4 Tempat Makan Di Cameron Highlands Featured Image

4 Tempat Makan Di Cameron Highlands

By [email protected] - Oct 19, 2018 (Last Updated Aug 26, 2020)

Cameron Highland yang mempunyai altitud tinggi dan bersuhu sejuk adalah antara pusat peranginan popular di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini bersama keluarga dan teman tersayang. Antaranya ialah berkunjung ke ladang teh dan ladang strawberry. 

Selain dapat menikmati kehijauan ladang teh dan merasai pengalaman  memetik sendiri buah strawberry, anda juga berpeluang  merasa keenakan teh dan buah strawberry segar terus dari ladang.

Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini dan tidak lupa juga pelbagai tempat menarik disini yang menyajikan makanan yang enak dengan harga yang berpatutan!

Puas berjalan di Cameron Highland, pastinya tiba masa untuk anda makan. Jadi mari kita lihat senarai 4 tempat makan yang terbaik disini:


KHM Strawberries & Jam Café

https://jenjalankami.files.wordpress.com/2018/10/img-20181001-wa0023469023557.jpg(Sumber: Puan Nabila, KHM Strawberries & Jam) 


KHM Strawberries & Jam yang terletak di Taman Sedia Tanah Rata, Cameron Highland antara ladang strawberi yang dimiliki oleh pemilik bumiputra. 

Selain mempunyai ladang strawberi, ia juga mempunyai cafe dan tempat memproses produk-produk yang berasaskan strawberi.

Antara menu “signature” KHM yang harus dicuba adalah Scones And Tea, Homemade Strawberry Ice Cream dan Strawberry Chocolate Dip. Malah harga set scones disini adalah lebih murah berbanding di tempat lain. Semua strawberi yang dihidangkan adalah segar dari ladang KHM sendiri. 


Waktu Operasi : Isnin – Khamis(9.00am – 5.00pm) / Jumaat – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Lokasi : No 9, Kampung Taman Sedia,, Tanah Rata, 39000, Pahang.

Telefon : +605-4915809


De Bamboo Tower Steamboat & Grill

Image result for d bamboo tower steamboat cameron highlands(Sumber: FB page DeBamboo Cameron Highlands) 


Bagi anda penggemar steamboat disini adalah pilihan yang terbaik! De Bamboo Tower Steamboat & Grill menawarkan pelbagai pilihan steamboat & grill dengan harga berpatutan secara buffet. Harga untuk seorang bermula hanya serendah RM28 seorang. Murah bukan?

Susun atur kedai ini juga merupakan faktor keselesaan yang menjadi daya tarikan pengunjung. Campuran menu “ steamboat” dan "grill” yang disajikan di atas meja yang diperbuat daripada buluh membuatkan kedai ini tampak lebih menarik.

Menikmati suasana dingin di Cameron Highland sambil makan steamboat & grill disini pasti sangat mengujakan. Jangan lupa untuk mencuba!


Waktu Operasi : Setiap hari (5.00pm – 12.00am) 

Lokasi : No 1 Gerai PLB, Kg. Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang.

Telefon : +6013-4647989


Jangan lupa untuk mencuba hidangan menarik di kesemua 4 tempat makan di atas, pasti melengkapkan lagi percutian anda ke Cameron Highland!


3. Anjers Corner Shellout

https://jenjalankami.files.wordpress.com/2018/10/img-20181002-wa0036963028595.jpg(Sumber: Encik Fansuri, Anjers Corner Shellout)


Anda peminat makanan laut? Jika ya, anda harus cuba Anjer’s Corner Shellout! Terletak berhadapan dengan Hotel Casa De La Rossa, kedai ini sangat mudah untuk anda cari. 

Pelbagai jenis makanan yang terdapat disini dan pastinya “shellout” adalah pilihan makanan yang popular disini. Harga Shellout disini bermula serendah RM60 untuk 2 orang, manakala harga Steamboat adalah RM30 untuk 1 set. 

Jika anda mahu mencuba hidangan lain, disini juga terdapat banyak pilihan menu lain seperti Chicken Chop, Lamb Chop, serta nasi putih bersama lauk-pauk. Anda juga boleh membuat tempahan awal melalui telefon atau “whatsapp” di nombor yang tertera di bawah.


Waktu Operasi : Setiap hari (3.00pm – 12.00am)

Lokasi : Jalan Besar Tanah Rata Brinchang,Simpang Sungai Ruil, 39000 Tanah Rata, Pahang.

Telefon : +6013-5351375



4. NIK IKAN BAKAR

Image result for nik ikan bakar cameron highlands(Sumber : kaki.sini.com.my)


Jika anda kedinginan dan mahu makan masakan panas-panas, kami cadangkan anda ke kedai Nik Ikan Bakar! Kedai ini menyediakan masakan Ala Thai, ikan bakar, steamboat dan western food yang sangat menyelerakan.

Untuk steamboat, restoran ini menyediakan pakej untuk 1 – 2 orang dengan harga RM30 bersama pilihan sup yang pelbagai. Pilihan ikan bakar disini juga segar dan sedap. Anda pasti tidak akan menyesal bila berkunjung ke sini!

 

Waktu Operasi : Setiap hari (3.00pm – 3.00am)

Lokasi : No.1 Medan Selera Masjid Kayangan Brinchang, Cameron Highland.

Telefon : +6019-5689573


Rate this post

4.78 (9 VOTES)