10 Homestay Terbaik Berdekatan Filipino Market
Dalam mana-mana destinasi pelancongan utama, pasti ada satu tempat tumpuan untuk pelancong membeli belah cenderamata dan makanan tempatan sebagai hadiah dan kenangan untuk di bawa pulang. Di Sabah, atau Kota Kinabalu, tempat yang menjadi persinggahan wajib pelancong ialah Pasar Filipino yang terletak berhadapan dengan Hotel Le Meridien dan berhampiran dengan kawasan waterfront.
Pasar ini terdiri dari 6 bahagian, iaitu pasar ikan masin, pasar buah, pusat kraftrangan dan cenderamata,pasar s ayur, ikan dan gerai-gerai makanan. Kebanyakan gerai di sini dikendalikan oleh penduduk yang berasal dari Negara Filipina, yang sememangnya ramai menetap di kawasan kota Kinabalu.
Kalau anda datang waktu pagi, tempat terbaik untuk dikunjungi ialah pasar kraftangan, pasar ikan masin dan pasar buah-buahan. Tak salah kalau singgah ke pasar sayur dan ikan, kalaupun anda tidak membeli apa-apa (sebab tengah melancong kan..) tetapi ada pelbagai jenis sayur dan ikan yang mungkin kita tidak jumpa selalu dan sudah tentunya menarik untuk di ambil gambar.
Jika anda telah sampai ke pasar kraftangan – silalah ikut urutan yang kami cadangkan seperti di atas. Susah nak menghargai mutiara dan aksesori (memang banyak di sini) kalau tangan anda sarat dengan bungkusan ikan masin. Seperkara lagi yang kami ingin ingatkan, harga di sini memang untuk ditawar. Jadi jangan segan silu untuk menawar harga! Kebanyakan peniaga di sini bersedia untuk memberikan anda harga yang terbaik. Kalau anda selesai membeli kraftangan, anda boleh keluar dari pusat kraftangan dan terus tiba di kawasan pasar ikan masin. Tahukah anda peniaga di sini amat arif dengan keperluan pelancong, mereka bersedia untuk membungkus pembelian anda dengan kemas -sedia untuk di bawa masuk dalam bagasi dalam perjalanan pulang anda nanti.
Selesai membeli belah, perut mesti terasa lapar. Usah bimbang – pandang sekeliling dan lihat asap yang berkepul-kepul naik ke udara – itu tentunya udang kara yang sedang di panggang. Gerai makanan di pasar Filipina amat terkenal dengan hidupan laut segar dengan harga yang amat berpatutan. Udang kara, sotong dan pelbagai jenis ikan tersedia samada di goreng (ala tempura), panggang (bbq) atau di masak mengikut citarasa anda. Selepas makan, anda boleh bersiar-siar di kawasan waterfront atau mengunjungi pasar malam berhampiran dengan Pasar Filipin juga, untuk pelbagai pilihan kasut, baju dan beg.
Pasar Filipino ada pelbagai tarikan, tak cukup sehari untuk menghabiskan kesemuanya. Oleh itu, jika anda perlukan penginapan sewaktu berada di sini, kami senaraikan 10 homestay terbaik berhampiran Filipino Market dengan harga yang berpatutan dan tidak membebankan poket anda agar anda boleh berbelanja lebih untuk membeli cenderahati!
Homestay ini terletak di Marina Court Condominium, di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.Di sini juga terletaknya Filipino Market, Warisan Square, CentrePoint Shopping Mall, Anjung Selera (seaview restaurant), supermarket, restaurant 24/7 dan banyak lagi.
Antara kemudahan yang disediakan ialah ruang dan kelengkapan memasak, mesin basuh, TV ASTRO, Air-Cond, tab mandi dan air panas di bilik air. Terdapat khidmat pembersihan setiap hari, jadi anda tak perlu susahkan diri untuk berkemas sebelum meninggalkan rumah. Sekiranya terdapat tetamu tambahan, tilam tambahan disediakan dengan caj RM20 semalam.
Alamat: Marina Court Resort Condominium, API API Centre, 87000 Kota Kinabalu, Sabah
Bilangan tetamu: 8
Harga: Dari MYR300 / semalam
Tempah sekarang dari RM300/semalam!
Oakley Homestay 2 @ Marina Court
Homestay ini terletak di Central Business District, oleh itu, mudah untuk tetamu yang menginap di sini mengunjungi pusat tarikan di sekita kota Kinabalu kerana kedudukannya yang berhampiran. Di samping itu, homestay ini juga menawarkan khidmat WIFI dan memandangkan ianya sebuah kondominium, terdapat kolam renang, sauna dan fitness center. Ruang Parking juga disediakan.
Alamat: Marina Court Resort Condominium, API API Centre, 87000 Kota Kinabalu, Sabah
Bilangan tetamu: 6
Harga: Dari MYR250 / semalam
Tempah sekarang dari RM250/semalam!
Aiery Homestay
Homestay ini hanya 641m dari pasar Filipino. Jadi anggaplah pasar makanan di Filipino market itu seperti kafeteria anda dan nikmatilah udang galah setiap hari sepanjang anda berada di sini. Homestay comel ini juga dilengkapi balkoni, ruang rehat, dapur dan peti sejuk serta TV.
Alamat: 3rd floor, Api-api Centre Apartment, Lorong Api-api 1,88000 Kota Kinabalu, Sabah
Bilangan tetamu: 5
Harga: Dari MYR118/ semalam
Tempah sekarang dari RM118/semalam!
MYR 150.00 /night
MYR 200.00 /night
MYR 300.00 /night
Klik sini untuk dapatkan kod promo untuk percutian anda
Studio Cozy Apartment Block 5
Homestay ini terletak di Api-api center, masih dalam lingkungan hampir ke pasar Filipino. Antara kemudahan yang disediakan ialah tuala, TV dan mesin basuh. Setiap biliknya juga dilengkapi dengan air-cond. Bila penat berjalan bagus juga dapat berehat dalam bilik yang sejuk dan nyaman, kan ?
Alamat: 5-R3-24, Api-Api Centre, Lorong Api- Api 1, Lebuhraya Pantai Baru, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Bilangan tetamu: 4
Harga: Dari MYR 150/ semalam
Tempah sekarang dari RM150/semalam!
Ayuwati @ Marina court Condo Homestay
Marina Court Resort Condominium terletak dalam jarak 7-minit berjalan kaki dari pusat membeli-belah Centre Point dan Waterfront Kota Kinabalu yang terkenal. Ia menyediakan tempat letak kenderaan percuma di lokasi dan menawarkan akses Wi-Fi percuma di semua bilik.
Antara kemudahan yang disediakan ialah balkoni, pangsapuri berhawa dingin dilengkapi dengan ruang makan dan ruang tamu yang berasingan dengan sofa dan TV satelit. Dapur dilengkapi dengan dapur, peti sejuk dan peralatan dapur.
Tetamu di Marina Court Resort Condominium mempunyai akses ke kolam renang luaran dan pusat kecergasan. Kemudahan-kemudahan termasuk simpanan bagasi, perkhidmatan dobi dan pengaturan mesyuarat / jamuan.
Alamay: D6-4, Level 6, Block D, Marina Court Condo, Jalan Api-Api, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Bilangan tetamu: 7
Harga: Dari MYR 250/ semalam
Tempah sekarang dari RM250/semalam!
Nak tahu senarai penuh pilihan penginapan di Kota Kinabalu? Klik sahaja pada gambar di bawah dan mula cari penginapaan idaman anda.