kek di Kedai Kula Cakes di Pahang. Kedit : instagram/kulacakes/
Bukan penggemar Kek Keju Mangga? Jangan risau, mereka ada menyediakan pelbagai jenis kek untuk anda cuba, dan yang pastinya, semua kek-kek mereka memang sedap. 'Recommended' sangat!
Alamat : 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari kecuali Isnin, daripada 11 pagi - 6 petang
Restoran Lila Wadi di Pahang. Kredit : instagram/lilawadi/
Kalau anda tak sempat nak merasa kek keju mangga di Kula Cakes, jangan risau anda boleh dapatkan kek yang sama di Lila Wadi. Yang bestnya, Lila Wadi menawarkan pelbagai menu daripada pencuci mulut sehingga hidangan berat, masakan Barat, Melayu, Thai, BBQ, semuanya ada. Antara hidangan dan minuman popular mereka adalah steamboat, mushroom shitake beef burger, honey lemon cooler. Mereka menyajikan saiz hidangan yang agak besar dan sedap.
Aneka hidangan menu di Restoran Lila Wadi. Kredit : instagram/lilawadi/
Dekorasi di Restoran Lila Wadi. Kredit : instagram./lilawadi/
Memang tak rugi untuk anda mengisi perut sehingga kenyang disini sambil dikelilingi suasana restoran yang unik. Suasana restoran ini ala-ala ‘industrial'. Cuma sebelum anda dapat menikmati hidangan anda, anda mungkin kene beratur sekejap sebab restoran ini selalu penuh dengan pelanggan lain.
Alamat : Lrg Selamat 21, Taman Kerjasama, 25050 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari kecuali Rabu, daripada 3 petang - 10.20 malam
Restoran Jaman Tory Resipi di Pahang. Kredit : instagram/jaman_tory_resepi/
Jaman Tory Resepi boleh dikatakan restoran yang lain daripada yang lain. Dekorasi restoran ini berlatarbelakangkan suasana kampung dan dipenuhi dengan pelbagai barang-barang lama yang dijadikan hiasan. Setiap sudut restoran ini sangat sesuai untuk anda bergambar. Bila anda berada di dalam restoran ini. anda bagaikan kembali ke zaman dahulukala.
Dekorasi yang buatkan anda rasa seperti mengembara ke zaman silam. Kredit: instagram/jaman_tory_resepi/
Antara menu mereka yang paling popular. Kredit : instagram/jaman_tory_resepi/
Ditambah pula dengan set makanan melayu tradisional popular mereka yang sangat lazat seperti set ikan patin stim dengan ulam-ulaman pasti membuat anda berasa nostalgia. Bagaikan menjamah air tangan mak satu ketika dahulu di kampung. Sedap! Mereka juga ada menyediakan menu lain yang boleh tahan popular dikalangan pengunjung seperti smoke beef rib, daging salai masak lemak, ikan patin tempoyak stim, dan yang paling unik adalah hidangan spagetti ikan patin. Bagi anda yang berani mencuba menu baharu, bolehla mencuba hidangan spaghetti ikan patin mereka.
Alamat : Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari, daripada 12 tengah hari - 11 malam
MABIQ Restoran di Pahang. Kredit : restoranmabiq.blogspot.com/
Nama kedai yang unik ini merupakan singkatan nama daripada Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran. Maahad ini adalah sebuah sekolah tahfiz yang pada mulanya bergantung pada sedekah dan ehsan orang ramai untuk menampung perbelanjaan mereka. Kedai makanan MABIQ mula dibuka dan keuntungan daripada kedai MABIQ ini digunakan untuk perbelanjaan sekolah tahfiz ini. Kedai ini adalah cawangan kedua yang dibuka.
Aneka lauk pauk dan ulam-ulaman di MABIQ Restoran. Kredit : restoranmabiq.blogspot.com/
Kalau anda penggemar Tempoyak, sememangnya anda kena ‘aim’ nak makan patin gulai tempoyak di kedai ini. Tak pandang dah lauk lain. Tapi kalau anda tak makan ikan patin, ada lagi menu-menu utama yang anda boleh cuba. Antaranya paeh ikan, sambal hitam dan daging salai masak lemak. Harga yang ditawarkan pun berpatutan.
Alamat :RESTORAN MABIQ, 2, Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi :Dibuka setiap hari kecuali Jumaat, daripada 10 pagi - 4.30 petang
Lena Cafe by Kayuwoods di Pahang. Kredit : instagram/lenacafebykayuwoods/
Cafe ini mempunyai dekorasi ala-ala rustic yang sangat cantik dan ‘instagram worthy’. Jadi tak peliklah kalau cafe ini selalu menjadi pilihan orang ramai untuk brunch sementara menunggu waktu makan tengahari. Ada juga yang menjadikan restoran ini tempat mereka menikmati makanan tengahari dan brunch, sebab dekorasi cafe yang cantik ini tak cukup nak dinikmati dan bergambar dalam masa yang pendek. Cuma itulah, cafe ini selalu menerima ramai pelanggan daripada penduduk tempatan dan luar negeri serta negara. Jadi kami sarankan sebelum anda nak datang tu bolehla cuba buat reservation dulu.
Dekorasi ala-ala 'rustic' di Lena Cafe by Kayuwoods. Kredit : instagram/lenacafebykayuwoods/
Antara menu yang mereka sajikan. Kredit : Kredit : instagram/lenacafebykayuwoods/
Cafe ini mengambil konsep brunch sebagai tarikan utama menu mereka. Antara menu ‘brunch’ yang disediakan mereka adalah French Toast and Fruits'. Sangat lazat! Poached Egg with Mushroom and Chicken Slices'adalah antara menu mereka yang popular. Selain itu mereka juga menyediakan hidangan berat gabungan makanan western dan tempatan contohnya Lena Platter, Chicken Butter, Sphagetti Masak Lemak Cili Api, dan Udang Kari Kering dengan Garlic Butter Rice.
Alamat : 36, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi : 9 pagi hingga 11 pagi, Selasa hingga Ahad, Isnin tutup
Jika anda tertarik dengan senarai makanan di atas dan merancang untuk bercuti di Pahang, di bawah ini kami senaraikan tempat penginapan di Pahang yang anda boleh lihat dan pilih untuk menginap jika berkenan.
MYR 98.00 /night
MYR 30.00 /night
Tempat-tempat makanan yang kami kongsikan diatas ini menjadi pilihan warga tempatan dan pengunjung dari luar negeri dan negara.
Masakan melayu asli, restoran dengan dekorasi yang menarik sesuai untuk bergambar dan juga makanan fusion di sini adalah yang terbaik berbanding di negeri lain.
Inginkan cadangan lokasi perlancongan dan lokasi menjamu selera syok dan terbaik di negeri lain? Teruskan mengikuti laman sesawang kami dan like Facebook page kami untuk update terkini.
#cuticutimalaysia #kuantan #pahang #StaySafe #Travel #Covid-19