3 Ladang Strawberry Yang Popular Di Cameron Highland
Cameron Highland merupakan sebuah tempat peranginan menarik yang mempunyai banyak hotel dan resort yang cantik dengan harga yang berpatutan. Faktor tanah tinggi bersuhu sejuk di kawasan ini menyebabkan pusat pelancongan ini juga terkenal dengan tanaman buah “Strawberry” yang fresh.
Tidak sah kunjungan anda ke Cameron Highland jika tidak berkunjung ke ladang strawberi yang terdapat disini dan berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman memetik buah Strawberry.
Kami kongsingkan antara 3 ladang strawberry yang popular di pusat pelancongan ini yang harus anda kunjungi!
YZ Agro Farm & Cafe
KHM Strawberries & Jam
Taman Agro Al-Mashoor
Anda mahu membeli buah strawberry untuk dibawa pulang? Disinilah tempatnya! Buah strawberry yang ada di ladang ini kebanyakannya bersaiz besar. Buah strawberry disini dijual dengan harga bermula dari RM15 - RM35 sekilogram mengikut gred yang berbeza. Jadi anda ada banyak pilihan untuk memilih buah kegemaran anda ini untuk dibawa pulang dalam keadaan yang segar!
Di Taman Agro Al-Mashoor ini juga sangat popular dengan makanan pencuci mulut yang harus anda cuba. Antaranya ialah waffle strawberry dan ais krim. Memang sedap!
Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Isnin (8.30am - 5.30pm)
Lokasi : No. 20, Kampung Taman Sedia, Cameron Highland, Pahang Darul Makmur.
Telefon : +605 - 4914204